NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 11 October 2015

BUMIPUTERA 
BOLEH GULUNG TIKAR



Ab. Rahim Abu Bakar
Bumiputera 
boleh gulung tikar

ZUNAIDAH ZAINON  |  26 September 2015 12:11 AM


KUALA LUMPUR 25 Sept. - Ramai usahawan bumiputera bakal gulung tikar sekiranya firma asing mengambil alih aset tenaga negara lebih-lebih lagi dalam persekitaran ekonomi semasa yang tidak menentu ditambah pula dengan kelemahan ringgit.

Presiden Persatuan Usahawan Tenaga Malaysia (PUTM), Datuk Ab. Rahim Abu Bakar (gambar) yang bimbang senario tersebut sekiranya berlaku berpendapat, usahawan bumiputera juga kemungkinan terpaksa bersaing dengan kontraktor-kontraktor luar yang dibawa oleh firma asing berkenaan.

Beliau berkata, perkembangan itu pasti sangat sukar bagi usahawan bumiputera kerana tanpa persaingan syarikat luar sekalipun mereka berdepan kesukaran untuk terlibat dalam projek-projek tenaga.

“Kita bimbang mereka akan membawa kontraktor dari negara mereka atau sekiranya kerajaan meletakkan syarat kalau dapat tender kena agihkan projek misalnya kepada 30 peratus syarikat tempatan, maka bumiputera masih tidak mendapat tempat.

“Keadaan inilah yang berlaku sekarang dan kita dapati kurang daripada 10 peratus usahawan bumiputera yang mendapat kontrak berkenaan. Dengan itu, penglibatan usahawan bumiputera bukan sahaja terhad tetapi akan terhakis terutama dalam keadaan ekonomi sekarang yang dilihat akan terus memburukkan keadaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini yang memetik sumber industri bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka mengumumkan secara rasmi selewat-lewatnya awal Oktober ini, satu daripada tiga firma asing sebagai pemenang bida untuk mengambil alih 13 aset tenaga Edra Global Energy Berhad (Edra) miliknya yang bernilai RM10 bilion atau AS$2.3 bilion.

Berikutan itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), Piarapakaran S. meminta supaya Suruhanjaya Tenaga (ST) campur tangan sekiranya 1MDB telah menyenarai pendek aset strategiknya untuk dijual kepada firma luar negara.

Aset Edra terdiri daripada lima loji jana kuasa tempatan dan lapan antarabangsa termasuk di Bangladesh dan Mesir selain merupakan yang kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff Corp Bhd. (Malakoff). Syarikat kerajaan itu juga mempunyai asetnya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan di Pakistan menerusi syarikat usaha sama.

Keseluruhannya, Edra memiliki kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 5,500 megawatt yang dianggarkan bernilai RM10 bilion oleh bank-bank.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum memberi peluang kepada pembida luar negara menguasai aset tenaga Edra.

“Namun, jika terdapat kekangan dari segi kewangan, kerajaan perlu mengawal penyertaan bumiputera dalam kontrak-kontrak berkaitan dan jangan sekadar retorik semata-mata. Ini kerana, hakikatnya, tiada pengagihan seimbang kepada bumiputera sebaliknya hanya melibatkan bumiputera tertentu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, vendor tenaga bumiputera khususnya dalam bidang perkhidmatan dan pembuatan berdepan situasi amat mencabar ekoran kenaikan mendadak bahan mentah yang diimport sehingga 30 peratus kerana berasaskan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).


- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/bumiputera-8232-boleh-gulung-tikar-1.140011#sthash.UteykGpS.dpuf


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”