NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 13 October 2013

Iman



A060
A061
A062
A063
A064


“Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk, dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.


Dan mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya; dalam pada itu, lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta, (kononnya) bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka, dan bahawa merekalah orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam neraka).

Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” ( Q.S. Al-Nahl: 60-64 )

Islam meletakkan asas beriman kepada Allah s.w.t. Beriman kepada Allah s.w.t. sebagaimana dijelaskan oleh al-Quran merupakan satu akidah dan keyakinan yang kukuh padu. Ia juga kerana:

1.       Allah s.w.t. tidak terbatas kepada sifat-sifatnya
2.       Tidak meninggalkan sebahagian sifat-sifatnya
3.       Keimanan bulat sempurna
4.       Dia wujud
5.       Bersifat dengan Asmaul Husna

Firman Allah s.w.t.:


A054


“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.” ( Q.S. Al-A'raaf : 54 )



A180


“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.” ( Q.S. Al-A'raaf : 180 )

Akidah merupakan beriman kepada Allah s.w.t.. yang paling asas dalam agama Islam. Manakala rukun-rukun iman yang lain adalah cabang-cabang asas dasar daripadanya. Beriman kepada rukun-rukun tersebut kerana:

1. Allah s.w.t. adalah kerana Dia Pencipta.

2. Malaikat adalah kerana mereka malaikat-malaikat Allah s.w.t.

3. Rasul adalah kerana mereka manusia pilihan yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai                     utusanNya.

4. Kitab-kitab adalah kerana ia di dalamnya terdapat firmanNya.

5. Hari Kiamat adalah kerana pada hari tersebut ditetapkan hari keadilan, pengadilan,                 perhitungan, pertimbangan dan menetapkan keputusanNya.

6. Qada’ dan Qadar adalah kerana kehendak dan keputusan takdir telah tersurat sejak azali       lagi.

7. Hukum syariat adalah kerana ajaran dan undang-undangnya mengarah kepada kepatuhan       untuk mengikuti segala perintah dan menjauhi laranganNya.

Manusia dituntut mengikrarkan ucapan:  ‘Laa ilaahaha illallaah’ kerana melalui ikrar lisan dan dibenarkan oleh hati, merupakan syarat prinsip bagi manusia memasuki Islam dan ia adalah perakuan mutlak.

Manusia dituntut mengikrarkan ucapan:  ‘Laa ilaahaha illallaah’ kerana melalui ikrar lisan dan dibenarkan oleh hati, merupakan syarat prinsip bagi manusia memasuki Islam dan ia adalah perakuan mutlak.

Ikrar tersebut menyatakan bahawa diakui manusia selain Allah s.w.t semuanya adalah batil.:

1.       Segala sesuatu yang dianggap sebagai tuhan
2.       Manusia yang dijadikan tuhan
3.       Tuhan-Tuhan yang dipercayai
4.       Kepercayaan warisan dan Tuhan yang direkacipta
5.       Pemikiran yang menjurus kepada kesesatan dan kefasikan

Tuhan hanya ada satu: Allah s.w.t. 
Kalimah syahadah ini mengandungi tiga unsur pengertian:

1.       Konsep ketuhanan
2.       Menafikan pengakuan terhadap Tuhan-Tuhan kecuali Allah s.w.t.
3.       Menetapkan keesaan Allah s.w.t.

Sesungguhnya Islam menolak segala macam fahaman, kepercayaan, berhala, menentang patung-patung, menyatakan perang dengan dewa-dewa yang diserupakan atau disembah dan dipercayai sebagai simbol Tuhan. Bagi Allah s.w.t. semuanya sifat kesempurnaan semutlak. BagiNyalah nama-nama yang baik-baik. Sifat Qudrat dan Iradat tidak mengatasi sifat cinta dan kasih sayang kerana ada fahaman mengutamakannya, sebaliknya sifat cinta dan kasih sayang tidak mengatasi sifat Qudrat dan IradatNya. Zatnya Esa. Sifatnya Esa. Perbuatanya Esa. Allah Maha Berkuasa. Maha Perkasa. Maha bijaksana. Maha Pengasih lagi Penyayang. Maha Pengampun dan Maha Mulia. Rahmatnya meliputi  segala alam kerana Dialah Pencipta.

Firman Allah s.w.t.:


A003



“Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?” ( Q.S. Faatir: 3 )

Perlu kita ketahui bahawa setiap umat dan semua agama dunia mempunyai falsafah ketuhanannya masing-masing.  Tetapi melalui pencerahan di atas, falsafah-falsafah itu seluruhnya sesat dan salah. Maka Islam datang membawa pengertian dan penjelasan benar tentang ketuhanan, yang sempurna, padu dan lengkap. Islam datang untuk memberi petunjuk, menerangkan kebenaran, dan membasmi segala falsafah-falsafah sesat dan kemudian mengajak untuk kembali kepada tauhid. Ketuhanan menurut bangsa-bangsa terdahulu dan agama-agama disebut sebagai yang satu. Ia dianggap sebagai keperluan sahaja. Tetapi di dalam Islam, Tuhan bukan sekadar sumber kehidupan tetapi sumber utama peraturan.

Firman Allah s.w.t.:



A016



“Bertanyalah (wahai Muhammad):
"Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"
Jawablah:
"Allah."
Bertanyalah lagi:
"Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"
Bertanyalah lagi:
"Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"
Katakanlah:
"Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa."
( Q.S. Ar-Ra'd: 16 )



A004


“KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.” ( Q.S. Yunus: 4 )



A002


“Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.” ( Q.S. Al-Furqaan: 2 )



A079
A080


“Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu.”  ( Q.S. Yaa Siin: 79-80 )

Melalui rangkaian ayat-ayat al-Quran yang menerangkan sifat-sifat ketuhanan dan sifat-sifat Allah s.w.t.  merupakan perbandingan antara kepercayaan agama-agama lain yang kita dapati ajarannya telah mengakui adanya Tuhan, dengan keimanan yang terdapat dalam agama Islam. Maka konsep ketuhanan  menurut Islam:

1.       Merupakan prinsip kukuh dan sempurna
2.       Tidak terpisah-pisah dan terbahagi-bahagi
3.       Tidak ada toleransi dan campur-baur dengan segala bentuk kemusyrikan
4.      Tidak terdapat penyerupaan mahu pun persamaan, sama ada di dalam fikiran              ataupun di dalam hati perasaan.

Firman Allah s.w.t.:


A027


“Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” ( Q.S. Ar-Ruum: 27 )


A011


“Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” ( Q.S. Asy-Syuura: 11 )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”