NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 3 October 2013

Fitrah manusia mengajak kepada kebaikan tetapi adakalanya tergelincir kepada kesesatan


Allah s.w.t. adalah sumber rahmat, kasih sayang, hikmah dan pemberi kurnia bagi manusia. Allah s.w.t. tempat memohon dan meminta pertolongan. Dia berkuasa melakukan sesuatu; kebaikan atau bencana malapetaka. Dia memperkenankan doa.


Firman Allah s.w.t.:




A063


“Katakanlah: "Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur." ( Q.S. Al-An'aam: 63 )


A061


“Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan. ( Q.s. Al-Nahl:61 )

Perakuan manusia secara fitrah bahawa:

Antara manusia dengan Allah s.w.t.,
Antara hamba dengan Allah s.w.t.,
Antara makhluk dengan khaliq, 

Terdapat hubungan erat antara hamba dengan khaliq kerana tiada penguasa yang memiliki urusannya dan menguasai persoalannya serta yang menentukan segalanya-galanya. Semuanya yang menetapkan hidup dan matinya hanya Allah s.w.t., Tuhan pencipta Alam Yang Maha Esa.

Tatkala manusia tersepit dalam hidup, mengalami penderitaan dan ditimpa malapetaka, maka ia segera menghadap kepada Allah s.w.t. dan memohon keselamatan kepadaNya.


A053


“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.” ( Q.S. Al-Nahl:53 )


Ia sebagai petanda bahawa dalam situasi dan keadaan yang seperti itu, tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali hanya kembali kepada penciptanya, sama ada secara terang-terangan atau secara tersembunyi.

Jika tidak, siapa lagi yang berkuasa menyelamtkan diri dari bahaya?
Dan siapa lagi kecuali Allah s.w.t. yang berkuasa memberi pertolongan?
Dan siapa lagi kecuali Allah s.w.t. memperkenankan doa?
Dan siapa lagi kecuali Allah s.w.t.  mengenakan hukuman?
Dan siapa lagi kecuali Allah s.w.t. menentukan keputusan?
Dan siapa lagi kecuali Allah s.w.t. Raja mutlak?
Dan Allah s.w.t. menentukan segala-galanya.

Fitrah yang sihat, asli, tidak dipengaruhi oleh keadaan dan persekitaran yang kotor. Namun manusia kerap mengotori fitrahnya dan mendustai  tipudaya syaitan. Setelah nyawa dihujung kerongkong, maka ketika terdesak dan nafas mulai sesak, ia mula kembali kepada Allah s.w.t.

Sebaliknya apabila diri terselamat dari mara bahaya, ia berpaling, sombong, tidak mahu bersyukur dan kebanyakan manusia menjadi musyrik.

Firman Allah s.w.t.:


A068


“Adakah kamu - (sesudah diselamatkan ke darat) - merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?” ( Q.s. Al-Israa': 68 )


 A022


“Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur.” ( Q.s. Yunus:22 ) 

Maka dapat dirumuskan fitrah manusia berdasarkan ayat di atas seperti berikut:

Jika fitrahnya asli dan sihat, yang bersifat positif, maka ia:
   1.    Berdoa
         2.    Tunduk dengan patuh
         3.    Ikhlas dalam hati

Jika fitrahnya berpenyakit dan kotor, yang bersifat negatif, maka ia:
   1.    Berpaling
         2.    Tidak berteima kasih
         3.    Musyrik

Allahu Akhbar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”