NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 6 October 2013

Doa-doa insan teraniaya tidak berhijab kepada Allah s.w.t.


     Ikrar seorang muslim adalah Al-Quran
Pemerintahan mesir tidak pernah mengganggu kuasa lain. Ia juga tidak pernah menyekat rezeki orang lain. Kerana rezeki itu keperluan asasi manusia. Ia juga tidak pernah mengganggu jiran-jirannya, sama ada jiran setempat atau jiran bersempadan dengan negara.

Mereka yang mengguasai kerajaan Mesir melalui Ikhwanul Muslimun adalah manusia yang diberkati oleh Allah s.w.t. kerana mereka berikrar untuk meninggikan syariat Islam. Keikhlasan mereka memerintah Mesir boleh diperhatikan melalui tempoh pemerintahan mereka yang singkat sebelum rampasan tentera dan persengkongkolan jahat. Mereka tidak mengancam musuh sebaliknya musuh terancam disebabkan perancangan jahat mereka bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. akan membalas tunai kepada individu, kelompok atau persekongkolan yang berazam merosakkan Islam dan umat Islam, sehingga terbantutnya perlaksanaan syariat Islam di sana.

Sejarah melakarkan bahawa jatuh bangun sesuatu tamadun bangsa disebabkan oleh bangsa itu sendiri.

Yakinlah bahawa bantuan untuk rakyat Mesir hampir tiba kerana saat-saat yang dinantikan akan menjelang tiba, bila sampai tempohnya. 

Ke mana mereka hendak mengelak?

Umat Islam tidak akan bertepuk tangan ketika mereka merai kejayaan. Berpesta-pestaan adalah perangai jahiliah. Mereka merafakkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana mereka senentiasa di bimbing menerusi kitabullah dan sunnahtul rasul. Ia juga kerana menjadikan saya, tuan/puan, kamu, kita dan mereka menjadi pengganut Islam.

Umat Islam tidak akan bersangatan bencinya kepada pengkomplotan kejahatan. Tetapi akan tetap menunaikan janji seperti yang dipersetujui. Ikrar seorang muslim adalah Al-Quran. 

Masa terus berlalu; 
Sampai bila mereka boleh menghalang hembusan angin yang membawa maut.
Sampai bila mereka menghalang angin puting beliung melanda daratan.
Sampai bila mereka boleh menghalang hujan yang mengakibatkan banjir.
Sampai bila mereka boleh menghalang arus ombak yang mengganas.
Sampai bila mereka boleh menghalang gempa bumi.
Sampai bila mereka boleh bertahan dengan sistem ekonomi riba.
Sampai bila mereka menggunakan akal sihat mengaburi kehidupan dirinya sendiri.
Sampai bila?

Allah s.w.t. memberi akal, fikiran, hati, perasaan dan penglihatan supaya kita merasai nikmatnya, sabar dengan kesulitan dan melihat tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t.


Dari Abu Yahya Suhaib bin Sinan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:


“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.” ( H.R. Imam Muslim )


Mengkufuri nikmat akan memusnahkan diri sendiri.

Berjayalah mereka yang yakin dengan kekuatan iman yang telah meresap ke dalam urat nadi dan jantung umat ini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”