
Berbeza dengan MH370 terperosok
dalam kedajalan kerana duit-duit amanah disedut-sedut oleh jin.
Dalam dunia kedajalan ia tidak
nampak bagaimana cara-cara untuk membina ketelusan kehidupan. Ia kabur dalam meniti
kecemerlangan hidup kerana menjauhkan diri dari amalan-amalan ketauhidan yang
ia menghirup udara kehidupan seharian. Ia beranggapan apabila ia memiliki
kekayaan hasil daripada duit-duit haram ia boleh mengawal kehidupan jati
dirinya. Ia tidak perasan bahawa sebenarnya telah merudumkan jangka hayatnya.
Tolong jangan berterusan melakukan kedajalan bersama plot-plot kem tentera
dirompak 5 minit, Pengganasan Lahad Datu, MH370 terperosok dan MT Orkim Harmony
halimunan.
Barangkali kerana:
1. Bisikan-bisikan kedajalan selalu menyapa cuping-cuping
teling menyebabkan terngiang-ngiang tentang kehidupan perniagaan yang diraikan.
2. Pihak pengeluar akan mempastikan bahawa mereka memperolehi keuntungan maksimum dari barangan yang dikeluarkan.
3. Pihak pemborong akan mempastikan bahawa mereka memperolehi keuntungan maksimum dari barangan yang dijual pukal.
4. Pihak penjual akan mempastikan bahawa mereka
memperolehi keuntungan maksimum dari barangan yang dijual kepada pembeli.
5. Pihak pembeli turut mempastikan bahawa mereka
memperolehi keuntungan maksimum dari barangan siap diproses untuk keperluan
pengguna, dan
6. Penting kepada proksi merai keuntungan diluar jangkaan
melebihi keuntungan maksimum.
Maka, proses perniagaan itu akan
dimaksimumkan keuntungannya. Mereka tidak melihat bahawa dengan keuntungan
minimum boleh mendatangkan keberkatan.
Alakullihal semua lingkaran
perniagaan itu akan mendapat manfaat daripada kurniaan Allah s.w.t., tetapi
yang menjadi masalah kepada kehidupan manusia, mereka diselubungi oleh kabus
malam pada 8 Mac 2014 tentang beberapa perkara, antaranya:
1. Menaikkan penawaran harga barangan yang maksimum untuk
manfaat pengeluar kerana lebihan harga yang telah dimaksimumkan itu dinaikkan
lagi diserahkan kepadanya kalau tidak perniagaan tersebut dibatalkan.
2. Menetapkan harga barangan .keluaran syarikat kepada pihak
pembeli pemborong dengan istilah saling untung-untung. Termasuk peras-ugut.
Puncanya dalam fikiran mereka
telah terpahat kedajalan.
Maka, pada malam 8 Mac 2014 sekitar 12.41 pagi adalah waktu malang kepada
pesawat MH370 diterbangkan untuk disorok dan pada ketika itu waktu di New York,
Amerika Syarikat juga sekitar pukul 12.41 tengah hari (perbezaan antara
Malaysia dengan New York 12 jam) masa
yang sesuai melakukan kedajalan. Waktu Malaysia malam, di Amerika Syarikat
siang. Dajal suka main kabur-kaburan tetapi orang-orang yang beriman memahami
kedajalan tersebut sebagaimana Yaakub memahami kedajalan anak-anaknya menyorok
Yusof.
No comments:
Post a Comment