NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday, 8 September 2014

PENDIRIAN



Hidup mesti ada pendirian. Rujukan untuk ikutan kepada perjalanan hidup, menghadapi masalah atau melonjak kehidupan terus meluncur kehadapan membina jati diri, memperkukuh kehidupan dan mengelak terjerumus ke dalam kekeliruaan. Personaliti yang menyatakan pendirian dan kehebatan. Bangkit dengan ketelusan, menyatakan keimanan, tidak bersekongkol dengan dajal-dajal, penceroboh-penceroboh, penzalim-penzalim, penjahat-penjahat dan pembunuh-pembunuh apabila golongan tersebut berkelakuan aneh.

Mengikrarkan keyakinan dengan dua kalimah syahadah
Hiduplah sebagai manusia, jangan hidup sebagai binatang, mendajal dan menyedut duit fakir miskin. Tetap pendirian. Jangan menjadi lalang. Sebagai seorang muslim dengan mengucap:


Asyhadu alla ilaha illallaha wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah
(Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah)

Walaupun kita dilahirkan oleh ibu-ibu dari golongan-golongan hamba abdi, dilahirkan oleh ibu-ibu dari hasil perzinaan, dilahirkan oleh ibu-ibu dari tak sah taraf, dilahirkan oleh ibu-ibu dari hasil persetubuhan subhat, dilahirkan oleh ibu-ibu yang tidak diketahui siapa bapanya, kerana air mani yang bercampur-campur, bercampur-baur, menjadi rojak membentuk campuran ABC. Kerana bukan dilahirkan oleh ibu-ibu yang merdeka.
Muka, lidah, sikap, tindakan, amalan dan kehidupan menunjukkan perlakuan-perlakuan semasa; bersifat dajal atau bermartabat tinggi.
Diri mesti ada keyakinan. Islam menjadikan kita merdeka, menghapus dosa-dosa yang dilakukan oleh waris-waris ( ibu atau bapa atau kedua-duanya ), terhindar dari dosa-dosa mereka kerana dosa-dosa itu bukan suatu perwarisan bagi warisnya. Anak-anak bersih dari dosa-dosa itu, sebagaimana bayi yang dilahirkan sehingga kanak-kanak tersebut membesar sebelum akil baligh, tidak berakal, suci bersih dirinya.
Apabila kita memahami jati diri, tidak berbangkit tentang ugutan, ketakutan, rasuah, tamak, merompak dan merampas harta bukan milik kita, menceroboh, menzalimi dan membunuh orang tanpa alasan yang dibenarkan oleh Islam. Orang gila pun tidak akan bertindak agresif jika langkah-langkah pemulihan telah dilakukan dan mengingatkan kepada waris dan kejiranan, dimaklumkan sebagai langkah-langkah awasan.

Agama Islam sanadnya terpelihara sepanjang zaman
Salasilah dan urutan agama Islam terpelihara; bersanad, golongan-golongan merdeka, cerdik akalnya, jauh pandangannya, perawinya diyakini dan catatan-catatan riwayatnya terpelihara dan mereka yang mengamalkannya boleh dipertanggungjawabkan. Terhindar dari sifat-sifat munafik, berperangai dajal, memutar belit maklumat, pengecut dengan perompak, penjahat dan penceroboh.
Walau apapun hambatan, pelbagai fitnah, persekongkolan, gula-gula simpati dan sumbangan-sumbangan bersifat mengikat ditolak kerana itu bukan sifat golongan merdeka. Kita mesti bangkit dari mimpi-mimpi semalam, khayalan-khayalan terdahulu, lamunan-lamunan hari ini dan realiti yang kita hadapi masakini terhindar dari sumpahan, dihina dan diperdebatkan kerana ketamakan hidup memfaraid harta-harta negara yang sepatutnya dirasai bersama bukan untuk kepentingan-kepentingan peribadi dan waris-waris.
Lakunan era 1900an telah pun pupus. Era millenium sedang berligar-ligar dalam paksi kehidupan yang boleh dibaca, difahami, diulas dan ditentukan plot-plot ceritanya, walaupun masyarakat masih kabur dan terhijab pandangan dan akal mereka kerana kerap terlena selepas salat Asar sehingga membawa kepada waktu Maghrib. Penggambaran-penggambaran dan lakunan-lakunan yang bertujuan untuk melakukan kedajalan di muka bumi ini, telah diperingatkan oleh Allah s.w.t. kepada insan-insan mulia, tidak sukar bagi mereka melakukan culaan-culaan dan menganalisis lakunan-lakunan sesuatu tentang sifat-sifat manusia; bersifat munafik, mendajal, bersekongkol, berpakat, menzalimi orang lain menurut hawa nafsu serakah dengan berkesudahan berpaut dengan dahan yang rapuh.

Pengarah-pengarah filem berusaha meyakinkan khalayak-khalayak dengan menonjolkan persepsi-persepsi benar, karya-karya yang dibuat oleh mereka yang sihat dan senget akalnya, termasuk meneruskan lakunan-lakunan dalam isu pesawat MH370
Lakunan-lakunan yang berterusan cacat itu menjadikan manusia tidak menaruh harapan untuk menjulang tinggi martabat umat digalas oleh insan-insan berjiwa kerdil.
Beberapa contoh perbandingan untuk memahami dan membuka minda bagi mencari pencerahan kepada lakunan-lakunan kejadian sebenar atau lakunan-lakunan yang direka-reka bagi menjustifikasikan sesuatu maksud, kepentingan sesuatu dan menghalalkan benda yang haram dimakan bersama tahi-tahinya, antaranya:-

Lakunan-lakunan benar akibat daripada pengalaman hidup itu, adalah suatu manifestasi pengalaman hidup dan mereka yang memahaminya merasai semangat lakunan-lakunan itu akan segar sepanjang zaman:

  1. Filem keluarga 69, yang diilhamkan oleh allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah pengalaman hidup yang beliau alami dan diterjemahkan dalam bentuk lakunan-lakunan, dijadikan filem dan ia segar ditonton oleh pelbagai lapisan generasi bagi mereka yang mengamatinya.
  2. Tragedi pesawat MH17 ditembak di kawasan bergolak di Donetsk antara tentera Ukraine dengan pihak pemisah Donetsk. Pemerintah Ukraine pro Amerika Syarikat, memerintah setelah merebut melalui demontrasi ganas menyingkirkan pemerintah Viktor Yanakovyick yang pro Rusia. Apabila MH17 ditembak, AS menuduh Rusia melakukannya, dengan alasan membekalkan peluru berpandu kepada pejuang-pejuang. Rusia menafikannya, dengan menyatakan terdapat pesawat pejuang berhampiran MH17 sebelum ditembak. Rusia atau Amerika Syarikat, salah satunya mesti dipertanggungjawabkan.
  3. Pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah bangkit menuntut hak-hak mereka daripada pencerobohan penjahat-penjahat AS-NATO dan sekutunya yang menceroboh Iraq pada 20 Mac 2003. Kehebatan pejuang-pejuang itu apabila mereka menggempur pasti memenangi medan pertempuran. Mereka digeruni. Allah s.w.t., para malaikat dan orang-orang beriman meredhai mereka.

Lakunan-lakunan yang dipertikai kesahihan maklumatnya dan sukar dipastikan kebenaran cerita-ceritanya kerana bukti-bukti yang mengaitkan peristiwa-peristwa tersebut kurang telus menjelaskan kronologinya:

  1. Serangan bangunan WTC Washington DC, menggunakan pesawat Amerika Syarikat, menyerang menara WTC, meletup di udara dan dalam tempoh yang sama di bahagian bawah bangunan turut meletup serentak seperti dirancang modus operandinya. Selepas beberapa hari, Amerika Syarikat mendeklarasikan menyerang Afghanistan. Alasannya WTC diserang oleh pengganas yang berada dibawah penggawasan Taliban. Suatu perbandingan yang dangkal, bukti-bukti dikemukakan meragukan sama seperti bukti-bukti MH370 meragukan, disorok dikatakan tragedi.
  2. Pasukan khas Amerika Syarikat menyerbu rumah banglo mensasarkan suspek, membunuh semuanya termasuk pengawal-pengawal suspek. Mayat suspek dibuang ke laut. Beberapa hari selepas itu, pasukan khas yang melakukan serangan kepada suspek mengalami tragedi, semuanya mati kerana helikopter yang dinaiki meletup di udara. Bangkai suspek dan pasukan khas berjasa besar itu tiada nisan. Tiada tugu-tugu peringatan kosong seperti tugu Steven Joel Sotloff, yang disembelih itu.
  3. Pengganas al-Maunah telah merompak senjata di kem tentera Grik, Perak dengan membawa lari pelbagai senjata, peluru dan bom. Gerakan pantas mereka hanya dilakukan dalam tempoh 5 minit. Semua pasukan pengawal terkaku oleh jampi mantera. Pasukan khas, gerak khas seluruh dunia termasuk pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah sukar melakukannya. Senjata-senjata tersebut diliputi rantai dan dimanggakan. Itulah kehebatan pejuang-pejuang al-Maunah boleh melakukannya tanpa mencalarkan senjata-senjata itu. Hebat. Tetapi kesian, ketuanya telah dihukum gantung sampai mati.


Lakunan-lakunan yang tidak munasabah tetapi diakui kerana belum dibuktikan tentang perancang-perancang, dajal-dajal dan pengkhianat-pengkhianat yang bersekongkol untuk menghitamkan muka-muka mereka:


    1. Pesawat MH370 mengalami tragedi di Lautan Hindi sehingga kini tidak ditemui. Persoalannya ialah cerita-cerita itu dilontarkan atas firasat sendirikah, atau mengikut arahankah, atau untuk memaniskan dendangan teligakah, atau saja-saja cakapkah atau mengalihkan perhatian kerana pesawat MH370 belum diangkut ke Lautan Hindi dijadikan bukti tentangnyakah? Sedangkan dajal yang mendajal memerhati gelagat lakunan-lakunan orang-orang kenit.
    2. Kaum muslimin di China dilarang menyimpan janggut kerana dikhuatiri terlibat dengan kegiatan pengganasan. Manakala golongan tidak berjanggut disahkan terlibat dalam komplot menceroboh Gaza Palestin, menceroboh Iraq dan membunuh beratus-ratus ribu golongan-golongan lemah yang tidak berdosa, dan membawa lari pesawat MH370 untuk disorok.
    3. Apabila berlaku krisis elektrik di Mesir, semalam. Abdel Fattah As-Sisi sebagai perampas kuasa pemerintah Mesir menyalahkan Presiden Mesir Dr. Muhamed Mursi al-Ayyat kerana punca kekurangan terputusnya bekalan ekektrik di Mesir. Perampas kuasa tentera As-Sisi telah menjatuhkan dan mengambil alih pemerintahan demokrasi di Mesir melebihi setahun masih menyalahkan kawan dipenjarakan itu.









 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”