NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 19 July 2016

BRITAIN DIDESAK SEGERA KELUAR EU



Britain didesak segera keluar EU
27 Jun 2016 12:22 AM
  247  3 Google +0


LONDON 26 Jun - Negara-negara kuasa besar Eropah menggesa supaya Britain segera dikeluarkan daripada Kesatuan Eropah (EU), ketika kesan pungutan suara itu mencetuskan perpecahan kepada Britain dan blok tersebut.

Pemimpin-pemimpin Eropah, kebanyakannya negara anggota asal EU mahu Britain tidak mele­ngah-lengahkan tindakan mereka keluar daripada EU, di tengah-te­ngah kebimbangan kesan domino pungutan suara di Britain diikuti negara anggota lain yang akan menjejaskan integriti blok tersebut.

“Kami bersama-sama menyatakan bahawa proses ini mesti bermula secepat mungkin supaya kami tidak berada di dalam tempoh tidak menentu yang lama,” kata Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier selepas menghadiri mesyuarat di Berlin.

Menteri-menteri anggota enam negara asal EU iaitu Jerman, Pe­rancis, Itali, Belanda, Belgium dan Luxembourg mengadakan mesyua­rat tergempar bagi melihat kesan pembelotan pertama dalam sejarah 60 tahun penubuhan blok itu.

Keputusan pungutan suara di Britain, kelmarin bukan sahaja menyaksikan Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan peletakan jawatan, malah ia mengakibatkan penduduknya mula berpecah dan satu petisyen dikeluarkan yang ditandatangani lebih dua juta orang menuntut pungutan suara itu diadakan semula.

Malah, terdapat sokongan supaya kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom dipercepatkan ketika Cameron mengesahkan akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga beliau menemukan penggantinya dalam kalangan partinya sendiri, Parti Konservatif.

Parti Konservatif mengekalkan penguasaannya sehingga Oktober ini ketika Perdana Menteri baharu akan membincangkan langkah Britain keluar daripada EU.

Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault pada masa sama menggesa Cameron segera melantik Perdana Menteri baharu.

Canselor Jerman, Angela Merkel sementara itu berkata, rundingan Britain untuk keluar daripada blok berkenaan tidak seharusnya berlarutan dan sebelum perkara tersebut dimuktamadkan, Britain kekal sebagai anggota EU.

“Tidak ada sebab untuk marah dalam rundingan ini, kita juga perlu mengikut peraturan per­mainan,” kata Merkel. – AFP




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”