Afghanistan
menamatkan pergelutan merebut kepimpinan jawatan Presiden
Afghanistan yang bakal dikosongkan oleh Hamid Karzai, penyandang jawatan sekarang dan sekaligus akan
melepaskan jawatan tersebut. Perebutan jawatan tersebut antara Abdullah Abdullah, mantan Menteri
Luar dan Ashraf Ghani, mantan ahli ekonomi Bank Dunia. Penamatan
krisis perebutan jawatan itu apabila sukar untuk diputuskan pemenang jawatan itu kerana kedua belah pihak masing-masing mempunyai peluang untuk menang.
Bagi mententeramkan kemelut itu ia mendapat reaksi dan campur tangan Amerika Syarikat bagi menyelesaikannya dengan segera.
Bagi mententeramkan kemelut itu ia mendapat reaksi dan campur tangan Amerika Syarikat bagi menyelesaikannya dengan segera.
Banyak
sebab untuk Amerika Syarikat campur tangan dalam urusan-urusan dalaman
Afghanistan kerana ia melibatkan isu-isu keselamatan tentera Amerika
Syarikat dan sekutu-sekutu lainnya di samping perbelanjaan pengurusan Afghanistan
itu sendiri dibiayai melalui kantong Amerika Syarikat. Jika perebutan
jawatan tersebut berterusan dan sukar dileraikan ia akan membahayakan
Amerika Syarikat dan sekutunya di sana.
Dalam
keadaan Amerika Syarikat berhadapan secara terbuka dengan
pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah di wilayah Daulah Islamiyah dan beraksi di belakang tabir di
Ukraine, ia boleh memberi kesan yang buruk untuk masa hadapan dan
pandangan masyarakat antarabangsa terhadapnya, dalam suasana Amerika
Syarikat dan sekutu-sekutunya senentiasa dalam pemerhatian
pejuang-pejuang Taliban.
Maka, wajar bagi Amerika Syarikat berusaha menangani masalah itu supaya imejnya dan pergolakan yang berlaku akan melonjakkan namanya dipersada antarabangsa sebagai pengadil yang tidak memihak. Akhirnya pengganas-pengganas di sana tiada ruang memporak-perandakan struktur pentadbiran yang diasaskan dan menjadi barisan hadapan kepada tentera Amerika Syarikat di Asia Tengah.

Bersambung
...
No comments:
Post a Comment