Rusia
disekat lagi. Amerika Syarikat bermain tabir. Amerika Syarikat
berada di belakang EU-NATO. Tidak seperti isu penembakan MH17,
terang-terangan Amerika Syarikat menuduh Rusia terlibat menembak MH17
kerana membekalkan pemisah Donetsk peluru berpandu anti pesawat atau
peluru berpandu darat ke udara. Rusia menafikannya dengan menyatakan
bahawa sebelum MH17 ditembak terdapat pesawat pejuang terbang
berhampiran.
Pada 26 Ogos 2014 Rusia mengeluarkan kenyataan melalui Menteri Luarnya, Sergei Lovrov, meluahkan rasa dukacitanya kerana penyiasat antarabangsa yang
menyiasat kota hitam MH17 tidak telus kerana melengah-lengahkan hasil
siasatan.
Kesan daripada luahan itu, pada 9 September 2014, laporan awal nahas MH17 setabal 34 muka surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda, dibentangkan menunjukkan bahawa pesawat itu berkecai di udara akibat kerosakan struktur selepas terkena sebilangan besar objek berkuasa tinggi yang menembusi pesawat daripada luar.
Kesan daripada luahan itu, pada 9 September 2014, laporan awal nahas MH17 setabal 34 muka surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda, dibentangkan menunjukkan bahawa pesawat itu berkecai di udara akibat kerosakan struktur selepas terkena sebilangan besar objek berkuasa tinggi yang menembusi pesawat daripada luar.
Pada
10 September, 2014, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, penemuan daripada siasatan yang dibuat oleh Lembaga Keselamatan Belanda bersama pakar dari United Kingdom, Australia, Malaysia dan Amerika Syarikat, Ukraine dan Rusia.
Jika diimbau kembali peristiwa penembakan pesawat MH17 yang ditunjukkan videonya semasa awal kejadian dipaparkan, kemudian kini telah ditarik balik tayangannya (disekat). Pesawat MH17 yang ditembak itu terbakar di udara menjunam pada kedudukan antara 60 darjah dan sampai di bumi (tanah) meletup. Serpihan dan cebisan-cebisan bangkai MH17 berkedudukan dalam lingkungan yang boleh dikenal pasti tidak melebihi pada radius 10 kilometer dari pusat letupan.
Jika diimbau kembali peristiwa penembakan pesawat MH17 yang ditunjukkan videonya semasa awal kejadian dipaparkan, kemudian kini telah ditarik balik tayangannya (disekat). Pesawat MH17 yang ditembak itu terbakar di udara menjunam pada kedudukan antara 60 darjah dan sampai di bumi (tanah) meletup. Serpihan dan cebisan-cebisan bangkai MH17 berkedudukan dalam lingkungan yang boleh dikenal pasti tidak melebihi pada radius 10 kilometer dari pusat letupan.
Beberapa
senario boleh dilihat untuk mendapatkan gambaran secara kasar
tentang punca-punca dari arah mana penembakan dilakukan, senjata yang
digunakan untuk menembak, kaedah yang terjadi kepada pesawat apabila
ditemabak, keadaan pesawat apabila terkena tembakan, dan banyak lagi.
Senario Pertama:
Apabila pesawat MH17 ditembak
dengan peluru berpandu berkembar 4, ia akan meletup di udara dan boleh
berkecai, serpihan-sepihan, cebisan-cebisan dan bangkainya akan bertaburan di sana sini disebabkan oleh peluru berpandu
automatik. Biasanya peluru berpandu milik Rusia berkembar empat. Apabila ia
terhidu objek terbang maka ia akan meluncur keempat-empatnya. Memusnahkan sasarannya.
Senario Kedua:
Apabila pesawat MH17 ditembak dengan peluru berpandu automatik atau dikendalikan oleh manusia secara manual, maka
pesawat itu akan berkecai di udara kemudian berpusing-pusing sebelum mendarat
di bumi. Serpihan-serpihan, cebisan-cebisan dan bangkainya akan bertaburan, sukar dilihat
bangkai-bangkai yang besar di daratan.
Senario Tiga:
Apabila pesawat MH17 ditembak
dengan senjata anti pesawat, dari bumi ke udara, boleh dilihat pada mayat-mayat
itu kesan tembakan kerana senjata anti pesawat apabila dilepaskan nescaya
bertaburan peluru memenuhi bangkai pesawat MH17 dan akan terdapat kesan-kesan tembakan pada mayat-mayat itu kerana peluru-peluru itu menembusi pesawat.
Senario Keempat.
Apabila pesawat MH17 ditembak
oleh pesawat pejuang dengan menggunakan peluru berpandu nescaya pesawat MH17
akan meletup di udara berkecai dan pesawat akan berpusing-pusing sebelum terjunam ke
bumi. Serpih-serpihan, cebisan-cebisan dan bangkai MH17 akan bertaburan di merata tempat.
Senario Kelima:
Apabila pesawat MH17 ditembak oleh
pesawat pejuang dengan menggunakan mesingan di bahagian belakang
pesawat MH17 maka ekornya akan terbakar
dan pemanduan masih boleh di kawal dengan keadaan tidak seimbang. Ia akan
menjunam dan sampai di bumi meletup.
Antara kelima-lima senario itu sukar untuk kenal pasti kecuali jika terlibat melihat secara dekat persekitaran tragedi pesawat itu tertanggal ditembak, berdasarkan sebab-sebab berikut:-
1. Pesawat
terbakar di udara dan meletup apabila sampai di bumi.
2. Pesawat semasa menjunam dalam keadaan terbakar tetapi meletup apabila tersentuh daratan.
3. Semasa pesawat menjunam pada kedudukan antara 60 darjah, terbakar dan pesawat seperti menjunam dengan keadaan boleh
diimbangi.
4. Keadaan
serpihan-serpihan, cebisan-cebisan, bangkai, mayat-mayat dan barang-barang kargo kelihatan elok semasa
penayangan beberapa jam selepas kejadian.
5. Sebahagian bangkai pesawat dapat dilihat akibat terpelanting daripada induknya dan meletup mengakibatkan serpihan-serpihan, cebisan-cebisan dan muatan-muatan termasuk mayat-mayat dan barangan kargo apabila terlerai dari induknya menyebabkan ia tidak terbakar. Ada di kalangan mayat-mayat itu kelihatan elok termasuk beg-beg mangsa masih kelihatan elok, tetapi diselongkar kemudiannya.
No comments:
Post a Comment