NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 27 November 2015

AS CUMA SERANG KUMPULAN MILITAN IS



PERDANA Menteri Rusia, Dmitry Medvedev
(kiri) bersalaman dengan Barack Obama
dalam mesyuarat Sidang Kemuncak
ASEAN Ke-27 di Kuala Lumpur,
semalam. REUTERS
AS cuma serang kumpulan militan IS

Obama nafi lancar perang terhadap umat Islam

23 November 2015 1:41 AM


KUALA LUMPUR 22 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi jaminan bahawa pakatan yang diketuai negaranya bagi menghapuskan kumpulan militan Negara Islam (IS) bukan bertujuan meme­rangi Islam.

Beliau berkata, persepsi yang mendakwa AS dan sekutu-sekutunya memerangi seluruh umat Islam adalah tidak benar dan mesti ditolak.

Menurut Obama, sebagai sebuah negara yang mengandungi masyarakat pelbagai agama, AS tidak boleh melancarkan pepera­ngan terhadap mana-mana agama.

“Malah, negara kita diperkukuhkan dengan masyarakat yang mewakili semua agama termasuk warga AS yang beragama Islam.

“Kita mesti memahami hakikat ini, prejudis dan diskriminasi hanya memberi kelebihan kepada IS serta menjejaskan keselamatan negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Obama berada di negara ini selama tiga hari mulai kelmarin bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ketiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-10.

Beliau menegaskan, AS juga perlu memastikan tindakan yang diambil dalam memerangi keganasan adalah selari dengan nilai-nilai dan perspektif negara itu.

Obama menambah, semua pihak boleh memainkan peranan dengan mempertahankan nilai-nilai tole­ransi dan kepelbagaian yang dipegang AS selama ini.

“Kita tidak akan gentar atau mula berkonflik sesama sendiri atau mendiskriminasi sebahagian anggota masyarakat semata-mata kerana agama, kaum atau latar belakang mereka,” jelasnya.

Beliau memberitahu, perbuatan itu bukan sahaja satu pengkhianatan terhadap nilai-nilai yang dipertahankan AS malah, ia menepati propaganda IS.

Obama berkata, setakat ini, sebanyak 65 negara termasuk Malaysia telah menyertai pakatan me­merangi IS yang diketuai AS.

Presiden AS itu turut mengambil maklum tentang hasrat Malaysia untuk menubuhkan pusat maklumat bagi mengekang fahaman IS seperti yang dilaksanakan di Emiriyah Arab Bersatu.

Sementara itu, beliau menyifatkan pertemuannya dengan pemimpin 17 negara dalam Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur sebagai satu kejayaan.

“Saya ingin menyatakan penghargaan kepada kepemimpinan Malaysia di atas peranan mereka dalam menjayakan dua sidang kemuncak tersebut,” ujarnya.

Obama menambah, beliau juga telah menjemput semua pemimpin ASEAN untuk menghadiri pertemuan di AS tahun depan.

Ketika mengulas tentang pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, beliau berkata, antara perkara yang dibangkitkan adalah kepentingan aspek ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran sesebuah negara serta saranan untuk mempertingkatkan usaha membanteras rasuah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”