NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 16 November 2015

NAJIB DIBERI SAMBUTAN



Najib diberi sambutan


ZULKIFLI JALIL MELAPORKAN DARI ANTALYA, TURKI  |  16 November 2015 1:05 AM


ANTALYA, Turki 15 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diberi sambutan rasmi oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang memimpin kumpulan negara-negara G20 sempena sidang kemuncak ber­kenaan di Hotel Regnum Carya di sini.

Sidang kemuncak mengumpulkan lebih 20 pemimpin negara-negara berpengaruh dunia itu termasuk negara jemputan, bermula hari ini ketika dunia dikejutkan dengan insiden berdarah oleh kumpulan militan bersenjata di Paris Jumaat lalu yang me­ngorbankan hampir 150 nyawa serta mencederakan 200 yang lain.

Erdogan yang mengucapkan takziah kepada rakan sejawatannya dari Perancis, Francois Hollande yang membatalkan kehadirannya ke sidang itu, turut memberi sambutan khas mengalu-alukan kedatangan semua ketua negara serta sesi bergambar.

Sejurus sambutan khas itu, Najib menyertai sidang kerja majlis makan tengah hari yang memberi peluang kepada G20 untuk membincangkan isu-isu berkaitan agenda pembangunan serta perubahan iklim.

Bank Dunia dalam amarannya Rabu lalu menyatakan perubahan iklim akan menyebabkan seramai 100 juta penduduk lagi menjadi miskin tegar menjelang 2030 jika dunia gagal bertindak.

Dalam satu laporan bertajuk: Shock Waves: Managing the Impacts of Climate Change on Poverty yang disiarkan di Washington, Bank Dunia memberitahu, penduduk miskin berisiko mendapat kejutan daripada gelombang perubahan iklim dunia termasuk tanaman tidak menjadi akibat kekurangan hujan, harga makanan melonjak selepas peristiwa cuaca ekstrem dan peningkatan jangkitan penyakit disebabkan gelombang panas serta banjir.

Di Afrika yang merupakan rantau paling miskin di dunia, perubahan iklim boleh menyebabkan harga makanan meningkat seba­nyak 12 peratus menjelang 2030 dan 70 peratus menjelang 2080.

Program Perdana Menteri di sini disusuli dengan sesi kerja 1 yang memberi tumpuan kepada agenda berkaitan pertumbuhan inklusif ekonomi global dan pekerjaan.

Topik-topik berkenaan merupakan isu perbincangan utama G20 sejak ditubuhkan pada 2008 dalam usaha mempertingkatkan ekonomi dunia dan menstabilkan kewangan global bagi manfaat semua pihak.

Seterusnya malam ini, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri satu resepsi yang dihoskan oleh Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu dan isteri.

Ini diikuti dengan working dinner yang membincangkan isu berkaitan cabaran-cabaran global terutama­nya keganasan dan krisis pelarian.

Acara rasmi itu mengakhiri lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri ke Antalya, yang akan disusuli satu sidang akhbar dengan wartawan Malaysia pada 10.50 malam ini (5.50 pagi esok waktu Malaysia) sebelum berlepas pulang ke tanah air. – UTUSAN





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”