Pejuang-pejuang Daulah Islamiyah 'masih memanaskan badan' tolong jangan berterusan mendajal.
Jangan mereka-reka cerita dan memanipulasikan cerita-cerita yang terpancar dari ilusi-ilusi kedajalan.
Jangan sampai disumpah menjadi kera.
Tolong jangan mendajal. Anak-anak bangsa tidak akan bersekongkol, berkomplot dan menipu negara bangsanya kecuali yang sifatnya memang mendajal.
Mengimport pemain-pemain luar dan membuang pemain-pemain tempatan. Jangan menjadikan pemain-pemain import menjadi penasihat-penasihat menjulang martabat umat kerana sifatnya mendajal.
Tiada kebaikan baginya. Jangan sedut duit-duit amanah bangsa. Jangan sampai anak-anak bangsa kebuluran maka tiada ampunan bagi dajal.
Bebaskan MH370.
------------------
Bateri litium punca MH370 terhempas?
30 Jun 2015 12:16 AM
Teori itu yang diutarakan oleh
pakar penerbangan Amerika Syarikat (AS), Bruce Robertson yang juga merupakan
seorang jurutera penerbangan dan juruterbang AS berkata, bateri mudah terbakar
dalam ruangan kargo dan merebak ke dalam pesawat sehingga mendorong pembantu
juruterbang, Fariq Abdul Hamid menukar haluan penerbangan dan meletakkan
pesawat itu pada kedudukan menurun bagi melakukan pendaratan cemas.
Portal Mail Online melaporkan,
Fariq terhidu asap beracun itu dan mendorongnya menukar haluan pesawat
berkenaan yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan pemanduan
pesawat itu kepada mod autopilot selama beberapa jam sebelum terhempas di
Lautan Hindi.
Robertson pada masa sama
mendakwa, misi pencarian pesawat itu yang diketuai Australia, dilakukan di
lokasi yang silap di Lautan Hindi dengan mengandaikan pesawat tersebut berada
di barat Exmouth dekat Australia Barat.
“Jet itu terhempas di barat Lautan Hindi di Zenith Plateau, barat Exmouth , Australia .
Kedudukannya dalam lingkungan 21 darjah ke selatan dan 103 darjah ke timur.
“Banyak masa dan wang dibazirkan dalam pencarian sia-sia di kawasan
yang lebih jauh di barat daya di barat Perth ,’’
kata Robertson yang menulis dalam laman web penerbangannya.
Teori Robertson itu dibuat
selepas pihak MAS mengesahkan pada tahun lalu bahawa MH370 membawa bateri
litium-ion mudah terbakar pada ruangan kargonya.
No comments:
Post a Comment