NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 5 September 2015

MH370 MELAMBAI-LAMBAI RINGGIT MERUDUM #SEHATISEJIWA



MH370 melambai-lambai ringgit. Lambaian itu pula sukar dipastikan sama ada lambaian-lambaian tersebut ada kaitan dengan terperosoknya MH370 di Laut Hindi, atau ada unsur-unsur penyedutan duit-duit amanah bangsa, atau pejuang-pejuang Daulah Islamiyah ‘masih memanaskan badan’, atau ekonomi global merudum disebabkan kelembaban ekonomi, atau/dan para dermawan sukar mengeluarkan zakat-zakat harta mereka, mereka lebih mesra menderma daripada mengeluarkan zakat untuk keperluan lapan asnaf. 

Sebagai contohlah, jika duit derma sebanyak 2.6 bilion dikeluarkan zakat, maka zakatnya hanya 2.5% sahaja daripada jumlah derma sebanyak RM2.6 bilion itu. Agak-agaknya berapakah jumlah zakatnya?  Banyak  tuu. Itu belum lagi dikenakan GST sebanyak 6%.

Pemimpin yang amanah akan kelihatan watak-watak mereka  selari dengan percakapan-percakapan mereka, tindakan-tindakan mereka selari dengan wawasan-wawasan mereka, hala tuju mereka selari dengan misi dan visi mereka, bisikan-bisikan  yang terpahat dalam kehidupan mereka selari dengan niat-niat akal mereka. 

Mereka pula tidak melanggar norma-norma kehidupan diri dan kemanusiaan, bersekongkol dengan dajal yang mendajal, dajal-dajal yang merentas sempadan ditatang, menurut paksaan kedajalan walaupun mereka menghadapai masalah-masalah kehidupan peribadi yang merudum dengan pelbagai skandal sehingga sukar untuk bangkit  mengukuhkan kehidupan merdeka. 

Jiwanya merdeka sebagaimana kehidupannya ketika berada di dalam pelukan ibu-ibu yang pernah mendodoinya. Darah dagingnya tumbuh mengeras berketul-ketul hasil daripada tetek ibu-ibu yang ikhlas kepada Allah s.w.t. menyusuinya. Hasil daripada tulang empat kerat ayah-ayah yang membesarkannya.

Lalu bagaimanakah menghadapi ekonomi yang semakin mencabar? Sukarnya menangani masalah makanan yang semakin berkurang kerana harga-harganya melambung manakala duit-duit yang dipegang pula semakin menyusut nilainya, khazanah-khazanah bangsa dikorek-korek oleh golongan dajal, penjual-penjual barangan luar daerah tidak datang membawa barangan mereka jika pun datang dengan harga-harga yang telah meningkat harganya, suaka-suaka pekerjaan pula menghantar duit mereka balik kampong, pemohon-pemohon suaka pekerjaan pula dikhabarkan tidak kurang 1.5 juta ‘standby’ melambai-lambai negeri barakah, anak-anak belajar tinggi-tinggi bersama anak-anak belajar rendah-rendah menghidu-hidu kerja kerana tulang empat kerat mereka telah bersedia diaktifkan-berfungsi, ibu-ibu dan bapa-bapa mula terbantut bakanya kerana memikir tentang kehidupan bayi-bayi yang akan dilahirkan khuatir kekurangan zat makanan,  bakal-bakal pengantin lelaki mengeluh panjang untuk menyediakan pitis yang akan diberikan kepada pengantin perempuan. Pitis-pitis itu pula akan digunakan sebagai kos-kos menyediakan makanan kepada tetamu yang datang membawa berkat. Akhirnya pembangunan umat tersekat disebabkan elemen-elemen kedukaan.

Pemimpin yang ikhlas telus dalam kehidupan mereka.

Sesungguhnya hadanglah kelembaban itu dengan menurut petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.

Bersambung








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”