NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 2 February 2016

PAS TETEP MEMPERJUANGKAN HUDUD



PAS tetep Memperjuangkan Hudud

Posted on Wednesday, January 13 @ 09:21:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Kenyataan Media

PAS tak kisah kalau orang tolak cadangan PAS untuk laksanakan hukum Islam, sebab masa Rasulullah saw bawa Islam pun ada orang tolak.

Bukan setakat kaum dia, keluarga terdekat Rasulullah saw pun tolak juga, tapi Rasulullah tetap juga berdakwah, sebab dakwah itu dapat pahala walaupun orang tak terima dan yang menolaknya tetap dapat dosa.

Sebab bukan makna rugi kalau dakwah tak diterima, yang rugi ialah orang yang tak menerima, kita cuma ajak orang kepada Islam.

Kita cuma ajak orang untuk laksanakan hukum Allah, hukum tu bukan kita punya, kalau kita punya barulah namanya rugi kalau orang tolak.

Allah pun tak rugi kalau orang menolak hukumNya, Islam pun tak rugi kalau orang menolak Syaria'atnya.

Yang rugi ialah orang yang menolaknya, sebab dia menolak Rahmat dan kebaikan dari Allah, siapa yang tolak kebaikan dialah yang rugi.

Lawan kebaikan ialah keburukan, orang yang tolak Islam ialah orang yang buang kebaikan dan ambil keburukan.

PAS sejak dulu ajak UMNO kepada Islam,  masa PAS bertahaluf dalam APU, BA dan PR pun, PAS ajak semuanya kepada hukum Allah, PAS tak rugi pun kalau mana-mana parti pun tolak hasrat PAS untuk laksana Islam.

Sebab PAS cuma tukang bawa je, bukan PAS yang buat Islam.PAS bukan buat hukum, PAS cuma bawa hak Allah turunkan.

Kalau orang tolak hukum Allah, bukan makna dia tolak PAS, tapi dia tolak hukum Allah.

Kalau orang marah kat PAS kerana nak laksanakan hukum Allah, itu bukan makna dia marah PAS, tapi dia marah kat Allah.

Lawan rugi adalah untung, orang tak suka rugi, maknanya dia suka untung, orang yang suka rugi maknanya dia tak suka untung.

Manusia ni diuntungkan dengan Islam dan dirugikan dengan kekufuran, kalau orang tolak Islam, Allah kata itulah orang-orang yang rugi.

Kalau tolak Islam itu rugi, maknanya terima Islam itu untung, orang yang rasa rugi bila ambil Islam dan rasa untung bila tolak Islam ialah orang yang tak sedar diuntung.


Yb Ustaz Rosli Abdul Jabar
Adun Tanjung Lumpur
Pesuruhjaya PAS Pahang




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”