NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 3 September 2015

MH370 NOSTALGIA KENANGAN MERENTAS SEMPADAN #SEHATISEJIWA



MH370 terperosok di antara ilusi-ilusi kehidupan yang terpahat dalam kedungu-dunguan meresap dalam wajah yang memancar sifat-sifat tersebut menjalar ke seluruh anggota badan berpaut di dalam hati dan menghitam di situ. Peringatan-peringatan kepada golongan tersebut amat keras daripada Allah s.w.t. jika mengekalkan pahatan itu kerana pelaku-pelaku kedunguan lambat bertaubat. Mereka pula berterusan mengekalkan perlakuannya seperti mana pelaku-pelaku kedajalan selori senjata canggih dirompak di kem tentera di Perak dan Pengganasan Lahad Datu merobek hati prajurit negara tersayang di Sabah. Pahatan-pahatan kedajalan itu akan terlekat di dahi-dahi pelakunya sehingga hari kiamat. Mereka pula dikenali oleh mereka-mereka yang mengenali pelaku-pelaku kedajalan itu.

Sayugia diperingatkan kepada golongan dungu-dungu supaya menginsafi dosa-dosa yang lalu kerana pakatan kedajalan tidak akan bersimpati walaupun kita pernah membantu dalam kehidupan mereka seperti mana seekor anjing walau bagaimanapun dibela sampai pada suatu peringkat ia akan menggigit tuannya.

Pada 3 Oktober 1993, tentera elit Amerika Syarikat melakukan operasi sulit untuk menangkap pemimpin Somalia Farrah Aidid tetapi operasi mereka melalui jalan buntu kerana  lebih daripada 70 tentera Amerika Syarikat terperangkap akibat serangan bertubi-tubi oleh tentera Somalia. Bagi menyelamatkan anggota-anggota tentera Amerika Syarikat itu, beberapa orang pegawai tentera Amerika Syarikat datang menemui Timbalan Komander Malbatt, Lt. Kol. Mohd. Rozi Baharom, Amerika Syarikat meminta bantuan. Tentera Malaysia yang berada di lokasi berhampiran dikejarkan  ke kawasan di mana tentera Amerika Syarikat terkepong untuk melakukan misi pembebasan. Akhirnya tentera Malaysia berjaya melakukan pembebasan setelah berlaku pertempuran selama 6 jam. Diakhir pertempuran, tentera Amerika Syarikat mengalami kerugian dengan 2 buah helikopter ditembak musuh, 18 terbunuh, 77 cedera, 57 orang dapat diselamatkan, tentera Pakistan pula 2 orang cedera. Tentera Somalia pula mengalami ratusan tentera terbunuh. Misi Amerika Syarikat pada 3 oktober 1993 itu gagal, tanpa bantuan Malaysia barangkali tentera Amerika Syarikat terbunuh semuanya.

Kenangan-kenangan manis semalam tidak akan dikenang oleh golongan dajal kerana dalam pahatan akal mereka akan mempergunakan pelbagai sumber yang boleh didungu-dungukan dan dijadikan penampan-penampan kehidupan.

Maka hari ini, kita melihat aksi-aksi Amerika Syarikat terkebil-kebil melihat MH370.

Sesungguhnya berwaspada itu lebih baik daripada mengharapkan bisikan-bisikan golongan dajal.


Bersambung.



 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”