Posted on June 13, 2015 by Editorial|
Dalam klip video dimuat naik pada
akau Facebook Johor Southern Tigers petang tadi, anak Sultan Johor itu
kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.
Ketika kamera berada di kiri
Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat
isyarat “marilah” sambil bersandar di kerusi.
Klip sepanjang 17 saat itu juga
bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.
Hanya beberapa jam selepas
ditegur Datuk Seri Nazri Aziz, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
muncul dalam klip pendek sambil membuat aksi mencabar.
Dalam akaun Facebook Johor
Southern Tigers, beliau dilihat sedang berehat di atas bangku dan menoleh
ketika kamera berada di kirinya.
Menggunakan tangan kiri, Tunku
Ismail membuat isyarat memanggil.
Klip video sepanjang 17 saat itu
bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.
Tunku Ismail adalah Presiden
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
Walaupun klip video berkenaan
tidak disertakan tajuk atau kapsyen, ia dimuat naik hanya selepas beberapa jam
Nazri yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan memberi amaran supaya Tunku
Ismail tidak mencampuri politik.
Menurut Nazri tindakan Tunku
Ismail itu boleh boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat kepada beliau jika
kerajaan memberi reaksi kepada komennya.
Pos berkenaan juga pantas
mendapat reaksi daripada pengguna Facebook.
Dapat reaksi segera
Sehingga jam 8.15 malam ini lebih
2,000 orang menekan butang Like dan sekurang-kurangnya 541 akaun lain berkongsi
pautan berkenaan.
Pos berkenaan juga mengundang
banyak komen. Pemilik akaun Facebook Nasrulhadi Noh misalnya menulis: “Setengah
Menteri sekarang dah tiada rasa hormat dgn Kerabat di Raja. Mintak Tunku halau
jek menteri mcm ni dari masuk ke Johor dengan Ahmad Maslan sekali.”
Syahriman Paparock pula menulis:
“Nazri jp lg mkn kayu hoki koottt”.
Bagi Hakeem Neils, video itu
mendorongnya menulis: “ape lagi..dah panggil tu..jgn x dtg pulak mcm sorang
lagi tu…xD”
Ashhabu Rayati Suud: “Senyum
lebar tgok video ni, kerajaan nk belasah kerabat johor, ingt kami anak johor
batang pisang.” – Malaysiakini
No comments:
Post a Comment