NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 14 October 2015

LAKSANAKAN AMANAH MASING-MASING



AHLI SURGA MOHON DIDOAKAN OLEH AHLI SYURGA
UWAIS AL-QARNI DIARI WALAUPUN SEHINGGA 10 TAHUN
LAKSANAKAN AMANAH MASING-MASING


Ia masuk Islam semasa hayat Rasulullah s.a.w. akan tetapi beliau tidak termasuk golongan sahabat sebab tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w., dia tinggal di Yaman. Ia hanyalah dari golongan tabi’in dan merupakan sebaik-baik tabi’in.

“Hai, anjing! Makanlah apa-apa yang dekat dengan kamu. Saya juga makan barang yang dekat dengan saya. Janganlah engkau menyalak aku pula. Aku tidak dapat menyalak engkau kerana aku tidak pandai menyalak tetapi kalau berjalan di atas titian akau lebih pandai daripada engkau.”

Disebabkan kehidupannya yang selekeh serba kekurangan, daif, kusut masai, keluarganya menuduhnya sebagai gila, kawan kerabatnya senentiasa menghina dan merendah-rendahkannya. Sementara budak-budak pula membuli dan membalingnya dengan batu sebagaimana Rasulullah s.a.w. dibaling dengan batu semasa berhijrah ke Taif.

Sebenarnya ia tidak gila. Dia hanya hina dan rendah pada pandangan mata manusia, tetapi mulia dan tinggi darjatnya di sisi Allah Taala. Hatinya bersih sesui air salju dan ikhlasnya seikhlas-ikhlas para nabi-nabi.

Abu Hurairah r.a. meneritakan dari rasulullah s.a.w., sabdanya:
“Sesungguhnya Allah menintai hambaNya yang takwa membersihkan hatinya, senentiasa memanilkan diri dari orang ramai yang baik-baik, rambutnya kusut, mukanya berdebu dan perutnya selalu kosong. Orang seperti itu jika ia meminta izin kepada para pemimpin negara nesaya mereka tidak mengizinkannya. Jika ia ingin berkahwin, tidak ada orang mahu berkahwin dengannya. Jika dia tidak hadir, tidak ada orang menarinya. Jika dia hadir, tidak ada yang menengoknya, dan jika dia matipun tidak ada orang yang menyaksikannya.”

“Wahai Rasulullah, adakah lelaki itu ada di antara kami ini?” tanya para sahabat.

“Dia adalah Uwais Al-Qarni,” jawab Rasulullah.  

“Siapakah Uwais Al-Qarni itu, wahai rasulullah?”

“Dia perang rambutnya, jarak antara kedua-dua bahunya jauh, tingginya sederhana, warna kulitnya hitam manis, dia senentiasa memukul-mukul dagunya pada dadanya, pandangannya senentiasa melihat pada tempat sujud, dia juga meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya, senentiasa menangis dengan sendiri, dan hanya mempunyai dua helai baju yang telah lusuh, memakai kain bulu dan redak dari bulu juga. Dia tidak terkenal di bumi, tetapi sangat popular di kalangan penduduk langit. Sekiranya dia bersumpah dengan nama Allah, nesaya Allah meluluskannya. Ingatlah bahawa di bawah bahunya sebelah kiri ada tanda putih bersinar. Ketahuilah bahawa pada hari kiamat nanti akan ada panggilan di atas manusia:

“Wahai hambaku, masuklah kalian ke dalam syurga!”

Kepad Uwais diuapkan:

“Wahai Uwais! Bersedialah, berilah syafaat manusia itu.”

Maka Allah memperkenankan kepada Uwais Al-Qarni memberikan pertolongan kepada manusia yang banyak, sebanyak bilangan penduduk Rabiah dan Mudhar.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar Al-khattab dab Ali Abi Talib:

”Wahai Umar, wahai Ali! Jika engkau dapat berjumpa dengannya, mintalah engkau agar dia memintakan ampunan untukmu berdua. Maka Allah akan mengampunkan kepada engkau berdua.”

Setelah Rasulullah s.a.w. memberi pesanan kepada Umar dan Ali, mereka pun terus menari Uwais Al-Qarni sehingga berlalunya sepuluh tahun baru menenmuinya. Ketika itu musim haji. Umar Al-Khattab naik ke atas Jabal Qubais kemudian berseru sekuat-kuatnya:
“Wahai orang-orang Yaman! Adakah di antara kalian yang bernama Uwais?”
“Aku tidak kenal orang yang bernama Uwais, tetapi banak saudara saya dipanggil orang sebagai Uwais. Dia seorang yang tidak betul akalnya, sangat miskin. Adalah terlalu memalukan jika kami tunjukkan kepadamu. Dia bekerja sebagai pengembala unta-unta kami, orangnya memang sangat hina di antara lah hamba Allah,”

Umar mendekati lelaki itu dan menampakkan kesungguhan bahawa beliau memerlukannya.
Ada dimana anak saudarmu?
Apakah dia ikut ke sini?” Tanya Umar.
“Ya”, jawab lelaki tua itu.
“Dimana dia sekarang?” Tanya Umar lagi.
“Dia ada disebalik bukit Arafah,” jawabnya.
Maka pergilah Umar dan Ali ke bukit arafah dengan segera dan dibawa mereka berjumpa dengan Uwais. Ketika mereka sampai Uwais sedang salat di bawah pokok dan unta-untanya yang di bawah jagaannya ada di sekelilingnya. Umar dan Ali menambat kenderaan mereka dan menghampiri lelaki itu.

Setelah selesai berbalas salam, maka berkata Umar:
“Anda ini siapa?”
“Saya pengengembala unta yang mengambil upahan kepada kaumku,” jawan Uwais.
“ Maksud saya siapa nama tuan?”
“Kalau itu saya sudah tahu, semua makhluk yang ada dilangit dan di bumi ini adalah hamba Allag.”
“Maksud saya siapa nama yang diberikan oleh ibumu kepadamu?”
“Wahai lelaki! Apakah yang kalian berdua kehendaki dari saya?” Tanya Uwais.
“Rasulullah s.a.w. telah menerangkan kepada kami tentang  seorang yang bernama Uwais Al-Qarni. Beliau telah memberitahu kami bahawa rambutnya perang dan jarak antara dua bahunya panjang. Beliau juga memberitahu kami bahawa di bawah bahunya sebelah kiri ada tanda putih bersinar. Maka tolong tunjukkan kepada kami tempat itu, jika betul ada, maka engkaulah orangnya.”

Uwais Al-Qarni, membuka bahu sebelah kirinya dan ternyata di situ terdapat tanda putih bersinar. Maka ketika itu juga, Umar dan Ali berebut menguupnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”