NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 20 November 2015

JULINGAN TEPAT BENAR TUMPUANNYA



Golongan kekufuran apabila disentap sahaja akan mengelupur kerana kekejangan akibat kesyirikan mendarah daging di dalam dirinya. Namun mereka wajar diperingatkan selalu dan dibantu supaya sifat-sifat kekufuran yang melekat dalam diri itu berubah kepada sifat ketakwaan. Akhirnya individu-individu yang dipenuhi dengan kesyirikan sebelum itu akan mengubah lanskap dunia menjadi keharmonian. Ia juga sebagai ingatan bahawa duit-duit yang ringan mudah melayang-layang disebabkan oleh spekulasi para korperator mencaturkan percambahan minda memalingkan pandangan sehingga pesawat canggih hilang daripada pengawasan pada 8 Mac 2014. 

Pesawat apakah itu?

Jika pada zaman kegemilangan tamadun Islam manusia-manusia yang hidup pada zaman tersebut boleh mengubah persepsi masyarakat daripada kekufuran  kepada kegemilangan tamadun sehingga membawa sepertiga alam di sinari dengan kalimah ‘Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah’, oleh itu tidak sukar bagi insan-insan yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang tawakalnya  kepada Allah s.w.t. seratus peratus untuk menyambung melebarkannya pula.

Maka sayugia juga individu yang ditiupkan roh-roh ketauhidan kepada diri mereka dengan niat kesucian itu bangkit sebagai pembela kepada kebenaran.

Individu yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang telus ikhlas tidak disaluti oleh kecacatan yang boleh mencederakan akalnya secara kekal. Jika terluka juga, ia bersifat sementara sahaja dan akan sembuh selepas beberapa tempoh. Jika masih bersifat nakal, ia hanya bersifat sekilas pandang sahaja dan akan kekal sifat ikhlasnya kepada Allah Taala apabila saat-saat kemerdekaan telah mendekati masa yang ditunggu-tunggu.

Allah s.w.t. sayang kepada mereka,

Malaikat a.s. mengiringi doa-doa mereka,

Makhluk-makhluk di langit dan bumi mengaminkan tindakan-tindakan mereka,

Mereka senentiasa dirahmati melalui niat-niat ikhlas ibu-ibu itu,

Maka tepat benarlah amalan mereka,

Amin Ya Rabbal Alamin.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”