NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 15 October 2015

SKANDAL, VOLKSWAGEN DIAMBANG KEJATUHAN?



Martin Winterkon
Skandal, Volkswagen diambang kejatuhan?
26 September 2015 12:08 AM

SYDNEY 25 Sept. - Pembuat kereta terbesar dunia, Volkswagen Group berdepan zaman kejatuhan selepas didakwa memanipulasi ujian pelepasan toksik menggunakan perisian kereta diesel bagi memperdaya pihak berkuasa.

Akibat daripada tindakan itu, nilai syarikat tersebut jatuh sebanyak AS$41.5 bilion (RM181.7 bilion) dan dikenakan penalti sebanyak AS$25 bilion (RM109.5 bilion) di Amerika Syarikat serta menanggung kos memanggil dan membaik pulih lebih 11 juta kereta di seluruh dunia.

Beberapa laporan menyebut, kerajaan Jerman telah diberi amaran mengenai kewujudan peranti yang mengandungi perisian tersebut tetapi tidak diendahkan. Satu jawapan bertulis Parlimen yang dikeluarkan The Telegraph menunjukkan Kementerian Pengangkutan Jerman pada 28 Julai lalu mengakui bahawa kerajaan persekutuan sedar mengenai penggunaan perisian tersebut.

Pendedahan skandal itu menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Martin Winterkon meletakkan jawatannya kelmarin dan lebih ramai eksekutif berprofil tinggi dijangka dipecat atau meletakkan jawatan.

Skadal diesel Volkswagen bermula apabila penyelidik daripada Universiti West Virginia AS memperoleh geran untuk menjalankan penilaian pertama pelepasan toksik kereta diesel yang dikeluarkan pembuat kereta Eropah di Amerika Syarikat.

Pasukan yang terdiri daripada dua pensyarah universiti, Gregory Thompson dan Dan Carder serta dua pelajar, Marc Besch dan Arvind Thiruvengadam kemudian memandu uji tiga buah kenderaan, BMW X5, Volkswagen Jetta dan Passat serta mengembara lebih 2,400 kilometer bagi mendapatkan keputusannya.

Selepas memandu dari Los Angeles ke Seattle, mereka mendapati terdapat sesuatu yang pelik pada model Passat berkenaan. Menurut laporan Autoblog, nitrogen oksida yang dilepaskan Passat itu 20 kali lebih tinggi daripada tahap yang ditetapkan Lembaga Sumber Udara California.

Selepas beberapa bulan, penyelidik berkenaan membentangkan hasil kajian dalam satu persidangan di San Diego pada 2014 yang turut dihadiri pegawai penguatkuasa EPA dan mereka kemudiannya terus menjalankan siasatan ke atas Volkswagen.

Pegawai Penguatkuasa EPA, Cynthia Giles mendakwa, pihak Volkswagen menutup pelepasan toksik hanya semasa ujian dilakukan dan apabila kereta berada di jalan raya ia mampu mengeluarkan sebanyak 40 kali tahap pencemaran melebihi paras dibenarkan.

Sementara itu, Reuters melaporkan Volkswagen akan melantik ketua bagi jenama kereta sport, Porsche, Matthias Mueller sebagai ketua eksekutifnya untuk pulih daripada skandal penipuan tersebut.

Menurut sumber, Mueller, 62 menjadi sebutan sebagai pengganti Winterkon dan akan bertanggungjawab ke atas krisis terbesar dalam sejarah Volkswagen.

Sumber itu turut menyebut lembaga pengarah Volkswagen akan mengadakan pertemuan esok dan dijangka memberhentikan ketua bagi operasinya di AS serta beberapa jurutera kanan di Audi dan Porsche bagi menghadapi permulaan baharu. – AGENSI/REUTERS




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”