NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 5 July 2016

SALAM RAMADAN 1437H



Ambang Syawal hampir mendekat manakala Ramadan menghitung detik-detik akan meninggalkan kita. Ramadan adalah bulan membina sahsiah diri kaum muslimin. Ramadan menguatkan azam tekad untuk terus meraih kejayaan sepanjang kehidupan. Ramadan sebahagian daripada bulan-bulan yang diberkati, hari-hari yang dirahmati dan saat-saat yang mengukuhkan keimanan. Ramadan menuntun seseorang menunjuk jalan keyakinan dalam kehidupan dan mempercepatkan permohonan amalan dimakbulkan. Ramadan juga melapangkan pemikiran, kayakan jiwa, merdekakan sifat dan tingkahlaku, dan tegas dalam menuruti syariat Islam. Tiada kepura-puraan dan  bukan keldai bongok tetapi kuat jati dirinya kepada Addeen. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sesama umat muslimin.

Moga-moga Ramadan tahun ini lebih baik daripada Ramadan tahun lalu dan malam ini akan bergemerlapan Syawalnya seperti mana sinaran matahari memancarkan cahayanya esok hari menjanjikan kehidupan yang lebih baik daripada hari ini.

Kehidupan yang pasti itu, keyakinan yang dibajai, kesungguhan merealisasikan kebajikan hari ini adalah petunjuk untuk kejayaan hari esok, maka sayugia kita terus melibatgandakan amalan-amalan kebajikan, azam yang kuat dan tawakal hanya berserah kepada Allah s.w.t..

Suasana aman di negara ini, tenang dan harmonis memerlukan kesungguhan kaum muslimin dan muslimat aktif dalam usaha-usaha dakwah supaya syariat Islam terpasak kekal dalam minda dan amalan kita sebagaimana kita bercita-cita memohon keredhaan Allah s.w.t. sebagai hamba yang bertakwa dan diterima munajatnya.

Taqobbalallahu minna wa minkum. (Semoga Allah menerima amalanku dan amalan kalian).

Semoga didengari olehNya dan didoakan/dikasihi oleh makhluk di langit dan di bumi.


Salam Aidifitri
Ramadan/Syawal 1437


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”