NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 11 September 2014

KEMENTERIAN PENDIDIKAN: KERTAS PEPERIKSAAN BOCOR, SATU PANDANGAN SPONTAN



Kebocoran itu sebagai isyarat bahawa rahasia-rahasia yang dikemut akan terdedah dan didedahkan bukan sahaja oleh individu terlibat secara langsung tetapi mereka yang mengetahui peristiwanya

Kenapakah kertas peperiksaan Ujian Pernilaian Sekolah Rendah bocor ketika Pakatan Rakyat masih buntu mencari kata sepakat tentang pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat keahliannya daripada Parti Keadilan Rakyat, menjadikan jawatan Menteri Besar Selangor yang dijawatnya secara langsung wajar dikosongkan untuk digantikan oleh individu wakil rakyat Selangor yang berada dalam Pakatan Rakyat? Dari segi persefahaman PR, individu tersebut dari parti PKR.

Adakah kertas peperiksaan UPSR yang didedahkan itu ada kaitan dengan krisis yang melanda PKR sehingga tempiasnya melanda Parti Islam SeMalaysia membawa kepada pelepasan jawatan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  sebagai Menteri Besar Selangor, nanti, atau krisis PR itu terbawa-bawa sehingga  menggambarkan tentang kesetiaan individu dalam parti yang dianggotai boleh dipengaruhi oleh pihak lain sehingga sukar membezakan antara ibu kandung, ibu susuan,  ibu tiri, ibu angkat, ibu tumpang, ibu bibi dan ibu penjagaan  kerana telah sebati dalam kehidupan yang harmoni, atau ada isu lain yang melibatkan kes pemilihan pimpinan UMNO yang sedang berlaku di seluruh negara bagi menghantar mesej kepada menteri pendidikan? Mesej-mesej itu pula pelbagai maksud dan pengertian. Mungkin?

Atau kebocoran soalan peperiksaan itu sengaja dihebahkan supaya pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan tahun 2014 akan memperolehi markah yang menaikkan lagi peratusan markah mereka lebih baik daripada pelajar-pelajar senior mereka,  tahun-tahun yang lepas, tanpa menokok tambah peratusan pemarkahan anak-anak itu.

Barangkali juga individu yang membocorkan rahsia, kertas-kertas peperiksaan tersebut kesian kepada anak-anak bangsanya memerah otak untuk mendapatkan jawapan terbaik dan memenuhi skima pemarkahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pelajaran bagi mempastikan bahawa hanya pelajar-pelajar yang menperolehi markah-markah tertinggi itu mendapat merit terbaik. Meletakkan mereka memperolehi kelebihan-kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan tertentu. Begitukah?


Pendedahan soalan-soalan itu kepada umum supaya anak-anak bangsa yang menduduki peperiksaan tahun 2014 melonjat markahnya dan selepas itu mohon dinilai semula kaedah pembelajaran dan pemarkahannya bukan sahaja pada peringkat sekolah rendah tetapi dinilai keseluruhannya sebelum melangkah memasuki menara gading

Apabila soalan-soalan yang sepatutnya menjadi rahsia atau sulit didedahkan kepada umum tetapi bukan khusus kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan itu seperti ada maklumat yang tersirat hendak diberitahu. Bagi menyelesaikan  dan merungkai permasalah-permasalah kebocoran kertas-kertas peperiksaan pada masa akan datang, bukan sahaja berlaku kepada kertas-kertas peperiksaan Ujian Pernilaian Sekolah Rendah tetapi meliputi Pernilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sekolah Tinggi Agama Malaysia. 

Sayugia dicadangkan menggunakan cara atau kaedah   pembelajaran dan pemarkahan yang dilakukan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi, seperti yang diamalkan oleh sebahagian kolej dan universiti di negara ini. Pemarkahannya mudah, dinilai setiap minggu atau bulan melalui ujian-ujian yang telah dipelajari dan dijumlahkan purata markahnya. Selebihnya ditentukan melalui peperiksaan akhir tahun. Tentang soal kebocoran, soalan-soalan peperiksaan itu dapat diminimumkan. Boleh dicuba, untuk peringkat percubaan. Jika berkesan gunakan dan praktikkan.

Kaedah tersebut bukan sahaja menghalang kebocoran-Kebocaoran kertas-kertas peperiksaan tetapi dapat menilai ketrampilan pelajar-pelajar dalam situasi semasa, mengasah bakat mereka dan menilainya secara langsung. Jika perlu dihebahkan markah-markah mereka, dipampang markah-markah itu di dinding-dinding atau papan kenyataan. Diperingatkan selalu, diberi  galakan, motivasi dan jika wajar diberi ganjaran sebagai intensif bersemangatnya anak-anak itu pada ketika nilaian dilakukan. 

Menjadi masalahnya ialah apabila terdapat unsur-unsur mengejar sesuatu kepentingan untuk mengaut keuntungan daripadanya menjadikan ia suatu perjudian survival kehidupan.

Kebocoran yang didedahkan itu adalah suatu isyarat bahawa pesawat MH370 akan didedahkan dan terdedah juga akhirnya.

Sesungguhnya menuntut ilmu itu mulai dari buaian sehingglah ke liang lahad.






















































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”