Posted on Sunday, June 14 @
05:00:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenorehGetah
Analisis Isu "
NOTA awal:
Tulisan ini bertujuan utk
pencerahan [Al-Maidah ayat 8] pada "emosi luar kawalan" sbhgn besar
ahli PAS yg bersungguh mengungkapkan DAP tak hormati PAS/Presiden PAS sehingga
dijadikan topik "DAP bashing" dlm muktamar pelbagai peringkat baru
ini.
PERTAMANYA,
ALLAH mengingatkan utk berlaku
'adil pada sesiapa sahaja (walau musuh);
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ
شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ
ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Orang beriman wajiblah;
[1] Menjadi org yg menegakkan
keadilan kerana Allah dgn "menerangkan kebenaran"
[2] Janganlah sesekali berlaku
tidak ‘adil (zalim) terhadap musuh (atau bukan kumpulan kita).
[3] Keadilan adalah sifat org
bertaqwa.
Di posting lepas, saya hanya
kemukakan SATU CONTOH perlanggaran kuasa Presiden yg tidak ikut pada
perlembagaan PAS, yg membawa mudharat begitu besar buat PAS, hingga kesannya
PAS secara teknikal telah pun terputus hubungan dgn Pakatan Rakyat. Ia hanya
disebabkan sifat tergopoh-gapah Dewan Ulamak yg cuba
menjadikan muktamar sbg medan
menyerang DAP.
Hingga kini saya masih terkejut
dgn kenyataan Dewan Ulamak;
"Kami hanya nak
gempar-gempar sahaja utk putuskan hubungan dgn DAP, bukan sungguh untuk
putuskan".
Baru buat satu teguran, dah
berduyun serangan peribadi pelbagai pihak saya terima, yg tidak dapat menerima
bahawa Presiden PAS telah melakukan kesalahan besar dalam jamaah. Seolahnya
kedudukan ketua kesayangan jamaah kita itu mestilah suci dari kesalahan
sedemikian.
[Moga Allah ampunkan kita semua
serta Tuan Guru kita Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang]
Ramai juga marah sebab saya
perincikan segalanya dlm bentuk tulisan. iAllah saya ada jawapan ,mengapa perlu
saya lakukan sedemikian).
1. Tujuan penafian kesalahan
tersebut, tidak lain untuk mahu terus melemparkan kesalahan itu hanya pada
pihak luar, DAP atau PKR itu sahaja, dgn tujuan membersihkan PAS dari segala
keburukan tersebut. Maka disebut dan diulang-ulang, Presiden PAS terpaksa
bertindak balas termasuk "memutuskan hubungan dgn DAP" pada
kesalalahan yg mereka lakukan demi menjaga maruah PAS.
2. Itulah contohnya doktrin
“salah faham walak” yg di "indoktinasi"kan melalui system tarbiyyah PAS yg sedang
membinasakan gerakan Islam. Bahkan menjadi FITNAH buat Islam itu sendiri.
3. Ramai menuduh DAP/PKR sbg
pengkhianat, tidak hormat pada PAS dan Presiden PAS. Namun mereka disumbat utk
mendiamkan diri, bahkan menyorokkan sebarang perlanggaran janji oleh PAS pada
Pakatan Rakyat itu pula.
4. Prinsip plg utama dlm
perjanjian adalah ‘aqad, atau janji sesebuah ikatan. Ramai kalangan PAS
meremehkan asas tersebut, dgn alasan,sebagai kumpulan Islam, “tahaluf itu
bukanlah suatu yg kekal”.
5. Ya benar, tahaluf bukan suatu
yg kekal. Ia adalah ketetapan bersyarat yg diteruskan selama masih
menguntungkan Islam. Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS menyenaraikan paling kurang
6 syarat perjanjian itu.
6. Namun, hakikatnya, walau remeh
bagaimana sekalipun, selama sesuatu perjanjian itu masih lagi effektif tanpa
sebarang pembatalan atau pembubaran, maka selama itulah adab dan disiplin dlm
berjanji WAJIB dipegang.
Rasulullah SAW menyebut;
“Seseorang mukmin (adalah mereka)
yg berpegang pada janji mereka”.
7. Lalu disebabkan perjanjian
tahaaluf itu melibatkan 3 pihak, maka mana-mana sahaja pihak yg mahu membatal
atau menukar apa2 sahaja persetujuan dan janji itu, wajiblah membincangkannya
semula dgn lagi dua pihak yg berjanji. HARAM hukumnya suatu pihak membatalkan
sesuatu perjanjian secara bersendirian, atas apa alasan sekalipun.
ITULAH konsep perjanjian dalam
ISLAM.
Sekarang saya akan bawakan
"antara punca asas" perlanggaran janji / kesalahan besar oleh PAS
hanya dlm contoh krisis Menteri Besar Selangor tahun lepas. Bagi saya, inilah
antara punca plg awal PAS "kehilangan trust" atau keyakinan yg begitu
dahsyat dari rakyat, ahli sendiri, bahkan dari bangsa dan agama lain, mudharat
hingga ke hari ini.
Antaranya;
[ Kes MB
Selangor sahaja ];
[a] Seawal 2012 lagi, PAS dan DAP
melihat kegagalan Khalid Ibrahim (TSKI) sbg Menteri Besar yg membawa aspirasi
Pakatan Rakyat Selangor. Maka atas persetujuan JK Kerja PAS Pusat, satu surat telah dihantar
kepada PKR mendesak diturunkan segera TSKI dari jawatan MB, demi menyelamatkan
masa depan PR di Selangor. Pointnya, desakan paling kuat untuk digugurkan TSKI
dari MB datang dari PAS dan DAP. Bukan idea asal PKR.
[b] Awal 2014, selepas terdapat
bukti serious melibatkan TSKI, PKR menggerakkan “Kajang Move”, dan mendapat
persetujuan kesemua parti utk sama-sama membantu dlm PRK tersebut. Secara dasar
PAS bersetuju bersama membantu PRK Kajang tersebut, tetapi ramai dalaman PAS
(khasnya dari Terengganu) dibiarkan memboikot PRK tersebut tanpa teguran oleh
Presiden PAS.
[c] Selepas kegagalan Kajang
Move, PKR melakukan pendedahan kes moral TSKI berkaitan penjualan tanah ratusan
juta kepada Tropicana ketika pembubaran Parliman PRU13, yg disusuli pembatalan
hutang peribadi 70 juta oleh Bank Islam. Tidak semena-mena, ia disusuli dgn
TSKI bersetuju meneruskan projek “Langat 2” yg dah 6 tahun ditentang oleh
Pakatan Rakyat dan TSKI sendiri. Itu semua sebab yg jelas utk PKR menukar MB
pada masa itu. Ironinya, PAS tanpa diduga mengambil langkah mempertahankan pula
kepimpinan TSKI tersebut dgn pelbagai alasan.
[d] 24 Julai 2014, dlm mesyuarat
Majlis Presiden PR yg Presiden PAS putuskan untuk tidak hadir (diwakilkan),
ketetapan bersama PAS & DAP utk membawa cadangan rasmi PKR utk pertukaran
MB tersebut ke parti masing-masing, dan akan menyatakan keputusan 10 Ogos
2014(dan ditukar kepada 17 Ogos 2014). Itulah keputusan bersama PR hari
tersebut.
[e] Tidak sampai 24 jam, Presiden
PAS sendiri membuat keputusan unilateral menolak keputusan mesyuarat yg beliau
tidak hadir tersebut, dgn menyatakan PAS akan terus mempertahankan kepimpinan
TSKI sbg MB Selangor, tanpa menunggu keputusan mesyuarat JK PAS Pusat pada 17
Ogos 2014 tersebut (pengumuman selepas Kuliah Jumaat di Rusila).
[f] Hari kelima Syawal 2014,
Presiden PAS berjumpa terus dgn Tuanku Sultan Selangor, dan kemudiannya
Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bersendirian menolak pencalonan yg
dipersetujui PKR/DAP melantik Dato’ Seri Wan Aziah (DSWA) sbg MB Selangor.
Alasan yg diulang-ulangkan adalah, disebabkan beliau seorg wanita.
[g] 17 Ogos 2014, sebaik
memulakan Mesyuarat JK Kerja PAS Pusat, Presiden PAS mengejutkan semua, apabila
beliau sendiri mencadangkan dua nama, DSWA dan Azmin Ali sbg calon pengganti
MB. Cadangan TGHA disokong 100% AJK PAS Pusat. Juga dlm kenyataan media
diulangi sekali lagi bahawa kerusi MB Selangor adalah milik PKR, dan PAS tidak
akan mengmbilnya.
[h] 17 Ogos 2014, 6:30 petang, di
Empire Hotel Subang Jaya, berlaku satu mesyuarat Majlis Presiden yg melegakan
semua pihak (termasuk menggembirakan ratusan pemberita yg bertepuk tangan),
iaitu satu sahaja nama dipersetujui bersama oleh PKR, PAS dan DAP, iaitu DSWA
sbg pengganti MB Selangor, selepas Azmin Ali menolak pencalonan bagi
menghormati pendirian PKR.
[i] 22 Ogos 2014, tanpa disangka,
Presiden PAS sendiri secara diam mengajak Azmin Ali “melompat” ke dalam PAS
bersama beberapa ADUN lain, untuk membantu PAS membentuk "kerajaan
baru" dgn Azmin dinamakan sbg MB yg baru. Semua pihak
"speechless" dgn pendedahan Azmin. Ia akhirnya terpaksa diakui
sendiri oleh Presiden PAS dlm mesyurat JK PAS Pusat pada 25 Ogos 2014.
[j] 25 Ogos 2014, teguran dibuat
oleh JK Kerja PAS Pusat atas perlanggaran janji oleh Presiden PAS tersebut, dan
PAS secara collective mengulangi pendirian asal PAS yg diputuskan pada 17 Ogos
2014 sebelum itu.
[k] Selepas buntu disebabkan
Presiden PAS masih tidak benarkan Surat Persetujuan 3-parti diserahkan kepada
istana, maka Tuanku Sultan menitahkan pula setiap parti menamakan plg kurang 3
nama untuk nilaian istana.
[l] Pada awal September 2014,
Presiden PAS lagi sekali melanggar terma asas perjanjian PAS dgn PKR/DAP,
apabila menyerahkan kesemua 3 calon ADUN dari PAS sbg calon MB kepada istana.
Ini bererti PAS mengkhianati janji oleh PAS sendiri sama ada dlm bentuk
pertuturan, tulisan dan kefahaman yg telah lama terbentuk di dalam PR Selangor,
bahawa, Selangor diserahkan pada PKR untuk memegang MB.
[m] Selepas tekanan dalaman parti
dan Setiausaha Agung PAS sendiri, selang sehari selepas itu, Presiden
menukarkan 2 cadangan nama ADUN PAS tersebut dgn memasukkan dua nama ADUN lain
dari PKR yg tidak pernah dipersetujui dlm mesyuarat JK PAS Pusat, tapi, mengekalkan
nama Iskandar Samad sbg calon MB Selangor daripada PAS.
[n] Sepanjang hampir dua bulan
krisis MB Selangor itu berjalan, sehinggalah perlantikan YB Tuan Mohamed Azmin
Ali Bin Ali sbg MB pilihan istana pada 22 September 2014, PAS menerima kritikan
dan serangan hebat dari ahli politik dan rakyat, termasuklah dari golongan
bukan Islam atas pelbagai tindakan pengkhianatan dan perlanggaran janji yg
jelas dilakukan dgn mengenepikan langsung keputusan dalaman parti dan juga
keputusan bersama Majlis Presiden PR.
Ikhwah akhawat;
Itu adalah sebahagian kronologi
ringkas punca pelbagai siri salahguna kuasa dalaman parti, dan tindakan
sendirian Presiden PAS melanggar keputusan “syura JK PAS Pusat” dan “syura
Majlis Preaiden PR”. Maka itulah punca besar PAS menerima ujian FITNAH besar
pada masa ini sampai memberikan gambar sgt buruk rakyat pada Islam.
ADIL kah utk kita "hanya
menyerang DAP / PKR" yg dikatakan mengkhianati perjanjian bersama PAS,
PKR, DAP?
Dan satu lagi lagi rentetan
peristiwa yg telah berlaku adalah;
Tanpa diduga;
Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS
pada 7 September 2014, selepas pelbagai serangan luar, dan teguran, kritikan
dalaman dilontarkan pada sikap Presiden PAS tersebut, demi memelihara maruah
Presiden PAS, MSU telah membuat keputusan yg sgt mengejutkan, iaitu;
“Presiden PAS mempunyai kuasa
pemutus dalam apa jua urusan parti”, atau dalam huraian lain menyatakan bahawa
TGHA selaku Presiden PAS berhak membuat keputusan bersendirian, atau
membatalkan apa sahaja keputusan bersendirian yg telah dibuat oleh PAS tanpa
boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Dan secara langsung membebaskan
Presiden PAS dari apa jua kesalahan organisasi yg telah berlarutan selama lebih
sebelan sebelum, termasuk perlanggaran janji Pakatan Rakyat yg sudah berlaku.
Nota;
[ Infrographik di atas membezakan
walak atau kepatuhan pada ketua dlm berjamaah, berbanding dgn perjanjian dgn
pihak luar yg hanya diikat oleh ‘aqad. Kecelaruan timbul apabila elemen
berjamaah (dlm gerakan Islam) tersebut cuba dipaksakan ke pada pihak luar
yg langsung tidak ada keterikatan dgn jamaah PAS ]
8. Sejak tarikh keputusan MSU
memberikan “kuasa veto” pada Presiden PAS itu, kocakan dan serangan balas
antara ketiga-tiga parti berlarutan di luar kawalan mana-mana pihak. Media UMNO
benar-benar gembira dan melaksanakan tugas mereka dgn lancar sekali atas segala
krisis dalam an PR tersebut.
9. Presiden PAS pada 20 September
2014, dalam penggulungan Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, dalam nada yg sgt
marah, memilih untuk melemparkan kata-kata cela “broker dan barua” yg disambut
gembira oleh para penyokong yg sgt ta’aasub.
Itu baru sahaja isu krisis
keyakinan dan pengkhianatan dalam isu MB Selangor.
10. Saya tidak berhajat
membicarakan kes pengkhiatan PAS apabila menantu Presiden PAS sendiri, Zaharuddin
Muhammad berpakat dgn Presiden PAS untuk meletakkan sahabat baik Zaharuddin sbg
calon PAS di Kota Damansara dgn menolak calon PKR. Perkara yg sama berlaku di
Sungai Acheh, Pualau Pinang. PR mengalami kekalahan pada dua seats tersebut
kepada UMNO
Ikhwah akhawat;
11. Saya tegaskan, isu
perlanggaran dan pengkhiantan janji dalam “bertahaaluf” tidak pernah dilakukan
oleh Nabi Muhammad SAW dalam 16 perjanjian yg beliau meterai. Namun apabila
ianya dilakukan oleh Presiden PAS, bangkitlah para ustaz-ustaz muda PAS, Dewan
Ulamak, MSU etc pakat mencari pelbagai dalil dan nas untuk membenarkan segala
bentuk kesalahan dan pengkhianat tersebut, demi menjaga maruah dan airmuka
seorg ulamak yg dikasihi, dan hormati tersebut.
Itulah yg disebut Nabi;
قلت يا رسول الله ِما العصبية قال
أن تعين قومك على الظلم
الراوي : واثلة بن الأسقع الليثي
أبو فسيلة
Aku bertanya wahai Rasulullah;
"Apakah maksud 'asobiyyah
wahai Rasulullah?"
Jawab Nabi;"Engkau menolong
saudara engkau di atas perkara zalim".
Dan balasan pada 'asobiyyah
adalah jelas;
"Sesiapa yg berperang di
bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asobiyyah atau
marah kerana ‘asobiyyah, maka kematiannya adalah jahiliyyah”.
12. Dan yg lebih jelas; segala
lemparan nista dan label buruk diberikan kepada semua pihak yg menegur
kesalahan Presiden PAS tersebut, antaranya dianggap tidak walak, berqiblatkan
dan beriman PR, pengkhianat jamaah sendiri, dan sebagainya, adalah satu usaha
“kempen sungguh buruk” dalam muktamar lepas oleh sebahagian besar AJK chai PAS
yg baru memenangi jawatan tersebut.
13. Dan natijahnya adalah,
terlaksana dan berjayanya matlamat indoktrinasi yg sebegitu lama dalam PAS
untuk membuang segala pimpinan yg dikatakan pengkhianat jamaah [ istilah
Presiden PAS = golongan tolol ] dari terus menerajui kepimpinan PAS dalam
muktamar minggu lepas.
Wallahu 'alam
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا
جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO
(Tranungkite)
Oleh: sp4n4r
Posted on Sunday, June 14 @
05:00:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenorehGetah
No comments:
Post a Comment