NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 15 October 2015

TEORI PENEMBAK MH17: RUSIA ATAU AMERIKA?



Teori penembakan MH17 didedahkan oleh pihak berkuasa Belanda tanpa menyebutkan kenapa MH17 ditembak, lokasi penembakan dan keuntungan oleh pihak yang menembak. Apakah manfaat yang diperolehi oleh mereka hasil daripada peristiwa tersebut kepada Amerika, Rusia, Ukraine dan pemisah Donetsk/Luhansk?

Antara yang jelas selepas peristiwa tersebut Rusia dikenakan sekatan.

Dalam provokasi sebelum kejadian penembakan MH17; Amerika bersama proksinya - Ukraine dan Rusia pula bersama proksinya - pemisah Donetsk/Luhansk.

Tetapi yang penting sicomel Crimea dalam pelukan Rusia. Sayang Crimea.

Apabila berlaku provokasi di antara pihak-pihak yang bersengketa maka perlulah suatu alasan yang munasabah, kukuh untuk menghukum satu pihak lain. Pelbagai provokasi dilakukan sama ada secara diplomasi, berebut pembesar suara dan bertumbuk di Parlimen, demontrasi ganas, rampasan kuasa, pertempuran berdarah dan peperangan kerana sesuatu pengisytiharan yang tidak disenangi oleh pihak lain yang saling bersengketa.

Jika berterusan berperang akan menghancur leburkan flora dan fauna dan mengheret nilai-nilai kemanusia kearah kemusnahan.

Pihak-pihak yang bersengketa kebiasaannya akan berusaha merebut sesuatu kawasan itu  dengan segala sumber yang dimiliki sama ada melalui pertempuran berskala kecil atau sederhana. Itupun jika sokongan daripada pihak sekutu melalui proksi dapat menyumbang keperluan termasuk untuk berperang terutamanya apabila berhadapan dengan proksi-proksi yang diketuai oleh Amerika dan Rusia.

Jika diperhatikan daripada teori penaklukan; pihak yang telah menakluki sesuatu kawaasan akan berusaha mempertahankan kawasan tersebut dengan pelbagi cara, manakala pihak yang terlepas kawasan-kawasannya yang dirampas akan berusaha pelbagai cara untuk mengalahkan musuhnya supaya akan kelihatan keburukan musuhnya.


Sebagai contoh:

Di Syria Amerika bersama proksinya, Rusia bersama proksinya dan pejuang-pejuang Daulah Islamiyah bersama proksinya. Hebat peperangan di Syria dan Iraq itu.

Tentera Bashar Assad menggunakan racun kimia untuk menyerang musuh-musuhnya selepas itu pemprosesan kilang/simpanan kimianya telah dimusnahkan.

Pihak Yazidi telah ditawan oleh musuh dan dikhabarkan wanita-wanitanya dirogol selepas itu pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka termasuk peralatan perang.

Tentera bersekutu diketuai oleh Amerika menyerang musuh-musuhnya di pelbagai medan dengan kemusnahan yang besar tetapi musuh-musuh tersebut semakin bertambah hebat.

Penembakan peluru berpandu oleh kapal perang Rusia sengaja dilencongkan supaya sukar bagi musuhnya terutama Amerika memahami potensi ketenteraannya.


-------------------------


Laporan akhir sahkan MH17 ditembak BUK buatan Rusia

Astro Awani |  Diterbitkan pada Oktober 13, 2015 20:25 MYT

Laporan akhir sahkan MH17 ditembak BUK buatan Rusia
Siasatan turut mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat berkenaan. - Foto AP

BELANDA: Pasukan penyiasat antarabangsa merumuskan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS)  MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra ketika membentangkan hasil siasatan tragedi MH17.

Siasatan turut mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat berkenaan.

Pengesahan ini turut dibuat berdasarkan rakaman mikrofon di dalam kokpit yang mengesan bunyi letupan misil berkenaan.

Serpihan peluru berpandu itu ditemui di kawasan nahas dan juga di dalam bangkai pesawat tersebut.

BUK adalah peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia.

Turut disebut dalam laporan itu ialah, Ukraine sedia tahu mengenai risiko di kawasan berkenaan tehadap penerbangan awam.

Bagaimanapun Ukraine gagal untuk menimbang ancaman yang wujud terhadap penerbangan awam.

MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 krew dan anak kapal.

Lembaga Keselamatan Belanda dalam sidang medianya turut memaparkan animasi bagaimana pesawat itu ditembak.

Terdahulu, sebuah akhbar Belanda pada Selasa turut melaporkan bahawa penyiasat antarabangsa telah mendapati pesawat tersebut ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia.

Menurut AFP yang memetik akhbar berkenaan, peluru berpandu itu dilancar dari kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”