PELBAGAI ETNIK PELBAGAI RAGAM |
Negara yang aman damai adalah
negara yang diasaskan dengan dasar takwa. Keimanan. Ketauhidan. Pemimpinya tidak bersekongkol dengan
dajal. Mengarut. Sama ada mendajal dalam negeri, atau mengimport dajal-dajal antarabangsa, atau dajal
bersifat global yang boleh beraksi dari dalam. Mereka tidak akan berpakat menyorok MH370. Mendungu-dungu
rakyat. Membodoh-bodohkan waris-waris MH370 dan memaksa orang ramai mempercayai
cerita-cerita panglipurlara yang sukar dipertanggungjawabkan.
Takwa menjadikan pemimpin dan
rakyatnya saling berganding bahu memercu kegemilangan umat. Tidak mementingkan
korupsi apatah lagi memberi ruang dan peluang kepada keluarga untuk membolot
potensi-potensi ekonomi yang dibawah
penguasaan mereka.
Tidak memberi keistimewaan kepada
anak-anak, kepada adik-beradik, kepada keluarga termasuk memberi keutamaan dan
kelebihan kepada suami-suami atau isteri-isteri yang tersayang untuk mengaut
duit-duit amanah negara.
Jangan gunakan alasan dengan menjalankan kerja-kerja kebajikan, membantu fakir miskin, anak yatim dan mualaf sebagai menghalalkan kerja-kerja yang haram itu. Jangan.
Jangan gunakan alasan dengan menjalankan kerja-kerja kebajikan, membantu fakir miskin, anak yatim dan mualaf sebagai menghalalkan kerja-kerja yang haram itu. Jangan.
Memberi mereka memamah
harta-harta awam berselindung dengan pelbagai nama-nama untuk meragut wang-wang
amanah rakyat dengan pelbagai cara; bantuan pinjaman perniagaan, bantuan
kerja-kerja amal kebajikan, dan bantuan-bantuan berpilih-pilih.
Kelibat-kelibat itu dapat dilihat
dengan penampilan-penampilan gelagat-gelagat manusia pemurah yang difahami oleh
kanak-kanak sekolah. Bala belum menimpa, berawaslah, kerana ia datang tanpa
disedari, buatlah sesuka hati tetapi bila ia telah hadir tiada ampunan bagimu
lagi.
Apabila pemimpin-pemimpin lebih
mengutamakan korupsi-korupsi maka ditimbun-timbun harta-harta untuk puak-puak manakala
saki baki lebihan duit-duit itu baharu diagihkan-agihkan kepada awam, ia adalah
suatu kepincangan yang nyata. Perkara seperti itu wajib dielakkan. Jangan
amalkan. Hentikan.
Walau bagaimanpun, apabila
perkara-perkara kedajalan telah sebati maka untuk menghapuskannya adalah suatu
yang sukar tetapi bagi mereka yang terlibat wajar muhasabah diri, insafi
dosa-dosa yang lalu, ingat bahawa esok anda akan tua, kemudian nyanyuk dan
selepas itu mati. Harta-harta yang ditimbun-timbun itu akan hilang, hilang
bersama kematian.
Ketika merancang untuk meneliti
harta-harta yang terpampang dihadapan, wajar juga dilihat bahawa kesan kerdipan
mata itu telah membawa banyak kesan kepada negara kerana merancang untuk
pembuncitan perut-perut tetapi musuh-musuh merancang melumpuhkan aktiviti negara
dengan pelbagai cara. Ia menanam suatu asas. Bercambak, merebak, mengalir aktif
di dalamnya. Apabila ia mengembang maka ketika itu sukar untuk mengempiskannya
kecuali dengan menekannya dan meletupkan, tetapi ia akan memberi impak kepada
rakyat.
Suatu perancangan. Berfikir
secara kritis dan melihat harta-harta yang bertimbun-timbun di hadapan kemudian
bertanya dan menyoal diri, dimanakah silapnya pengurusan ekonomi tetapi
dimanfaatkan oleh orang lain?
Mengapakah negeri-negeri ASEAN
boleh mengawal pertumbuhan penduduk negara mereka, termasuk pemerintah Daulah
Islamiyah yang baru setahun didirikan dapat meramal potensi masa hadapan
tentang kehebatan negara mereka? Apakah selepas merdeka 57 tahun sukar untuk
meramal tentang potensi masa hadapan bangsa ini? Ataukah kerana belitan yang
sukar dileraikan sehingga menjerut diri sendiri? Mohon pada Allah s.w.t.
tekadkan azam menjulang martabat umat. Pandang masa hadapan yang bersinar.
Bangkitlah.
Dimanakah perancang-perancang
cerdik anak-anak watan negara ini sehingga mengimport perancang-perancang luar
yang sepatutnya mereka hanya beraksi sebagai perancang dan perunding sahaja, atau percambahan fikiran dengan perancang-perancang yang berpengalaman itu tetapi sebaliknya dihadirkan sebagai peneraju sektor berpotensi, penentu keputusan?
Bagaimana mungkin syarikat-syarikat swasta yang baru muncul boleh merancang masa hadapan dengan lebih teratur dan cemerlang berbanding dengan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh pemerintah jatuh merudum walaupun sebelumnya kukuh. Syarikat-syarikat swasta itu pula lesennya dikeluarkan oleh pemerintah melalui syarikat-syarikat pemerintah tetapi merudum dimakan zaman. Kenapakah anak-anak watan berjiwa bangsa yang cerdik-cerduk tidak diberi ruang peluang memimpin kerana bukan proksi, pengipas dan licik mengampu menjadi keutamaan? Atau, atau, atau, atau mereka bukan paksi-paksi perniagaan? Begitukah? Dimanakah silap pengurusannya?
Sewajarnya negara berpenduduk 40
juta pelbagai etnik pelbagai ragamnya, anak-anak watannya mesti dominan dan
diperkasa, tetapi yang penting jangan mendajal dan menurut telunjuk yang
membelitkan. Bebaskan diri. Banyak cara-caranya. Cerdiklah berpolitik.
Janji-janji Allah s.w.t. itu adalah benar bagi orang-orang yang bertakwa.
No comments:
Post a Comment