NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 4 November 2015

BUDAK KAMPONG BERSAMA WAWASAN FLEKSIBEL



Budak kampong yang ditarbiyah secara telus dapat melihat perbezaan suasana kampong dan pembangunan metropolitan, proses-proses yang berlaku kepadanya. Ia pula dapat menanggapi perkembangan zamannya daripada kekampongan sehingga kepada kemetropolitan. Budak kampong yang  menerima pendidikan di metropolitan dapat melihat peluang-peluang yang terdapat di kampong dan metropolitan, sama seperti Negara-Negara Maju mudah memahami sikap Negara Sedang Membangun dan memulas pemimpin-pemimpinnya yang bersifat rasuah.

Bukan mudah seorang budak kampong  membedah persepsi budak metropolitan terutamanya daripada Negara Maju.

Seperti penegasan budak kampong:

“PAS bukanlah parti kaya seperti peguam sangkakan. Tetapi kami, ahli dan penyokong PAS adalah Orang Kaya Baru demi perjuangan kami. “


-----------------


Budak Kampung Menjawab Kenyataan Peguam Zaid Ibrahim
Posted on Wednesday, November 04 @ 11:51:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Ulasan/Komentar "

Aku bukan penulis pun. Cuma aku rajin menulis demi Islam yang diperjuangkan PAS. Kalau PAS jadi PAN, tak perlu aku menghabiskan masa berharga aku. Tidur awal lagi baik dari tanggung dosa kering. Aku kepingin nak jawab kekeliruan yang tak patut menganggu rasional seorang yang bertitle peguam. Andai jawapan aku bertaraf longkang, padanlah dengan aku sebagai budak kampung.

Aku petik satu-satu kenyataan Zaid yang disiarkan oleh Malaysiakini sebentar tadi.


Zaid berkata:

"Mereka setia kepada parti di bawah (Allahyarham) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi itu berubah apabila Najib menjadi perdana menteri dan Nik Aziz meninggal dunia.”


Kata aku: Siapa yang berubah. Ahli PAS kekal istiqamah. Yang berubah apabila Najib menjadi Perdana Menteri dan Nik Aziz meninggal dunia ialah pemimpin dan ahli yang kini membentuk PAN. Benar mereka berubah apabila TGNA tiada kerana Allah dedahkan sikap berpura-pura mereka. Mereka segan dan gentar kepada TGNA tetapi mereka tidak segan dan gentar kepada Allah meskipun mereka tahu mereka berba’ah kepada Allah?


Zaid berkata lagi:

"Ahli-ahli PAS berang dengan Umno selama 50 tahun kerana tidak membawa pemerintahan Islam tetapi Najib mampu membuat mereka menerima dan menyokong beliau tanpa sebarang perubahan di pihaknya, dan juga cara BN mentadbir negara ini," katanya.


Kata aku: Bilakah ahli-ahli PAS menerima dan menyokong Najib? Harap Zaid beri bukti jelas dakwaannya. Adakah dengan sanggup menasihati pentadbiran Najib, menyokong apa-apa yang baik dan menentang apa-apa yang salah  itu dikategorikan sebagai sokong Najib? Adakah tak setuju menolak Belanjawan yang dibentangkan Najib juga bermakna sokong Najib? Itukah definisi sokong dalam kamus Zaid? Sangat dangkal peguam bercakap begitu.


Lebih menggelihatikan apabila Zaid berkata lagi:

"PAS juga menjadi begitu taksub dengan Najib sehingga ahli-ahlinya kini menjadikan misi mereka untuk memastikan tidak ada yang menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri.”


Kata aku: (pecah kepala aku nak jawab ‘taksub’ ini) Aku pula jadi keliru. Zaid ini loyarkah atau loyar burukkah?Apakah tindakan-tindakan PAS yang dicirikan sebagai taksub? Ada PAS halang sesiapa yang nak menumbangkan Najib? Silakan.PAS berpendirian tak guna jatuhkan Najib. Najib jatuh, yang naik ganti perangai macam Najib juga. Apa erti? PAS nak jatuhkan UMNO/BN sekaligus. Sayangnya ada orang macam Zaid yang nak selamatkan UMNO/BN. Buktinya,mereka ini sanggup memecahkan undi PAS dalam PRU14. Mereka telah mencongak-congak untuk meletakkan calon di kerusi-kerusi PAS walaupun ahli mereka sebilangan kecil  sahaja. Mereka tahu mereka tak akan menang. Namun bagi mereka biar PAS juga tidak menang. Jadi kepada siapakah mereka relakan kemenangan itu?


Zaid juga berkata bagaimana perhimpunan 60,000 orang di sebuah stadium di Kota Baru tidak akan menjadi kenyataan di bawah kepimpinan Nik Aziz."Ini akan menelan perbelanjaan yang besar dan Nik Aziz tidak akan membiarkan pembaziran seumpama itu."Kita juga tidak akan melihat deretan bas yang digunakan untuk mengangkut orang ramai ke stadium, penyokong biasanya berjalan kaki. Muktamar PAS yang besar di Kota Bharu dua minggu lalu sangat berbeza Ia kelihatan lain dan mempunyai  gaya orang kaya baru..


Kata aku:Bila pula PAS menganjurkan Himpunan 60K pada era TGNA? Bila pula PAS buat muktamar? Dua minggu lepas? Kalau hal semacam ini pun peguam tersalah maklumat,baik budak-budak PASlah jadi peguam. Perhimpunan 60K itu bagi Zaid adalah satu pembaziran. Difikirnya lagi PAS guna bas untuk angkut ahli-ahlinya. Zahiiiddd, kami bayar dengan duit poket kamilah Zahiiidd. PAS bukanlah parti kaya seperti peguam sangkakan. Tetapi kami, ahli dan penyokong PAS adalah Orang Kaya Baru demi perjuangan kami. 


Zaid seterusnya membidas orang Melayu yang menyokong Najib dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak menjaga nama baik dan imej bangsa.Sebaliknya, mereka hanya memalukan orang Melayu.


Kata aku: 60 tahun hingga ke hari ini dan PRU14 nanti,kerja PAS adalah lawan UMNO/BN. Sila sebutkan parti mana begitu istiqamah lawan UMNO/BN meskipun menerima kekalahan demi kekalahan? DAP? PKR? SEMANGAT 46 ? KITA? PAN?Tiba-tiba kata orang Melayu sebaris menyokong Najib dan TGHH. Dikatakan pula penyokong PAS tidak menjaga nama baik dan imej bangsa dan memalukan Melayu. Mengikut track record politikmu, engkaulah Zahid jenis Melayu yang memalukan Melayu. Cerminlah diri sendiri Zahid. Inikah tahap pemikiran peguam Melayu? Bukankah sebenarnya ini yang memalukan?






 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”