NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 10 October 2013

Ghaib


Ghaib adalah suatu perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia kerana ia bersifat abstrak. Ia juga kerana kita tidak memiliki suatu pengetahuan untuk mengetahuinya. Kita hanya mempercayai adanya seperti malaikat, jin, janji, kesetiaan, kecantikan dan sebagainya.

Makhluk tidak memiliki ilmu pengetahuan mengenai sesuatu yang ghaib. Allah s.w.t. sahaja yang memiliki dan mengetahui tentang yang ghaib. Para malaikat pun tidak mengetahui sesuatu yang ghaib termasuklah Azazil yang pada suatu ketika dahulu mengetuai dan berada alam ghaib.

Allah mengetahui segalanya kerana Dia Memiliki Ilmu Yang Ghaib dan Maha Luas termasuk meliputi seluruh alam, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bangkai, kayu dan batu yang merupakan sebahagian dari isinya. Ia juga meliputi pengetahuan tentang yang ghaib dan yang boleh dicapai oleh pandangan, sama ada yang telah terjadi, yang sedang dalam proses dan yang akan terjadi;  di langit atau di bumi, di daratan dan lautan, di dalam rahim,  bersifat mikroorganisma atau gunung- ganang, universal atau particular, kesat  atau halus, terang atau gelap, hari ini atau kelmarin, semalam atau esok, semuanya dalam pengetahuaan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.:


A016


“(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.” ( Q.S. Luqman: 16 )


A034


“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.” ( Q.S. Luqman: 34 )

Semua pengetahuan itu milik Allah s.w.t. kerana Dia Penciptanya dan Berkuasa Berkuasa atas segalanya, pemegang kuncinya dan semuanya telah termaktub di Lauh Mahfuz secara terperinci, sejak awal hingga akhir dan dari A hingga Z.

Firman Allah s.w.t.:


A021


“Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.” ( Q.S. Al-Hijr: 21 )


A027


“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.” ( Q.S. Asy-Syuura: 27 )

Maka dapatlah dirumuskan bahawa ilmu Allah s.w.t. merangkumi, menyeluruh, meliputi dan sempurna. Nabi s.a.w. bersabda, kunci alam ghaib itu lima perkara, meliputi:

     1. Ilmu tentang hari kiamat.
     2. Menurunkan hujan.
     3. Apa yang ada di dalam rahim.
     4. Apa yang akan diusahakan oleh manusia esok pagi
     5. Dan di bumi mana ia akan mati

Kita juga mengetahui bahawa:
Ahli meteorology dapat meramal turunnya hujan.
Para doktor dapat meramal jantina janin yang berada di dalam rahim ibunya.

Oleh itu, pengertian ayat al-Quran , hadith Nabi s.a.w. dan pengetahuaan manusia tentang perkara ghaib adalah:

1. Perbedaan antara ilmu Allah s.w.t.  dengan kajian manusia terdapat perbezaan yang prinsip. 

2. Ilmu Allah s.w.t. meliputi segala yang besar dan kecil termasuk perkara ghaib manakala ilmu manusia  melalui tanda-tanda, gejala-gejala dan perantaraan sesuatu, maka, ia bukan disebut mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

3. Bekaitan hujan: Ilmu Allah s.w.t. merangkumi perkara yang mikrooganisma juga, dari aspek proses kejadian hujan itu sendiri sehingga menurun dari langit, meliputi efek-efek positif atau negatif manakala ilmu manusia pula melalui kajian, hipotesis, ramalan dan sejarah.

4. Berkaitan rahim: Ilmu Allah s.w.t. merangkumi  sebelum kejadian, belum menjadi sesuatu apa pun, hingga bentuk dan rupanya, sampai melahirkan manakala ilmu manusia melalui pembelajaran dan pengamatan berulang kali. 

5. Allah s.w.t. menganuggerahkan manusia ilmu pengetahuaan jika tidak mereka adalah manusia yang cacat.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”