NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 24 January 2015

JEPUN DALAM DILEMA ANTARA MENYOKONG AMERIKA SYARIKAT ATAU MEMBUNUH RAKYATNYA



Jepun berkobar-kobar menyokong pencerobohan Amerika Syarikat dengan gerombolannya, akhirnya warganya yang menjadi sukarelawan telah di tawan oleh pejuang-pejuang Daulah Islamiyah kerana bersubahat menyerang negara orang lain wilayah Daulah Islamiyah, sebagaimana pada Ogos 1945 Hiroshima dan Nagasaki telah dibom oleh Amerika Syarikat dengan bom atom setelah menyiapkan bom tersebut selama tiga tahun untuk digugurkan di Jepun.  


Akibat RM722 Juta, IS Ancam Potong Kepala Tebusan Jepun
Terkini: Jan 20, 2015


BEIRUT – Ketika dunia Islam mengutuk keras majalah satira biadap Perancis, Charlie Hebdo, kumpulan militan pelampau Daulah Islamiyah (IS) memburukkan pula imej agama Islam apabila mengancam mahu membunuh dua tebusan warga Jepun.

Ini semua gara-gara Tokyo enggan ‘melayan’ bayaran wang tebusan AS$200 juta (RM722 juta) dalam masa 72 jam yang diminta IS menerusi rakaman video terbaharu dan tersebar luas di laman web rasmi kumpulan pengganas tersebut pada Selasa.

Dalam sedutan video itu, seorang anggota IS berpakaian serba hitam dengan cuma nampak mata dan bersenjatakan pisau, bercakap dalam bahasa Inggeris sambil berdiri di antara kedua-dua tebusan yang melutut serta memakai baju berwarna jingga.

“Anda kini ada 72 jam untuk mendesak kerajaan anda membuat keputusan yang ‘bijak’ dengan membayar AS$200 juta untuk menyelamatkan nyawa rakyat anda,” kata lelaki itu yang tidak pula mendedahkan identiti dua tebusan tersebut.

IS berkata wang tebusan yang diminta itu sebagai pampasan bagi menggantikan dana bantuan bukan ketenteraan berjumlah AS$2 bilion (RM7.2 bilion) yang diikrarkan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bagi menyokong kempen antarabangsa memerangi IS.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”