NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 17 November 2015

PAS USUL TIGA CADANGAN KEMASKINI BAJET 2016



Isnin, 16 November 2015
Pas usul tiga cadangan kemaskini Bajet 2016


Tiga cadangan yang diusulkan kepada kerajaan itu adalah bagi mengelak daripada berlakunya pelanggaran prinsip-prinsip syariat Islam


PETALING JAYA: Pas mengusulkan tiga cadangan kepada kerajaan yang boleh digunakan pakai bagi mengemaskini Bajet 2016 dengan tujuan mengelak daripada berlakunya pelanggaran prinsip-prinsip syariat dalam Islam.

Menerusi kenyataan pada Isnin, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, cadangan-cadangan itu adalah penyelesaian kepada tiga masalah utama yang dikemukakan menerusi pengumuman bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas.

“Pertama, kerajaan perlu menyelesaikan masalah kejatuhan harga petroleum dan kesilapan kerajaan Malaysia bergantung kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai sumber alternatif pendapatan negara.

“Ia termasuk cukai di atas simpanan syarikat dan korporat serta cukai perdagangan saham di bursa Malaysia,” katanya. Abdul Hadi memberitahu,

langkah kedua pula adalah bertindak menyelesaikan masalah kejatuhan matawang Ringgit dan menilai kesan kejatuhan itu kepada negara dan rakyat.

Kerajaan juga katanya, perlu melihat semula penggantian import untuk tempoh terhad dan meneliti semula kontrak-kontrak kerajaan.

Jelas Abdul Hadi lagi, langkah ketiga yang tidak boleh dipandang remeh adalah penyelesaian kepada masalah kenaikan kos hidup rakyat yang harus dilihat secara khusus terutama dalam kemelut pemilikan rumah.

Katanya, langkah berkenaan perlu dititik beratkan kerana ia dihadapi oleh sebahagian besar masyarakat pada masa ini. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 11/16/2015 01:28:00 PTG

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”