NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 25 July 2015

SUARA KETELUSAN MEMANGGIL KEDAJALAN BERTAUBAT



Manusia dipegang dengan janji-janjinya. Janji pula adalah ikrar dari lisan-lisan insan yang terpancar dari akal fikiran kebenaran mereka. Melahirkan insan yang hebat bukan sahaja pada pandangan manusia tetapi ia juga hebat kepada makhluk-makhluk yang memandangnya.

Jika benar, tepat dan telus,  ia adalah ikrar yang benar. Dibenarkan oleh orang-orang yang benar dan dibenarkan juga oleh orang-orang yang beriman dan para malaikat.

Jika  palsu, bohong dan dajal, ia adalah ikrar yang diisytiharkan dan diakuri oleh golongan-golongan dajal dan iblis. Kerana hukum alam memang menetapkan mereka seperti itu. Terimalah hukum itu kerana ia telah ditetapkan kepada golongan dajal.

Pertembungan di antara  kebenaran dengan kepalsuan, adalah suatu yang sukar untuk dielak. Payah untuk disatukan, digabung, dipertautkan dan dipadukan. Ia tidak akan bersekutu dalam satu wadah, kelompok dan aliran. Ia sama seperti air laut tidak akan bersekutu dengan air tawar, sama seperti minyak tidak akan bersekutu dengan air, benda-benda berat akan tenggalam manakala benda-benda ringan akan timbul terapung-apung. Siang tidak akan mendahulu malam, ia tidak akan bertemu dan bertembung,  arah barat dan arah timur, arah selatan dan arah utara tidak akan bercantum sampai bila-bila. Ia adalah sunnatullah.  

Sebab itu, suara-suara ketelusan selalu memanggil-manggil golongan yang mendajal supaya tidak disambar oleh api neraka. Jangankan sambaranya, percikannya pun jika boleh dielakkan, elakkanlah, jangan sampai terkena. Akibatnya, bukan sahaja terkena api tetapi bahangnya pun boleh melumatkan daging-daging yang melekat di tulang-tulang mereka. Bukan itu sahaja, tiupannya juga turut menggugurkan rambut-rambut yang mencantikan wajah seseorang.

Islam mewajibkan setiap individu bercakap benar. Benar dari segi kata-kata, benar dari segi ikrar, benar dari segi niat, benar dari segi perbuatan, benar dari segi tindakan perlakuan, benar dari segi kehidupan dan benar dari segi segala-galanya. Kebenaran-kebenaran itu akan dibenarkan oleh orang-orang yang beriman dan malaikat.

Persoalanya ialah, mengapakah mereka membenarkan perkara-perkara yang benar dan dibenarkan pula oleh golongan yang benar, manakala satu pihak pula melakukan keonaran bukan sahaja secara tersembunyi tetapi dilakukan secara terang-terangan, mendungu-dungu golongan dungu?

Ia berlaku kerana roh-roh kebaikan dan kejahatan telah tertanam di dalam akal naluri mereka. Ia tidak akan bergabung. Ibarat daging segar dengan daging busuk. Orang-orang yang benar akan dibenarkan perlakuan-perlakuan mereka. Mereka suka kepada daging-daging segar, tetapi golongan kedajalan terpengaruh dengan bisikan-bisikan mengkhayalkan yang mensihirkan akal terpaut kepadanya, ia suka kepada daging-daging busuk. 

Orang-orang beriman suka menikahi wanita-wanita cantik, bertakwa dan taat kepada suami tetapi golongan dajal suka bersundal, berpelacuran dan berzina. Suka berpoya-poya, bertukar-tukar pasangan.

Allah s.w.t. memberkati golongan yang benar. Makhluk di langit dan di bumi mendoakan kerahmatan  kepada mereka.

Apabila Allah s.w.t. melihat perlakuan-perlakuan hasanah seseorang, maka Allah s.w.t. akan mengangkat martabat mereka sehingga dapat dilihat di bumi perlakuan-perlakuan mereka yang dirahmati itu. Ucapan dan tindakanya menuruti ajaran Islam.

"Katakalah aku berimana kepada Allah, para malaikat, kitab-kitabnya, rasul-rasul, hari kiamat dan qada dan qadar."







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”