HARGA BARANGAN DITOKOK TAMBAH |
Dalam dunia perniagaan, semua
kebarangkalian boleh berlaku; menetapkan harga, menaikkan harga, menurunkan harga, melelong
barangan atau memberi barangan percuma sebagai pujukan mengikat menarik pelangan-pelanggan. Peniaga-peniaga
itu pula tidak semestinya mengeluarkan barangan yang sama kualitinya walaupun
barang-barang tersebut sama bentuk, saiz, kandungan, warna dan berat.
Barangan itu senentiasa dipertingkatkan
keupayaannya, mutunya, diperbaiki kelemahan-kelemahannya, direka bentuk
mengikuti selera semasa pelanggan, padanan warnanya yang menarik dan
penjenamaan semula. Ia mengkagumkan pelanggan-pelanggannya walaupun barangkali
tidak dilanggan oleh pengunjung-pengunjung barangan tersebut kerana pelbagai
sebab.
Peniaga-peniaga yang berjaya
senentiasa mengubah konsep perniagaannya dengan pelbagai cara walaupun
perniagaannya adalah jenis yang sama. Ia melakukan perubahan-perubahan tersebut
supaya berlaku daya tarikan dan penampilannya menarik perhatian untuk
melanggannya. Perubahan-perubahan itu bukan sahaja dilakuan terhadap barangan tetapi ia meliputi
peragaannya, ruang kawasannya dan para pengendali jualan atau agen-agen jualan.
Barangan-barangan perniagaan pula
tidak tetap harganya, walaupun pada realitinya harganya adalah tetap jika tidak
berlaku persaingan atau tiada pesaingnya. Perubahan-perubahan harga barangan
turun naik, memberi potongan harga dalam bentuk diskaun, baucar dan pakej-pakej
istimewa adalah daya tarikan kepada pelanggan.
Kadang-kadang suatu lokasi
perniagaan baru didirikan dan terasing daripada kawasan orang ramai,
perancang-perancang perniagaan akan mencari ikhtiar mengubah persepsi pengguna
dan menyediakan kemudahan-kemudahan supaya pelanggan-pelanggan selesa
berkunjung di kawasan-kawasan yang ‘mati dihidupkan’ itu. Semua tenaga, usaha
dan pautan yang boleh dicapai dimaksimumkan untuk mengaktifkan kawasan
perniagaan yang baru itu. Prasarana-prasarana yang menyenangkan pelanggan untuk berkunjung
disediakan akhirnya kawasan tersebut berkembang dan meriah. Kawasan tersebut
boleh juga dilumpuhkan jika pihak pemerintah berhasrat melakukan kepadanya dan
paksi-paksi perniagaan tidak lagi mesra bersama pentadbir-pentadbir.
Bagi mengikat dan mengubah sikap
pelanggan untuk kali pertama berkunjung dipremis-premis perniagaan, mereka akan
memerhati, komposisi, daya tarikan, sikap penjual, barangan yang diperaga
dan ditawarkan di situ. Bagi golongan yang mewah dan pertengahan, dari segi
harga tidak menjadi pertimbangan. Mereka lebih kepada imej dan kualiti. Berbanding dengan golongan berpendapatan rendah, mereka melihat kepada imej juga tetapi lebih
mementingkan harganya daripada kualiti.
Peniaga-peniaga yang mementingkan
kualiti akan mengeluarkan barangan mereka dan mengekalkan kualiti barangan,
imej dan sensetiviti pelanggannya. Mereka berusaha mengekalkan
penampilan-penampilan tersebut dengan perubahan-perubahan menurut zamannya.
Apabila pelanggan-pelanggan dan orang ramai melihat barangan tersebut, akan
terpahat dalam akal mereka kehebatan dan kelebihan barangan tersebut. Ia bukan sahaja
hebat kepada pelanggan-pelanggannya tetapi juga hebat kepada sesiapa yang
melihat dan merasainya.
Dalam dunia perniagaan terdapat
juga barang dipamirkan tetapi tidak dijual oleh peniaga-peniaga.
Pelanggan-pelanggan hanya ternganga dan melilih air liur apabila melihatnya. Barangan tersebut
hanya untuk pamiran sahaja. Ia untuk kegunaan sendiri sahaja. Peniaga-peniaga berbuat
sedemikian kerana akur dengan bangga dirinya supaya teknologi barangan tersebut
tidak diketahui dan terlepas kepada pesaing-pesaing mereka. Pesaing-pesaing
perniagaan pula bersikap seperti itu juga tidak menjual barangan berkualiti mereka tetapi jika ia menjual juga akan diubahnya rekabentuk dalaman dan perisiannya.
Kualitinya diubah daripada seratus peratus kepada beberapa peratus. Ketika
dipamirkan ditunjukkan kehebatan barangan perniagaan itu tetapi apabila dijual
rekabentuk luarannya sama tetapi keupayannya berbeza.
Tetapi yang amat mengecewakan lagi
adanya peniaga-peniga mempromosikan barangan mereka dengan mekap-mekap yang
menarik cantik dan mempersonakan tetapi apabila saat yang ditetapkan tiba pelanggan-pelanggan
menerima barangan yang berbeza daripada barangan pamiran ketika peragaan,
pertunjukkan demontrasi dan tempahan yang telah dipersetujui.
Tidak kurang juga perjanjian
telah dimeteri dan bayaran telah dibuat tetapi barangan yang ditempah tidak
muncul-muncul. Apabila dihubungi peniaga tersebut melalui telefon, didapati
nombor yang dihubungi tidak terdapat dalam perkhidmatan. Ia telah ditamatkan. Apabila melawat tapak
perniagaan tersebut didapati telah ditutup atau peniaga yang melakukan
urusniaga dipremis tersebut tidak dikenali.
Sikap peniaga-peniaga berbeza-beza.
Ada yang jujur. Amanah. Bersikap seperti jujur.
Memaling-maling niat mereka seumpama jika tidak dapat menyediakan jenis
barangan yang ditempah, maka akan adalah barangan gantian untuk mengalih
perhatian pelanggan yang telah mengikat perjanjian dan melakukan bayaran untuk
tempahan barangan yang dihajati.
Menangguh-nagguhkan penghantaran,
menyekat penghantaran dan belot dalam perniagaan. Peniaga-peniaga tersebut
berbuat sedemikian kerana berlakunya perubahan-perubahan sikap disebabkan
perubahan-perubahan alam. Sengaja membuat onar, membekukan perjanjian, menyekat
penghantaran atas alasan-alasan yang direka-reka dan melakukan pelbagai alasan
kerana adanya permainan golongan dajal dibelakang tabir. Tekanan dari
pihak-pihak tertentu.
Sesuatu yang sukar kerana berlakunya
fenomena alam yang mengubah struktur perniagaan walaupn tapak-tapak perniagaan
itu berada di kawasan yang strategik dan sukar digugat. Tetapi manusia hanya
merancang tetapi Allah s.w.t. yang menentukan segala-galanya, maka berlakulah
fenomena alam seperti gempa bumi, kebakaran, sabotaj, serangan pengganas atau
sesuatu musibah yang diluar dari pemikiran manusia.
Walau bagaimanapun, umat Islam tidak
boleh berputus asas dalam menghadapi kehidupan yang sukar diramalkan;
kehidupan, rezeki, jodoh dan hari esok yang tidak dapat dipastikan kerana
perubahan-perubahan yang senentiasa berlaku dari saat ke saat seperti mana
apabila berlakunya kerdipan mata ia akan mengubah rasa pandangan mata tersebut.
Nabi Muhammad s.a.w. berpesan
jika sekirannya hari kiamat itu akan berlaku hari esok jika sempat menanam untuk
hari ini maka wajib melakukan penanaman tersebut. Baginda Junjungan Rasulullah
s.a.w. juga mengingatkan kita bahawa tidak mungkin kamu dipatuk oleh ular yang
sama untuk kali kedua dari lubang yang sama.
Halaman ini memperingatkan bahawa
orang-orang beriman akan gemilang semula setelah mereka menerima tribulasi yang
memeritkan. Kita nantikan kegemilangannya Allahu Akhbar.
No comments:
Post a Comment