Kinabalu mula duka
Kinabalu duka melihat anak bangsa:
Menghadapi Pengganasan Lahad Datu
Berhadapan dengan perintah berkurung
Bolosnya penculikan dalam kepungan
Menggunakan tenaga empat kerat terkapai-kapai disedut dajal
rezekinya
Terperosok akal di selatan laut dalam di Laut Hindi
Bermain cari-cari MH370 dalam kedajalan
Duit-duit disedut-sedut menyerap dalam saku
Dicengkam kehidupan oleh perubahan zaman
Mencuit teknologi Amerika Syarikat pada malam 8 Mac 2014
Mata tidak berkerdip disantau oleh sihir Amerika Syarikat
Berkolaborasi bersama pemindahan tekologi Amerika Syarikat
Dalam ilusi-ilusi kedajalan
Mengorek-ngorek kuburan wangian Wang Kelian Rohingya
Menyerlah 1MDB aktif berniaga
Akan ada lagi komplotan kejahatan mendajal
Memancing-mancing akal melayang-layang
Meneruskan kesempitan kehidupan malap
Kerana anak bangsa menjadi panglipurlara dalam cerita seribu
satu malam.
Oh ya,
Kinabalu melihat anak-anak bangsa dari ketinggian 4,095.2 m
Kinabalu melihat anak-anak bangsa di bawah telapak kakinya
Kinabalu melihat anak-anak bangsa bukan sahaja mendajal, mendungu-dungu
orang cerdik, bersekongkol melakukan kefasadan-kefasadan, tidak malu memakan duit-duit
amanah bangsa, mendajal, mengagih duit anak-anak pribumi membayar pampasan
kejahilan, memerah tenaga pemuda-pemudi menjalankan kerja-kerja amal di muka
bumi
Kinabalu melihat anak-anak bangsa di kawasan tanah pamah,
bangunan pencakar langit, kawasan berbisik-bisik, terperosoknya MH370 kerana
rezeki datang dari pelbagai arah dan dibelanjakan dengan pelbagai cara, disedut-sedut,
dipaling-paling, dikuis-kuis, di 'barter trade', tukar menukar barangan, perkongsian
strategik perniagaan, pemindahan pitis melalui elektronik, dimufliskan, dilelong, dirampas, dijahanamkan
dan dimansuhkan. Muktamad.
Kinabalu melihat anak-anak bangsa semakin aktif mencari kehidupan
Kinabalu melihat anak-anak bangsa menerima ihsan BR1M
Kinabalu melihat anak-anak bangsa bersaing sihat mencari
rezeki, dajal berpakat, dungu-dungu turut bersekongkol, si cerdik meringkus
diri bersekutu menyatu menyedut duit tersisih, menvacum terperosok melambai-lambai,
puncanya pejuang-pejuang Daulah Islamiyah masih menebas semak samun, kehidupan
terhijab daripada cahaya bulan, gelap disinari binatang kelip-kelip kerana cahaya bintang dilitupi kabus.
Kinabalu melihat anak-anak bangsa menjuling-juling menjulang
mengangkat bangsa, masalah diri terpalit dosa-dosa, melebar dan dan mengembang,
usus-usus membelit, menyukarkan qada hajat.
Kinabalu melihat anak-anak bangsa menyusut merunggut, muram
sayu layu:
1MDB bersinar gemilang
MAS menjunam terperosok
MH370 senyum sinis melambai-lambai Amerika Syarikat
Pengganasa Lahad Datu bersedia pilihanraya ke-14
Negara kaya-raya menjadi miskin
Kehidupan mengembang menekan
Mengesot menyusup menyerap berbilion
Pendajal merangka kedajalan kehidupan
Orang-orang yang beriman berzikir berwirid
Pejuang-epejuang Daulah Islamiyah melihat kejayaan masa
hadapan
Yakah?
Gunung Kinabalu digegar gempa bumi berukuran 5.9 skala
Richter, disebabkan pergerakan magma ke atas ekor-ekor lingkaran dalam gunung
berapi, berlaku geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi, melayang-layang
gunung pada 5 Jun 2015 sekitar 7.15 pagi, seperti suatu ketika dahulu melayang-layang
bukit-bukau Jawa, membadai membentuk ombak daratan yang berlaku beberapa saat
Gunung Kinabalu
digegar gempa bumi kerana Amerika Syarikat seolah-olah:
Memindahkan
operasinya di Asia Tenggara
Yaman menunggu tindak balas Daulah Islamiyah
Pemuda-pemuda seantero alam menuju Daulah Islamiyah
Hipotesisnya Amerika Syarikat untung di ‘far far away’ Asia
Tenggara.
Gunung Kinabalu digegar gempa bumi akibat:
Pakatan strategik menguntungkan kedajalan
Memberi isyarat-isyarat melakukan ribath
Membelenggu tengkuk-tengkuk golongan dungu-dungu
Mengingatkan suasana semasa kerana esok perlaksanaannya
Pesanan-pesanan jangan dilupakan, hari ini lebih baik dari
semalam, hari esok belum dipastikan lagi dan moga-moga hari esok menuai hasil
kerja-kerja hari ini
Gunung Kinabalu digegar gempa bumi kerana:
Kisah-kisah MH370 belum terlerai
Terperosok di laut dalam di selatan Laut Hindi dalam
ilusi-ilusi kehidupan
Jin-jin Laut Hindi menyedut sedut duit-duit amanah
Diserapnya menjadi kaburan hidup
Menghilang bersama nenek tua senyum semalam memasuki kuburan hari ini
Perunding-perunding kematian berasak-asak nampak duit
berebut mayat nenek tua
Merembat membawa lari jenazah nenek tua diberi kepada jin-jin
Nenek tua adalah pemegang amanah tabung-tabung kebajikan
Disedut oleh pakatan kedajalan
Ketika anak-anak kecil sedang lena dalam buaian.
Gunung Kinabalu digegar gempa bumi antaranya:
Pemain-pemain import menjulang umat
CEO-CEO anak bangsa disihir akal mereka
Duit-duit mendarat di riba
Berbisik-bisik:
‘Malaysia Airlines secara teknikalnya telah muflis’
‘Kerajaan tidak mencampuri urusan MAS’
‘Akan bangkit umat yang mereka berkasih sayang dan sangat
keras kepada kekufuran’
No comments:
Post a Comment