Pejuang Taliban mula menyerang
Parlimen Afghan, antara sasaran-sasaran yang boleh mendatangkan impak igauan
kepada mereka yang telah ditetapkan. Susulan daripada penyerangan itu pejuang-pejuang
Taliban dilihat sedang mempertingkatkan keupayaan mereka bukan sahaja menembusi
kawasan-kawasan dikawal ketat kerana faktor keselamatan tetapi yang amat
penting telah menyerang bangunan Parlimen ketika Yang Berhormat Yang Berhormat sedang
khusyuk membincangkan tentang kepentingan negara bangsa. Serangan itu disasarkan
kepada individu-individu yang bersumpah setia bersekongkol dengan kedajalan Amerika Syarikat
tetapi tempiasnya juga turut mengenai individu-individu yang berhampiran termasuk
mereka yang berada di ‘far far away’ terhidu oleh bahang-bahangnya kerana
dibisik-bisik oleh kedajalan.
Pemain-pemain import ditatang dan
pemain-pemain watan dibuang, tolong jangan lakukan kerana MAS memiliki aset yang banyak.
Mana-mana individu yang
bersekongkol dengan Amerika Syarikat mendajal membunuh manusia tidak berdosa maka
akan bangkit dari kalangan mereka insan-insan yang tidak takut kepada kematian,
maka adalah diperingatkan supaya jangan bersekongkol dengan golongan dajal
memperosokkan MH370 di selatan laut dalam di Laut Hindi.
Tolong bebaskan MH370.
Tolong selesaikan MH17.
Tolong jangan meniru-niru
kelakuan dajal sama ada berkaitan kem tentera dirompak dalam tempoh 5 minit, atau Pengganasan Lahad Datu membunuh prajurit negara, atau ATM digodam wang tunai RM30
juta disedut memasuki karung ajaib, atau penculikan nenek tua, atau IS-IS dicekup sedang
berjoging menuju Gunung Nuang dan MT Orkim Harmony halimunan dikaburi zaman.
Tolong menjadi manusia ikhlas
kepada Allah s.w.t. terutamanya ketika berada dalam bulan yang diberkati ini. Jangan sampai manusia cerdik disumpah menjadi dungu-dungu.
Salam Ramadan al-Mubarak.
-------------------
Taliban serang Parlimen Afghan
Semua suspek ditembak mati, ahli
Parlimen selamat
23 Jun 2015 12:24 AM
Anggota keselamatan, memeriksa
mayat anggota militan Taliban yang ditembak mati selepas menyerang bangunan
Parlimen Afghanistan ,
sementara (gambar atas) memaparkan suasana dalam Dewan Parlimen yang
diselubungi asap sejurus serangan dilancarkan di Kabul , semalam. REUTERS
KABUL 22 Jun - Seorang wanita dan
kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut apabila tujuh anggota militan
Taliban, menyerang bangunan Parlimen Afghanistan hari ini, sehingga
mengakibatkan ahli Parlimen bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Insiden tersebut turut disiarkan
secara langsung, menunjukkan keadaan huru-hara ketika kejadian berlaku.
Bagaimanapun, semua suspek berjaya
dibunuh pihak berkuasa.
Laman web International Bussiness
Times melaporkan, semua anggota militan termasuk seorang pengebom berani mati
maut dalam serangan itu yang turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 31 orang
awam cedera.
Serangan bermula apabila pengebom
berani mati yang menaiki sebuah kereta, merempuh pintu pagar bangunan Parlimen.
Baki enam lagi anggota militan
yang berada di dalam sebuah bangunan berhampiran Parlimen, dibunuh selepas
berbalas tembakan selama hampir dua jam dengan pasukan keselamatan.
Menurut sumber, serangan
dilancarkan ketika Presiden, Mohammad Ashraf Ghani memperkenalkan calon untuk
jawatan Menteri Pertahanan kepada anggota Parlimen.
“Serangan ini jelas menunjukkan
bagaimana pasukan perisik dan jabatan keselamatan gagal melaksanakan tugas
dengan berkesan,” kata anggota Parlimen, Farhad Sediqi.
Menurut sumber, serangan
merupakan sebahagian daripada tindakan ganas Taliban yang dikenali sebagai
‘peperangan mengejut’, ketika kumpulan militan itu terus mengorak langkah menawan
beberapa kawasan di utara negara ini seperti di daerah Dasht-e-Archi dan
Chardara.
Ketua Polis Kabul, Ebadullah
Karimi berkata, Senator dan anggota Dewan Negara selamat daripada serangan
tersebut. – AFP/AGENSI
No comments:
Post a Comment