Pekerja-pekerja MAS mula menerima kesan akibat doa golongan
teraniaya sama ada telah diterima dengar oleh Allah s.w.t. atau terawang-awang di
udara menunggu-nunggu isyarat tindakannya.
Tiada apa yang boleh dimegah dan dibanggakan walaupun mempunyai ketua yang diimport
khas Ketua Pegawai Eksekutif MAS NewCo Christoph Mueller, sebaliknya semakin
merudum.
Buang pekerja beramai-ramai. Pelik tapi benar.
Buang pekerja beramai-ramai. Pelik tapi benar.
Menurutnya, MAS ‘secara teknikalnya sudah muflis’.
Golongan dajal tidak akan memberi belas ihsan dan akan mendiamkan
diri sebagaimana senyapnya MH370 dicari-cari di kawasan kosong-kosong.
Menjadilah manusia, tolong jangan berpakat dengan dajal.
Allahu Akhbar.
------------------
Pengeluar Peluru Berpandu BUK Jawab Tuduhan Kes Tembak Jatuh MH17 Di
Ukraine
Posted on Wednesday, June 03 @
13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenorehGetah
“Sekatan Kesatuan Eropah ke atas
Almaz-Antey adalah dipengaruhi keterlibatannya dalam tragedi pesawat MH17 yang
ditembak jatuh di timur Ukraine .
“Tujuan sidang media ini dibuat
adalah untuk membuktikan bahawa kami tidak terlibat dalam tragedi tersebut,”
kata Ketua Pegawai Eksekutif Almaz-Antey Yan Novikov.
Penasihat kepada ketua jurutera
Almaz-Antey Mikhail Malyshevsky memberitahu, kesan kerosakan pada bangkai
pesawat telah membolehkan mereka mengenal pasti jenis peluru berpandu yang
digunakan.
Menurutnya, peluru berpandu BUK
9M317 yang digunakan Angkatan Tentera Rusia tidak menjadi persoalan kerana
bentuk serpihan yang ditemui tidak menyamai kemusnahan pada pesawat.
“Sifat kerosakan pada pesawat itu
adalah daripada peluru berpandu jenis BUK9M38 dan BUK9M38-M1 dan kesan
serpihannya ditemui di bangkai pesawat.
“Kemusnahan pada pesawat dilihat
konsisten dengan peluru berpandu 9M38-M kerana ia mempunyai trajektori yang
khusus dengan 40 peratus pecahan peluru terjadi dalam gerakan menegak,” jelas
Malyshevsky.
Almaz-Antey juga mempunyai bukti
bahawa sistem pertahanan udara BUK-M1 dan peluru berpandunya masih digunakan
tentera Ukraine pada tahun 2005, dan berdasarkan rekod, mereka mempunyai
sejumlah 991 buah peluru berpandu 9M38M1 pada waktu itu.
“Peluru berpandu yang dipercayai
menghentam pesawat MH17 iaitu 9M38-M1, tidak dikeluarkan oleh Persekutuan Rusia
sejak 1999,” kata pihak Almaz-Antey.
Tambahnya, tembakan peluru
berpandu berkenaan tidak mungkin dilepaskan dari Snezhny kerana hasil siasatan
mendapati ia dilancarkan dari perkampungan Zaroschshenskoe. Jika ia ditembak
dari Snezhny, keseluruhan kabin hadapan pesawat akan meletup dan musnah.
“Jika perlu, kita boleh jalankan
ujian di lokasi dengan penyertaan pakar-pakar bebas,” tegas Novikoz.
Walau bagaimanapun, menurut
mereka, negara yang memiliki peluru berpandu yang menghentam pesawat MH17 masih
belum diketahui selain tidak menolak kemungkinan terdapat pesawat lain yang
terlibat dalam tragedi itu.
Almaz-Antey juga menyatakan
pihaknya hanya membuat analisis teknikal dan tidak membuat spekulasi sama ada Kiev atau pihak lain yang
perlu dipersalahkan.
Sementara itu, pegawai dari Ukraine berkata
bahawa negaranya memiliki sistem peluru berpandu BUK M-1 tetapi pada hari
kejadian tersebut berlaku pihaknya tidak mempunyai kawalan ke atas kawasan yang
disyaki sebagai lokasi peluru berpandu tersebut dilancarkan. - Awani
No comments:
Post a Comment