Presiden FIFA, Sepp Blatter
mengambil tanggungjawab setelah diasak sebelum dan selepas pemilihan Presiden
FIFA pada 29 Mei 2015 yang berakhir beliau memenanginya pemilihan tersebut dengan
dua pertiga menyebelahinya. Sepp Blatter kini sedang disiasat oleh pihak
berkuasa Amerika Syarikat selepas baru empat hari dipilih semula mengetuai
FIFA, secara mengejut mengumumkan akan meletak jawatan kerana tekanan demi
tekanan diterima olehnya.
Selepas kemenangannya Sepp Blatter
mengeluarkan kenyataannya menyalahkan pihak Amerika Syarikat dan UEFA iaitu Persekutuan
Bola Sepak Eropah melalui Presidennya Michel Platini mencampuri urusan FIFA.
Kemenangan yang dirai oleh Sepp
Blatter selepas 4 hari itu berakhir apabila memanggil mesyuarat Jawatankuasa
pengurusan FIFA dan mengumumkan perletakan jawatannya melalui sidang akhbarnya.
Menurut laporan BBC, nama Sepp
Blatter sudah berada dalam kes dakwaan yang dibuka oleh Amerika Syarikat. Ini
ada kaitan dengan perletakan jawatannya.
Beberapa jam sebelum namanya
diumumkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, Sepp Blatter mengumumkan
perletakkan jawatannya.
Sumber-sumber yang enggan
dinamakan memberitahu Reuters, Encik Blatter yang sudah memimpin FIFA selama 17
tahun kini disiasat oleh pihak FBI dan pendakwa raya Amerika.
Encik Blatter, 79 tahun,
menggegarkan masyarakat bola sepak antarabangsa apabila beliau mengumumkan akan
melepaskan jawatannya kerana baru beberapa hari dipilih semula untuk penggal
keempat selaku Presiden FIFA.
Encik Blatter mengakui, FIFA kini
memerlukan "rombakan besar-besaran" dan menggesa agar satu pemilihan
baru diadakan segera.
No comments:
Post a Comment