Amerika
Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terus
mengasak Rusia. Puncanya kerana Rusia memenangi perseteruan di
Ukraine. Rusia bukan sahaja dapat memiliki Crimea, Donetsk dan Luhansk
(mengisytiharkan bernaung dibawah Rusia) tetapi ia juga memenuhi
integriti dalam menghujahkan peristiwa yang berlaku di Ukraine, terutamanya peristiwa pesawat MH17 ditembak.
Amerika Syarikat berterusan mencari kesilapan Rusia dan kemudian menuduhnya terlibat dalam tembakan MH17. Dengan mengalihkan isu, dan terus melakukan sekatan-sekatan dan menambah sekatan-sekatan lain menghalang pengembangan potensi Rusia. Terkini Amerika Syarikat menuduh Rusia terlibat menghantar tentera di Ukraine. Ia dikenakan sekatan lagi.
Amerika Syarikat berterusan mencari kesilapan Rusia dan kemudian menuduhnya terlibat dalam tembakan MH17. Dengan mengalihkan isu, dan terus melakukan sekatan-sekatan dan menambah sekatan-sekatan lain menghalang pengembangan potensi Rusia. Terkini Amerika Syarikat menuduh Rusia terlibat menghantar tentera di Ukraine. Ia dikenakan sekatan lagi.
Pertembungan
antara Amerika Syarikat dan Rusia bukan lagi suatu rahsia. Walaupun
tuduhan-tuduhan itu dinafikan dan dipandang ringan oleh Rusia tetapi
ia memiliki strategik yang sukar difikirkan oleh Amerika Syarikat.
Cara Amerika Syarikat berdiplomasi telah difahami.
Dalam
isu-isu tertentu, jika Amerika Syarikat merasakan ia menangi sesuatu
isu ia akan berada di barisan hadapan dan mengasak sepuas-puasnya
tetapi jika ia menemui laluan sukar dan ia tahu risikonya, maka ia
akan melakukan kerja-kerja di belakang tabir seolah-olahnya ia tidak
terlibat.
Amerika
Syarikat dan NATO akan berusaha melumpuhkan ekonomi dan potensi Rusia
supaya akan berlaku keresahan dan huru-hara di Rusia. Sebagai isyarat
bahawa pertumbuhan ekonominya berada dalam keadaan perlahan dan
lembab, tetapi Amerika Syarikat silap dalam percaturannya. Kesan
daripada sekatan-sekatan yang dikuatkuasakan itu telah mengundang
kepada masalah kepada negara-negara anggota EU yang berurus niaga
secara langsung dengan Rusia. Mereka akan terjejas dan perkara
tersebut mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi anggota EU. Maka
sasaran untuk mengenakan sekatan demi sekatan kepada Rusia tidak
berkesan. Sebaliknya mengena balik kepada anggota EU-NATO sendiri di
mana Amerika Syarikat kurang terlibat dalam ekonomi domestik mereka
sebaliknya berada di belakang tabir.
Dalam
dunia kehidupan, EU-NATO sepatutnya tidak akur seratus peratus dengan
cadangan negara-negara anggota yang yang memiliki ekonomi mampan
tanpa melihat ekonomi anggota-anggota EU yang lain yang banyak
bergantung dengan ekonomi domestik dan berada dalam zon ekonomi
bersama Rusia. Jika silap perhitungan boleh meruntuhkan ekonomi
anggota lain. Ekonomi Amerika Syarikat tidak menghadapi masalah
kerana ekonominya berada di luar lingkaran koridor ekonomi yang
bersempadan dengan Rusia.
Nampaknya
peperangan itu bukan hanya berlaku dengan mengangkat senjata tetapi
peperangan itu juga dengan memenangi ekonomi, penyertaan rakyat dan
melepaskan diri dari belenggu-belenggu yang menyekat dan menghambat
potensi untuk membangunkan keharmonian rakyat. Untuk jangka pendek, perkara tersebut kurang dirasai, tetapi untuk jangka panjang, Rusia
telah mengorak langkah membina koridor ekonomi baru membentuk pakatan ekonomi
yang akhirnya anggota EU yang mesra dengan Rusia akan ternganga kerana peluang yang dimiliki disekat oleh Amerika Syarikat.
Kesudahannya anggota-anggota EU yang boleh berdikari dengan sendirinya akan berpaut kepada Amerika Syarikat sepenuhnya untuk menampung ruang-ruang lompong dan mencari peluang-peluang ekonomi yang telah terlepas itu. Mereka terpaksa bermula daripad kosong.
Kesudahannya anggota-anggota EU yang boleh berdikari dengan sendirinya akan berpaut kepada Amerika Syarikat sepenuhnya untuk menampung ruang-ruang lompong dan mencari peluang-peluang ekonomi yang telah terlepas itu. Mereka terpaksa bermula daripad kosong.
Amerika
Syarikat-NATO akan melakukan kesilapan dalam pertembungan dengan Rusia dalam isu
Ukraine kerana Rusia disokong oleh rakyatnya, manakala Amerika
Syarikat-NATO masih teraba-raba mengatur langkah terutamanya ekonomi
dunia mula malap kerana sekatan-sekatan yang dilakukan menghalang
orang awam untuk hidup.Sebab itu Amerika bergegas menceroboh Iraq untuk kali ketiga kerana minyak.
Jika
Amerika Syarikat-NATO beranggapan melalui sekatan-sekatan yang
dilakukan kepada Rusia akan merugikan anggota-anggota EU yang
telah sedia berurus niaga dengan Rusia termasuklah negara-negara
kejiranannya. Mereka sepakat bahawa tidak ada masalah
berurus niaga, bahkan lebih harmonis bersama Rusia.
Persoalanya
ialah siapakah di kalangan anggota EU yang akan terkena tempias
daripada sekatan-sekatan yang dilakukan kepada Rusia itu, atau ada
agenda lain dan disengajakan dikenakan sekatan-sekatan tersebut
supaya perjanjian-perjanjian yang telah dimeteri terpaksa
ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan? Akhirnya
anggota-anggota yang terlibat seperti didera dan menanggung kerugian.
Amerika
jangan memerangkap negara-negara anggota EU dengan isu-isu yang
dibuat itu kerana mereka telah melakukan komitmen dengan Rusia
sebelum peristiwa Ukraine mengalami krisis kepimpinan ketika era
Vicktor Yanakovicyk. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu
sebelanga.
Kehidupan
itu memerlukan kecerdikan untuk hidup selesa.
No comments:
Post a Comment