NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 30 July 2015

SEKS, GANGGUANNYA PADA LELAKI




Seks adalah perkara lumrah kepada kehidupan manusia. Bahkan kepada makhluk-makhluk yang bernyawa juga memerlukan seks kerana ia kelangsungan untuk hidup berkembang biak. individu yang sihat, bakanya juga sihat dan beranak-pinak. Ia perkara yang digemari oleh lelaki. Kegilaan lelaki yang terganggu seksnya sehingga lembu pun disapunya. Ia sukar untuk diperincikan gangguan-gangguan itu sama ada gangguan yang melampau, gangguan yang bersifat normal, gangguan terkawal atau gangguan yang mengganggu fikiran sehingga mendajal.

Lelaki yang subur, gangguan seksnya dapat dikawal dengan pelbagai cara, antaranya; bernikah seorang perempuan cantik. Jika perlu, tambah lagi menjadi dua, atau tiga atau empat. Jika nak romantik maka seorang telah memadai. Golongan pasangan remaja bila diutarakan bab ini tentu seronok. Hangat bangatlah katakan.

Gangguan seks mungkin terdapat dalam banyak bentuk. Setengah-setengahnya adalah akibat kegagalan yang timbul dalam mekanisme penentuan seks sewaktu konsepsi, yang lain-lain akibat kesalahan perbezaan seks semasa peringkat embrio, fetus dan sesudah dilahirkan.

Kelainan kromosom seks mungkin berkait dengan kegagalan perkembangan seks sehingga seseorang itu mungkin memperlihatkan beberapa ciri daripada kedua-dua jantina; lelaki dan perempuan. Manakala pengertian hermafroditisme dikhususkan untuk pesakit yang tisu gonad lelaki dan perempuan wujud bersama-sama , keadaan ini jarang berlaku.

Ciri anatomi lelaki dipengaruhi oleh faktor hormon yang essential, terutamanya rembesan androgen. Personaliti dan tingkah laku seseorang lelaki satu lagi pertimbangan yang mesti dibuat dalam menaksir  keperluan seseorang pesakit. Beberapa gangguan seks yang lebih kerap berlaku kepada lelaki, antaranya:


1.       Baka terencat
2.       Gangguan zakar
3.       Impotens
4.       Kemandulanan kepada lelaki
5.       Kriptorkidisme
6.       Sindrom mendatang






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”