NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 6 June 2016

DR. ABD AZIZ HANAFI YANG DIINGATI



Saya berkesempatan bersama Dr. Abd Aziz Hanafi sebelum allahyarham mendapat gelaran Prof. Dato’ semasa  bertugas di Brunei Darussalam. 

Selepas beliau menamatkan kontraknya di Brunei Darussalam dan kembali ke Kedah Darul Aman, saya tidak lagi berjumpa dengan allahyarham. 

Namun saya selalu menatap wajah allahyarham apabila terpampang di halaman-halaman akhbar atau iklan di kain rentang yang allahyarham terlibat dalam program semasa dipelbagai  tempat di Wilayah Persekutuan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang yang saleh. 

Amin Ya Rabbal Alamin.


---------------------


Takziah

Prof Dato' Dr. Abd Aziz Hanafi telah kembali kerahmatullah
Posted on Monday, June 06 @ 17:53:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Berita

Makluman. Al fadzil Prof Dato' Dr. Abd Aziz Hanafi telah kembali kerahmatullah sebentar tadi. Jenazah masih berada di hosp sultanah bahiyah. Alfatihah. Semoga Allah limpahkan rahmat dan dimasukkan ke dlm hamba hambanya yg soleh.


رَاجِعونَ إِلَيْهِ وَإِنَّـا لِلّهِ إِنَّا

نُزُلَهُ، وَأَكْرِمْ عَنْهُ،وَاعْفُ وَعَافِهِ وَارْحَمْهُ لَهُ اغْفِرْ اَللَّهُمَّ


  

----------------------------


Dr Aziz Hanafi meninggal dunia
June 6, 2016 Berita Utama

BANGI, Isnin – Ulama Besar Kedah, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi dilaporkan meninggal dunia jam 1.45 petang tadi.

Dr Aziz dilahirkan pada 28 Julai 1948 dan pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2011.

Beliau adalah kelulusan Ph.D Perundangan Islam (Ekonomi Islam (Al-Azhar), M.A Syariah & Undang-undang (Al-Azhar), B.A (Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya).

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah Universiti di Brunei Darussalam sebelum pulang ke Malaysia dan diberi amanah memimpin Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena Kedah sehingga 2008.

Dr. Abdul Aziz Hanafi yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah (bermula 2009) pernah menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (SDK) sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke-83 pada 20 Januari 2010.

Beliau juga merupakan ulama yang pernah terlibat mengharamkan tuntutan COMANGO pada muzakarah ulama anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) pada tahun 2014.



















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”