NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 13 January 2016

MH17: PAKAR FORENSIK GESA MENTERI MOHON MAAF



George Maat
MH17: Pakar forensik gesa menteri mohon maaf
07 Januari 2016 1:10 AM


THE HAGUE 6 Jan. - Seorang pakar forensik Belanda yang dipecat daripada pasukan siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, menuntut seorang menteri Belanda memohon maaf kepadanya, dengan menyifatkan siasatan polis telah membersihkan namanya daripada sebarang kesalahan kerana mempamerkan gambar-gambar mayat penumpang jet berkenaan kepada pelajar perubatannya.

Pensyarah dari Universiti Leiden, George Maat dilapor dipecat daripada pasukan forensik Belanda, setelah dia menyampaikan ceramah tentang nahas MH17 dalam satu kuliahnya di Maastricht pada April tahun lalu.

Semasa menyampaikan kuliahnya, Maat menunjukkan gambar cebisan mayat penumpang dan menerangkan elemen proses mengenal pasti bagi membantu pelajaran para pelajarnya.

Pada ketika itu, Menteri Kehakiman Belanda, Ard Van der Steur menyifatkan tindakan Maat, sama sekali tidak sesuai dan biadab.

Maat berkata, bagaimanapun satu siasatan polis telah membersihkan namanya selepas pihak berkuasa itu bersetuju bahawa dia tidak melanggar sebarang undang-undang kerahsiaan dan peribadi.

“Siasatan polis dalam kuliah Maat yang dihadiri kira-kira 150 orang menunjukkan tidak ada perkara luar biasa yang berlaku,” katanya.

Kuliah serupa pernah diadakan sebelum ini dan hakikatnya perkara itu disampaikan di dalam dewan kelas di kampus universiti yang sepatutnya memberi jaminan bahawa gambar berkenaan hanya untuk pelajar perubatan dan bertujuan untuk pembelajaran.

Isu itu timbul selepas dua wartawan dari stesen televisyen swasta menyelusup masuk dan berpura-pura sebagai pelajar dan menerbitkan artikel yang terkeluar daripada konteks sebenar,

“Berita itu disebarkan oleh syarikat penyiaran seperti saya telah mengedar data siasatan jenayah yang tidak tepat,” katanya.

Maat, sehubungan itu meminta Van de Steur memohon maaf kepadanya dan mengaku secara terbuka bahawa dia masih merupakan anggota pasukan forensik kebangsaan dan menyatakan bahawa dia tidak pernah dipecat seperti yang dilaporkan, sebaliknya diketepikan.

Sementara itu, pegawai Kementerian Kehakiman tidak dapat dihubungi bagi mengulas tuntutan Maat, meskipun media Belanda melaporkan Van der Steur merancang menjawab perkara berkenaan dalam masa terdekat. – AFP



















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”