NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 27 July 2015

KOSONG-KOSONG LAGI ASTRO



Astro terngiang-ngiang ditelinganya konsep kosong-kosong supaya akal, perasaan dan tindakan-tindakan individu-individu yang mendengar dapat menanggapi bahawa kosong-kosong itu hadir pada salam aidilfitri sahaja, dalam bulan Ramadan, pemakaian bunyi kosong-kosong itu menjadi kosong, tidak relevan lagi, kepada bulan-bulan yang sebelas lagi atau berterusan sepanjang hayat sebagaimana konsep pembelajaran sepanjang hayat atau kosong-kosong bertaraf dunia seperti diuar-uarkan oleh pemikir-pemikir kontemporari. Barangkali begitu sifatnya.

Bagi meningkatkan promosinya, digubah suaikan lagu-lagu bertemakan aidilfitri itu dimasukkan istilah kosong-kosong di dalam lagu-lagu tersebut supaya tersentuh perasaan kosong-kosong itu dalam pahatan akal individu yang kosong-kosong kefahaman ketauhidan mereka. Dibangkitkannya supaya penyerapan ketauhidan itu mudah melekat dalam sanubari dan akal benak menjadi geliga.

Moga-moga isyarat-isyarat itu difahami oleh mereka yang memahaminya sebagaimana RTM semakin menyepi kerana lesen-lesen penyiarannya telah disambung panjangkan  kepada TV3 dan Astro.

Barangkali agensi-agensi yang ditubuhkan oleh anak-anak bangsa suatu ketika dahulu sudah tidak relevan mengikut perubahan zaman. Ia wajar menurut konsep penswastan bagi memudahkan  penyedutan duit-duit amanah bangsa kerana  jika berada di bawah pengawasan pihak kerajaan nilai sen-sen pun diambil kira berbanding dengan ‘strategik perniagaan’ ia untung-untung. Berbeza pula dengan MAS ia lingkup diubah namanya, aset-asetnya disedut-sedut.

Beriku berapa agensi-agensi  yang mendahului kemeruduman mereka berbanding dengan MAS. Barangkali kerana ruang udara penting dalam strategik pengintipan maka MAS memerlukan pakatan strategik, antara agensi-agensi merudum tersebut ialah:


1. TNB merudum kerana semalaman satu Semenanjung Malaysia bergelap maka untuk memberi keselesaan kepada bayi-bayi yang kepanasan pada malam tersebut maka beberapa hari selepas itu pihak pemerintah meluluskan penubuhan IPP swasta.

2. KTMB merudum kerana kepla keretapi usang diimport dari Afrika tidak berfungsi. Kesan daripada itu kecairan wang tunai kontang maka bermulalah aset-aset berharga KTM seperti tanah emasnya di Sentul dan KL Sentral dilelong. Kini KTMB menyewa di tanah-tanah miliknya dahulu.

3. Pada  tahun  2017,  dijangka  pilihanraya  umum  ke-14,   walau bagaimanapun Pengganasan Lahad Datu menyengat  maka wajar dilingkari dengan ‘Perintah berkurung’ supaya penyerapan menjulang martabat umat penampan kehidupan tidak merudum seperti agensi-agensi yang merudum itu.

4. RTM merudum kerana menempel siarannya dengan Astro walaupun ia meluluskan lesen penyiaran kepada TV3 dan Astro. Ia pula tidak diberi kebebasan berniaga berbanding Astro. Barangkali bidang penyiaran memerlukan pakatan perniagaan yang saling menang-menang.

5. MAS pada teknikalnya telah muflis dengan bahasa manis bungkus kerana anak-anak bangsa tidak pandai berniaga, manakala pemain-pemain import melihat  potensinya. Syarikat-syarikat kerdil sedang ‘memacak kuda-kuda’ di KLIA tetapi MAS lingkup. Puncanya kerana ada tangan-tangan ghaib bermain catur membelalakkan mata melihat kehebatannya, akhirnya MH370 terperosok di Lautan Hindi dalam bisikan-bisikan jin. Jin pula suka sedut duit.   


Sesungguhnya pejuang-pejuang Daulah Islamiyah tidak akan memberi ampunan kepada mereka yang melengah-lengahkan bertaubat, masih mengekalkan bersekongkol dengan dajal kerana Astro terus mengumandangkan salam aidilfitri kosongkosng mengiringi pencarian MH370 kosong-kosong.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”