NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 30 July 2015

RUMPUT-RUMPUT TERBAKAR



Dalam satu majlis ilmu orang-orang saleh, telah diadakan di Bukit Tur, Mekah dihadiri oleh lebih daripada 70 orang. Tujuan mereka berhimpun di situ adalah untuk mendekat dan merendahkan diri kepada Allah Taala, bercambah minda, mendalami ilmu ketauhidan dan menanamkan sifat supaya diri senentiasa dekat dengan-Nya.  

Kaedah pencarian  makrifah itu pula berbeza-beza zamannya.

Ketika majlis ilmu tiba-tiba datang seorang pemuda turut serta menghadiri percambahan minda itu. Walaupun ia seorang pemuda tetapi perwatakan, gaya dan gelagatnya menunjukkan beliau seorang anak yang saleh.

Sebagai insan yang takut dengan dosa-dosa, maka pengabdiannya kepada Allah Taala amat dititik beratkan, pengharapannya 100 peratus sebagaimana pejuang Badar pengharapan mereka 100 peratus kepada Allah Taala.

Semua aktiviti majlis ilmu itu diikuti sepenuhnya oleh beliau sama ada majlis ilmunya, percambahan minda, salat berjamaah, zikir, doa dan membaca Al-Quran. Setiap aktiviti tersebut beliau pasti ada di dalamnya sepanjang tempoh tersebut.

Setiap majlis ilmu dan percambahan minda itu, akan terpancar pada wajahnya kesungguhan mengikuti setiap aktiviti-aktiviti tersebut kerana keprihatinan menghadirinya.

Pada suatu tempoh tertentu, majlis ilmu  dan percambahan minda telah diadakan di bawah pohon rimbun dan rendang daunnya, manakala rumput-rumput hijau bertebaran  di sekitar pokok dengan tumbuh segar menghijau kerana pada ketika itu musim hujan yang meratai kawasan persekitarannya.

Dalam suasana hening itu, seorang tok guru bersyarah tentang ilmu, khususnya yang berkaitan dengan makrifah dan cara-cara mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Pemuda yang dahagakan ilmu itu menghadiri majlis dengan tekun, serius dan fokus. Suatu penumpuan yang meyakinkan, kesungguhan dan mantap. Pada suatu peringkat pemuda itu seolah-olah seperti terbuai-buai mengikuti dengan tekun syarahan itu.

Tiba-tiba pemuda itu menarik nafas panjang dan kemudian menghembuskannya perlahan-lahan, tidak semena-mena rumput-rumput persekitaran terbakar hangus. Lepas itu, pemuda tersebut lalu beredar entah ke mana daripada situ, tidak pernah ditemui dan tidak kembali  lagi selepas itu.

Hebatnya pemuda tersebut kerana ia adalah salah seorang ahli makrifah menjunjung perintah Allah Taala pada zamannya.

Ibrahim Syaiban menerangkan dalam bentuk isyarat bahawa ciri-ciri seorang ahli makrifah itu seperti yang dimiliki oleh pemuda itu.

Wahai pemuda-pemuda, bangkitlah bersikap agresif bersama pejuang-pejuang Badar sebagaimana pejuang-pejuang Daulah Islamiyah bangkit mencontohi mereka  ketika ini.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”