Dunia
ini pelik-pelik tetapi ianya benar. Peliknya ialah apabila diugut
nada kenyataannya akan berubah. Bersetuju kemudian tiba-tiba jadi
tidak bersetuju. Mulanya tidak bersetuju beberapa jam selepas itu jadi
bersetuju. Bertegas dengan pendirian yang difikirkan tergesa-gesa
sedangkan isunya besar, akhirnya menarik balik penegasan tersebut
dinasihatkan oleh bapa berkuasa. Itulah dunia yang diilhamkan oleh
akal yang sihat dipautkan dengan perasaan yang diinginkan kerana ada
manfaat yang hendak dikemut. Orang awam perpinga-pinga dengan sepak terajang
pencinta-pencinta kehidupan yang terpampang di hadapan matanya kemewahan
tetapi sukar dicapai kerana berhalangan dikunci oleh golongan
kemerdekaan.
Islam
mengingatkan bahawa golongan kuffar: Yahud dan Nasara tidak akan
senang dengan kamu, maka ingatan itu dibisik-bisik, diperingatkan oleh
ibu-ibu merdeka memanjang kepada bayi-bayinya supaya senentiasa
berwaspada dengan hasutan iblis dan syaitan. Kerana dengan manis mulut itu meresap ke dalam akal seperti api dalam sekam membakar jiwa. Ia
adalah peringatan-peringatan dan awasan-awasan perlu diambil berat
supaya anak-anak yang merdeka itu sebenarnya senentiasa diringi oleh doa ibu bapanya,
teguh pendirian dan tidak tergelincir ke sarang rasuah, menipu,
membuncitkan perut diri, untuk waris, proksi dan berpakat dengan
melakukan kedajalam memilik negara dan memaling-malingkan insan
mulia.
Beberapa
perkara yang wajar difahami supaya mengingatkan kita tentang dajal
yang sedang mendajal-dajal, dajal yang sentiasa mendajal, dajal yang akan
mendajal dan dajal yang mencari ruang dan peluang untuk mendajal
kerana namanya dajal tetap mendajal. Ia akan bebas mendajal apabila sentuhan taubat nasuha melintasi akal, perasaannya dan bertapak di situ, antaranya dajal mendajal:-
- Bersekongkol dengan pembunuh umat Islam di pelbagai tempat, berterusan menguasai tanah, hasil mahsul bumi dan otak-otak umat ini yang akhirnya mereka menjadi umpan untuk sambaran api neraka.
- Memerangkap rakyat awam dengan menyorok pesawat MH370 kerana ada sesuatu agenda yang dirahsiakan untuk kepentingan diri, waris-waris dan proksi-proksi yang akhir hayatnya ditenggalamkan niatnya.
- Menyuarakan menyokong suara-suara sumbang untuk menentang pejuang-pejuang Islam yang mereka sendiri mendapat manfaat daripada kewujudan dan tindakan pemuda-pemuda itu kesannya doa pemuda-pemuda itu melumpuhkan dajal-dajal.
- Melakukan lakunan-lakunan untuk menjahanamkan orang lain dan mengharapkan manfaat daripadanya tetapi sebaliknya menjadi masalah kepadanya kerana hukuman qisas menantinya sebab itu terkebil-kebil matanya.
- Menyatakan persekongkolannya secara nyata tentang kebaikan golongan dajal dan menafikan doa-doa mujahid-mujahid yang tidak terhijab dengan Allah s.w.t. dan menjelaskan niat-niat busuknya yang akan dimakan oleh ulat-ulat.
Apabila persekongkolan itu berlaku dihadapan kita, tidak wajar mentaati golongan-golongan mendajal itu; benda disorok dikatakan tragedi, merompak kem tentera 5 minit dijampi mentera terpukau semuanya sedangkan dilatih bersiap siaga setiap saat, melakukan pengganasan dengan menembak rakan sendiri, memfaraidkan khazanah harta dimakan untuk menentangnya balik, dan teragak-agak melakukan kebaikan dan menyegerakan meresahkan kehidupan.
Dalam
hidup ini jangan berkompromi dengan dajal. Dajal akan lari apabila
hasratnya telah tercapai, tetapi mereka akan melekat dan mendakap
menjadi parasit jika kita mudah dirasuah, banyak manfaat di sini,
pengecut, mudah ditekan dan dibuli, ditawarkan strategik perniagaan
untuk manfaat diri, dipujuk rayu, dilagu-lagukan, dijanji-janjikan
dan dibuai-buai bagi menyentuh perasaan supaya lekat dimindanya.
Ambillah
ingatan bahawa yang datang akan pergi. Yang hidup akan mati. Yang
muda segak akan menua merapu, jika berkuasa sampai masanya akan
terlucut. Akhirnya dajal-dajal yang bersekongkol melihat kelemahan
golongan-golongan kerdil kenit untuk mereka menengeh dan cengkam,
mengikat dan mengugut untuk mengukuhkan perumahnya, maka kekallah ia
di sana seperti cenkamananya di Jepun, Korea Selatan, Filipina dan
Jerman.
Pelik Tapi Benar:
Di sini lahirnya sebuah cinta.
No comments:
Post a Comment