NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 11 September 2014

MICHEAL BROWN DITEMBAK MATI TANPA SIMPATI



Micheal Brown, 18, remaja yang sedang meningkat naik, berkelakuan nakal kerana sifat remaja-remaja yang sebaya dengannya memang berperangai seperti itu apatah lagi jika bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang boleh mencorak perwatakannya bersama perangai rakan-rakan sebayanya itu.

Diberitakan bahawa Michel Brown terlibat dalam kenakalannya sehingga mencuri barangan runcit. Jika di Malaysia, apabila tertangkap dan dibicarakan di mahkamah apabila sabit kesalahan, sama ada  akan di dendan atau dipenjarakan atau kedua-duanya sekali. Tetapi tidak pula ditembak mati kecualilah jika berlaku di belakang tabir.

Tetapi berbeza dengan polisi di Amerika Syarikat, apabial tertangkap seseorang dan pihak polis berkuasa menjatuhkan hukuman pada ketika itu juga dengan menembaknya sampai mati walaupun remaja tersebut tanpa senjata.  Tujuan pihak polis menembak mati suspek itu untuk menghilangkan bukti-bukti yang dilakukan oleh remaja tersebut. Kerana suspek adalah saksi utama. Apabila mangsa mati maka sukar untuk menjelaskan peristiwa sebenarnya kepada mahkamah kerana mangsa telah mati seperti kes Oscar Pistorius, pelari pecut paralimpik, jika ada saksi juga maka saksi-saksi yang dibawa oleh pihak pendakwaan (mangsa), saksi-saksi  (sekunder) tersebut boleh ditepis dengan membawa saksi pembelaan (suspek pihak polis) pula. Pihak Polis akan berusaha menggagalkan pertuduhan-pertuduhan mangsa dikhuatiri menjatuhkan integriti pihak Polis. 

Ia sesuatu yang sukar dibayangkan. Masing-masing pihak menjadi integritinya.

Persoalan disini siapakah yang lebih brutal antara Polis Amerika Syarikat menembak mati remaja tanpa senjata atau pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah menyembelih agen pengintip, penceroboh dan pembunuh di Iraq?

Kesan daripada penembakan remaja yang tidak bersenjata itu kerana mencuri barangan runcit, membangkitkan kemarahan masyarakat St. Louis, termasuklah keluarga, rakan, kejiranan yang tidak berpuas hati berkaitan peristiwa tersebut dan pengendalian kes penembakan individu tanpa senjata. Mereka meluahkan tidak puas hati dan rasa simpati mereka dengan berarak beramai-ramai, berdemontrasi turun kelapangan sehingga menyekat lebuhraya mendesak pihak berkuasa melakukan keadilan kepada Michel Brown, remaja yang tidak berdosa, tidak bersenjata, mencuri barang-barang runcit dan ditembak sampai mati.

Sebelum ini pernah berlaku kepada seorang budak remaja yang ditembak mati kerana alasan-alasan yang remeh seperti yang berlaku kepada Tryvon Martin, 17, dari Taman Miami, Florida, lebih muda dari Michel Brown. Begitulah nasib remaja-remaja Amerika yang tidak sebulu dengan pihak Polis, jika bertemu dengan pihak polis yang brutal, huru-hara Amerika Syarikat dibuatnya.

Sehingga catatan ini direkodkan, telah masuk bulan kedua  demontrasi dan keresahan masyarakat Amerika Syarikat terhadap polisi penguatkuasaan itu kerana ia dilihat seperti tidak adil dan individu yang melakukannya masih bebas belum lagi diadili.

Jika trend seperti itu berterusan dan beberapa tempat dan kawasan pula berlaku kemalangan seperti itu, huru-hara Amerika Syarikat dibuatnya. Tidak termasuk penyelesaian agen-agen aktif Amerika Syarikat yang berjasa itu tidak dirundingkan secara serius pembebasan mereka. Bebaskan mereka. Maka terdengarlah laungan: ’Freedom, Freedom, Freedom’.

Semoga Amerika Syarikat berjaya merundingkan pembebasan tahanan-tahanan agen-agennya dibawa seliaan pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah.

Berlaku adillah walaupun terhadap peminta sedekah. Mereka juga bernyawa.



































































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”