Sebuah Catatan Perjalanan Politik
Bangsa
24 June 2015
Kenyataan Haji Hadi Awang ada benarnya
Pandangan Haji Hadi Awang yang
parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan kalah (G18) dalam pemilihan
parti PAS itu ada benarnya jika dipandang dari satu sudut pandangan politik.
G18 itu akan tenggelam jika menubuhkan parti baru dan keluar dari PAS. Kumpulan
G18 in akan bergabung dengan PasMa untuk menjadi rakan kongsi Pakatan Rakyat
yang baru sebagai pengganti PAS yang tidak lagi diakui oleh rakan kongsi
Pakatan Rakyat sebagai segabungan dengannya.
Selalunya satu kumpulan serpihan
itu tidak kekal. Tidak tahu pulalah jika yang kali ini ia akan kekal. Kita
tunggu sahajalah. Masa akan menentukan. Jika ia kekal Alhamdulillah dan saya
ucapkan selamat berjuang dan teruskan apa-apa yang anda semua hajatkan.
Jika kita masih dibuai oleh
sentimen tanpa memikirkan apa yang anda semua akan lalui secara realitinya maka
anda akan merasakan yang anda semua akan menjadi satu ‘force’ yang
‘formidable’. Kita belum nampak lagi ranjau-ranjau yang bakal anda tempuhi
dalam perlaksanaan politik mereka anda. Tentulah ada pihak yang berkepentingan
mahukan keadaan ini berlaku, tetapi itu adalah mainan pilitik yang biasa, terutamanya
dalam politik Malaysia
ini.
Teruskanlah, tetapi berhati-hati
sambil melalui jalan dan liku-liku perjuangan mereka. Saya mempunyai sebab
untuk berkata demikian tetapi sebabnya bukan boleh diluahkan begitu sahaja
kerana ia berkaitan dengan siapa yang menerajui kumpulan baru pembangkang ini.
Saya tidak nampak bagaimana gabungan baru ini boleh membezakan keadaan dengan
keadaan semasa Pakatan Rakyat yang dahulu.
Pakatan Rakyat yang baru ini
wajar mempunyai pendaftaran secara formal dan wujud diatas entiti yang
terdaftar dengan pandaftaran pertubuhan. Itu satu. Tetapi persoalannya parti
manakah yang akan menjadi ketua kepada ‘coalition’ yang baru ini. Dalam Pakatan
Rakyat dahulu perhubungan diantara ketiga-tiga parti itu ialah ‘equal partners’
dan jika ini terus berlaku dalam Pakatan dan persepakatan yang baru ini maka
masalah yang sama akan tetap berlaku.
Kita lihat dalam Pakatan Rakyat
yang dimatikan walaupun pada hakikatnya Pakatan itu tidak pernah wujud secara
formal, perbalahan ialah wujud kerana tiada parti diantara ketiga-tiga ahli itu
yang menjadi ketuanya. Dalam sesuatu ‘coalition’ mesti ada satu parti yang
menjadi ketuanya dan dihormati oleh rakan-rakan kongsi di dalamnya.
Jika dalam persepakatan dan
persefahaman yang baru itu sama sahaja cirinya seperti dalam Pakatan Rakyat
yang dahulu dengan ciri ‘equal partners’ dan ‘equal say’ dalam persahabatan
baru itu, hasilnya akan sama sahaja dengan apa yang dihasilkan oleh Pakatan
Rakyat dahulu.
Sesungguhnya PAS sekarang ini
tidak kebelakang sangat seperti yang di anggapkan oleh kumpulan 18 yang
dikatakan progresif itu. Paling jauh PAS telah kembali kepada rupa dan
‘attribute’ asal parti itu yang konservatif. Sememangnya ‘attribute’ asal PAS
begitu dari dahulu.
Perlu diingat semasa PAS mencuba
menjadi parti progresif dengan menyertai Pakatan Rakyat dahulu bukannya sedikit
kaum Melayu yang tidak menyokong PAS lagi kerana parti itu dikatakan telah
berubah corak dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang mereka beranggapan
sebagai chauvinis Cina dan sebagainya. Dengan kembalinya PAS dengan imej
berkepimpinan ulamak maka mereka ini jelas telah kembali memberikan sokongan
dan ramai yang baru sedang mendekati PAS.
DAP kecewa dengan PAS kerana mahu
tidak mahu parti itu perlukan sokongan orang Melayu Islam apabila menghadapi
rakyat dalam pilihanraya nanti. Itu sebabnya mereka amat bergembira sekarang
ini kerana setidak-tidaknya masih ada segelumit penyokong PAS yang sudah
terbiasa menyokong DAP dan Pakatan dalam dua pilihanraya umum yang lalu. Tanpa
sokongan Melayu, DAP akan hanya tertumpu pengaruhnya dalam kawasan Cina sahaja
dan sekarang ini ada beberapa kerusi DAP yang kedudukannya dalam bahaya apabila
pilihanraya umum tiba nanti.
Walaupun begitu besar publisiti
tentang kemasukan (exodus) ramai ahli PAS kedalam DAP, ramai lagi yang berubah
menyokong kembali parti itu apabila sudah berpisah dengan PR terutamanya DAP.
Dengan perpecahan DAP dengan PAS,
kedua-dua parti akan merasakan hasilnya. Tetapi bagi PAS setidak-tidaknya ia
kembali kepada corak dan ciri asalnya. PAS mula menyedari yang parti itu akan
hilang identitinya jika berterusan bersama DAP. Apabila parti itu hilang
identitinya maka ia akan menghadapi banyak masalah pada masa yang akan datang.
Contohnya identiti UMNO yang asal sudah cukup untuk dijadikan pelajaran kepada
semua pihak. UMNO kini menghadapi penyakit daya tahan seperti orang yang
dihinggapi HIV, hidup tidak segar, hanya mati yang ditunggu.
UMNO yang dahulunya mempunyai
imej sebagai parti bersemangat kebangsaan tetapi sejak parti itu bertukar menjadi parti ‘taukey’, ramai yang
telah meninggalkan parti itu. Lanjutan dari itu UMNO akhirnya akan hanya
menjadi sebuah parti yang dilihat sebagai parti untuk ‘the rich and the famous’
sahaja dan tidak ubah seperti ‘exclusive club’ untuk keuntungan mereka yang
hampir dengan kuasa sahaja.
Asri Muda merupakan seorang
pemimpin utama PAS yang pernah dianggap bukan sahaja oleh ahli PAS tetapi juga
oleh pemimpin-pemimpin parti lawan sebagai pemimpin yang sukar dicari ganti
untuk PAS. Ketiadaan beliau sepatutnya telah menguburkan parti itu tetapi PAS
tetap wujud dan segar sampai kehari ini.
Sesebuah parti itu ciri yang
kekal di dalamnya dan jika sesiapa termasuk pemimpin besarnya tidak bersama
dengan ciri-ciri asalnya secara ‘natural’ mereka akan meninggalkan parti itu
akhirnya. Saya tidak berada dalam parti ini tetapi sekadar memberikan pandangan
berdasarkan kepada keadaan dan hakikat sebenarnya yang akan berlaku.
Mungkin ada gulungan G18 itu
sedang memujuk hati mereka dengan berkata keadaan sekarang lain dan dulu lain.
Tetapi natijahnya sama-sama kita akui satu kenyataan….PAS tetap akan wujud
seperti sediakala jika tidak lebih dari itu.
Posted by Aspan Alias at 06:13 1
com
No comments:
Post a Comment