NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 16 November 2015

ISU KEGANASAN ANTARA FOKUS UTAMA G20 SUSULAN INSIDEN PARIS - PM NAJIB



Isu Keganasan Antara Fokus Utama G20 Susulan Insiden Paris - PM Najib


Oleh Siti Hawa Othman


ANTALYA (Turki), 14 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu keganasan dan ekstremisme ganas akan menjadi satu daripada fokus utama Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) berikutan serangan di Paris pada Jumaat malam.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam pertemuan dua hala mereka di sini pada Sabtu.

Najib, selaku pengerusi ASEAN, melakukan kunjungan hormat ke atas Erdogan, yang akan mempengerusikan Sidang Kemuncak G20 Ke-10 di Antalya dari 15 hingga 16 Nov.

Erdogan menyatakan perbincangan itu akan berkisar kepada soal keganasan dan bagaimana dunia boleh meningkatkan lagi kerjasama untuk menangani isu yang amat serius itu, katanya pada sidang berita di Pusat Media Antarabangsa (IMC) di Hotel Kaya Palazzo di sini, Jumaat.

Susulan kejadian keganasan di Paris yang mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh, Najib berkata beliau menyatakan pendirian Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Perancis dan negara-negara lain bagi menghadapi ancaman serius itu.

"Pendirian Malaysia adalah jelas, untuk mengutuk sebarang bentuk keganasan lebih-lebih lagi terhadap orang awam yang tidak berdosa dan tidak bersalah," kata beliau.

Perdana Menteri berkata Malaysia dan negara-negara lain bukan sahaja mengutuk perbuatan itu malah, mengambil tindakan berpatutan untuk membanteras, mencegah dan mengelak kejadian seperti itu daripada berterusan.

"Saya menghantar surat takziah kepada Presiden Francois Hollande atas kejadian menyayat hati itu dan menyatakan pendirian Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Perancis dan negara lain bagi menghadapi ancaman yang begitu serius," katanya.

Najib berkata Turki juga menghadapi ancaman keganasan seperti kejadian bom di Ankara yang mengorbankan lebih 100 orang baru-baru ini selain masalah di bahagian barat daya negara itu.

Turki turut menghadapi masalah pelarian kerana terpaksa menampung penghijrahan 2.5 juta orang pelarian dari Syria dan Iraq, katanya.

"Mereka (Turki) belanja agak besar tetapi mereka hanya terima US$400 juta dari negara-negara lain.

"Dengan perbelanjaan mereka yang melebihi RM8 bilion ini, mereka merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membantu keperluan menyara kos menempatkan pelarian dari kedua-dua negara itu di Turki," kata Najib.

-- BERNAMA





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”