Saya telah membaca buku: ‘Rahsia
Bisnis Yahudi’ yang ditulis oleh Anton Arif Ramadan dan dieditorkan oleh Dr.
Hassan Nor dan ‘Amirah Anas Anuar. Ia diterbitkan oleh S.A. Majeed & Co.
Sdn. Bhd.. Edisi Bahasa Malaysia .
(Tidak bertarikh).
Sesungguhnya buku tersebut amat
bernilai bagi mereka yang ingin belajar dan mengenali 1MDB, mengambil pelajaran
daripada bisnis orang Yahudi supaya tidak kena patuk kedua kalinya dalam lubang
yang sama.
Buku tersebut telah dibahagikan
kepada empat bab.
Bab pertama mencatatkan tentang Sejarah
Bangsa Yahudi. Bab kedua menekankan
tentang Pusat Perniagaan Yahudi. Bab ketiga Strategi-Strategi Usahawaan Yahudi
menguasai perniagaan-perniagaan yang penting dan bab terakhir Raja-Raja
Perniagaan Yahudi. Fokus penulis menumpukan kepada enam tokoh besar yang banyak
menyumbang kepada kelangsungan bangsa Yahudi di muka bumi dalam abad ini.
Dalam pendahuluan buku tersebut,
Anton Arif Ramadan, mengungkapkan tentang wang; kekuatan dan pengaruhnya yang
luar biasa. Motivasi tentang perniagaan, kepelbagaian aktiviti perniagaan
menurut geografi, pengolahan komoditi dari sesebuah kawasan dijenamakan semula di kawasan yang lain melipatgandakan keuntungannya, penguasaan ekonomi global, peranan bangsa Yahudi memiliki
hegemoni perniagaan penting dan sistem riba yang menguasai bank konvensional.
Dalam satu tulisannya, Anton Arif
Ramadan, menukilkan dalam muka surat
78 berbunyi:
“Berdasarkan hasil penyelidikan,
diungkapkan bahawa sebuah kelompok bank besar di Amerika Syarikat turut
memberikan bantuan kepada empat penjahat politik kelas dunia untuk memindahkan
dan mencuci dana sekitar $380 juta dengan perincian … ” dan seterusnya
sila baca buku tersebut.
Pada keseluruhan buku: ‘Rahsia
Bisnis Yahudi’, penulis telah mempersembahkan bahan kajian ilmiah terutamanya
kepada pembaca yang menceburi perniagaan global. Perniagaan itu pula bukan sahaja
melibatkan operasinya dalam negara tetapi yang penting apabila perniagaan
tersebut merancang untuk merentas sempadan dan membina empayar di luar negara.
Tahniah kepada Anton Arif Ramadan
kerana telah dapat mempersembahkan suatu penulisan terbaik untuk dikongsi maklumatnya.
Semoga kebaikan-kebaikan yang telah
dinyatakan itu untuk pengetahuan umum hanya Allah s.w.t. sahaja yang akan
membalasnya.
Jazakumullah Khairan Kathiran.
No comments:
Post a Comment