NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 1 September 2015

MH370 NOSTALGIA TEKNOLOGI MERUDUM #SEHATISEJIWA



MH370 nostalgia kehidupan diulang siarkan cerita-cerita semalam sempena meraikan Hari Kebangsaan MALAYSIA #sehatisejiwa supaya pahatan kedajalan yang bersekongkol dengan mereka yang merentas sempadan dapat dihindarkan. 

Ia benar-benar sehati sejiwa merealisasikan kehidupan itu sebagai suatu kemerdekaan kepada negara bangsa, termasuklah merdeka jiwanya, merdeka tindakan-tindakannya dan yang amat penting merdeka cara gaya hidupnya daripada kesyaitanan dan kesyirikan kepada mentauhidkan Allah s.w.t.. 

Moga-moga begitulah adanya. 

Benar kata-katannya dan benar juga tindakan-tindakannya. 


MH370 adalah pesawat komersial MAS yang membawa penumpang-penumpang seramai 239 orang pada awal pagi 8 Mac 2014. Waktu pelepasan daripada KLIA  pada pukul 12.41 malam dan dijangka mendarat di Beijing. pada pukul 6.30 pagi. Semasa pelepasan, suasana persekitaran di Kuala Lumpur dalam keadaan berjerebu tetapi selepas merentasi awam dalam keadaan terang benderang kerana disinari oleh bintang-bintang cantik bergemerlapan. Manakala suasana di Beijing pada ketika itu aman damai, tenang dan sejuk.

Pada 8 Mac 2014, MAS mengeluarkan kenyataan pada pukul 7.24 pagi menyatakan bahawa pesawat MH370 penerbangan KLIA-Beijing telah tidak mendarat di lapangan terbang Beijing pada pukul 6.30 pagi dan disyaki hilang. Dalam tempoh 7 jam 43 minit baharu pihak pengurusan MAS tersedar dari tidur selepas sarapan pagi memberitahu kepada umum bahawa pesawat komersial yang berteknologi hebat itu hilang daripada pengawasan.


Secara ringkas, kronologi MH370 seperti berikut;


12.41 tengah malam 7 Mac 2014 pesawat berlepas

1.21 pagi transponder radar dimatikan.

6.30 pagi waktu Malaysia pesawat dijangka tiba.

7.24 pagi MAS mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat hilang

11.00 pagi sidang media CEO MAS mengesahkan pesawat hilang.

2.40 petang sidang media Pemangku Menteri Pengangkutan

6.28 petang Perdana Menteri menemui waris-waris di KLIA.

7.05 malam Perdana Menteri umumkan pesawat belum ditemui


Senario yang berlaku itu adalah ilusi-ilusi kehidupan kerana Amerika Syarikat melambai-lambai.

Sesungguhnya hidup ini memerlukan ketelusan, bukan mendajal.


Bersambung.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”