MH370 BERAKSI SOLO AEROBATIK |
Meraikan CEO MAS baru dirakamkan aksi menarik MH370 untuk
dibisik-bisikkan kerana cengkaman dajal yang semakin membelit.
MH370 terlibat mengadakan aksi aerobatik pada 8 Mac 2014 sekitar pukul
12.41 pagi setelah melakukan persediaan beberapa minit sebelum aksi pertunjukan, dan mengakhiri pertunjukannya di Lautan Hindi bersama pengawas Laut Hindi Tentera
Marin Amerika Syarikat yang sentiasa bersiapa siaga dengan radar dan satelit
mereka. Aksi-aksi aerobatik MH370 berlingkar-lingkar seperti ular dipalu, dipaparkan
ketika para panglipurlara mendedahkannya berserta contoh ilustrasinya yang mengkagum
menyihirkan. Ilustrasi-ilustrasi itu pula boleh dilihat di media massa tempatan dan
web-web jika belum dihapuskan. MH370 berakhir di Lautan Hindi seperti yang
dikhabarkan oleh Najib Razak.
Benar atau tidak MH370 telibat
dengan aksi-aksi pertunjukan aerobatik secara solo, masih menjadi persoalan
kerana jin-jin sukar berkomunikasi dengan manusia kecuali jika kita bertanya
kepada Tamar Jalis atau dengan Ustaz Prof. Dr. Haron Din seorang ulama
tersohor, bagimana untuk berkomunikasi dengan puak-puak jin itu.
Jika jin itu muslim tiada masalah tetapi yang menjadi kemusykhilannya adalah dengan jin-jin mendajal yang merentas sempadan. Jin-jin tempatan pula bermacam-macam sifat.Ada terbelenggu; ada mata tetapi buta, ada
telinga tetapi pekak, ada lidah tetapi bisu, dan ada gabungan pekak bisu sejak
lahir. Ada jin
berterusan ternganga mulut, ada terkebil-kebil mata, ada melilih air liur dan
berkumat-kamit mulutnya. Ada
yang berkata barangkali MH370 ada unsur-unsur dirampas, disabotaj, keadaan
psikologi dan masalah peribadi.
Jika jin itu muslim tiada masalah tetapi yang menjadi kemusykhilannya adalah dengan jin-jin mendajal yang merentas sempadan. Jin-jin tempatan pula bermacam-macam sifat.
Tetapi melalui lakaran-lakaran
yang dipaparkan oleh para panglipurlara yang memberitahu tentang teori-teori
yang dirakamkan oleh media massa
pada pagi 8 Mac 2014, MH370 memulakan pelepasannya pada jam 12.41 pagi.
Beberapa minit selepas itu melencong, melakukan pusingan ‘u-turn’ dengan
gerakan turun naik, melelong kiri kanan, mengeluarkan asap, berapi, terbang
tinggi rendah, bunyi kuat senyap, berlekuk-lekuk berpusing-pusing dan dipendekkan
dramanya berakhir di Lautan Hindi bergabung dengan Tentera Marin Amerika
Syarikat yang mengawal Lautan Hindi.
Senario kedua pesawat MH370
disorok.
Senario ketiga dajal berkomplot
dan orang-orang beriman akan menghukum penceroboh pembunuh sebagaimana
pejuang-pejuang Daulah Islamiyah setelah diperingatkan dan diberi amaran akan menghukum
penceroboh-penceroboh, agen-agen pengintipan, bersekongkol dan pembunuh umat
manusia.
Walaupun MH370 terbang jauh-jauh
dari KLIA menghala ke Lautan Hindi setelah mengadakan pertunjukan aksi aerobatik kepada golongan jin pada 8 Mac 2014. Barangkali para panglipurlara bersama-sama
jin menyaksikan pertunjukan aksi-aksi aerobatik MH370 sebab itu mereka mampu
menceritakan senario pergerakan MH370 pada malam kelam itu sebelum ia disorok.
Melakukan penerbangannya melencong,
melintasi Teluk Thailand, Selat Melaka, Laut Benggala dan Laut Andaman. Setelah jin-jin kawasan
tersebut tidak lagi berminat dengan
pertunjukan aksi-aksi aerobatik MH370 kerana asyik dengan plot-plot
pencarian-pencarian kosong, membodoh-bodohkan waris-waris MH370 dan orang ramai.
Najib Razak memuktamadkan pencarian MH370 di Lautan Hindi. Pengawas Lautan
Hindi adalah Tentera Marin Amerika Syarikat bersiap siaga dengan radar dan
satelit mereka. Pesawat-pesawat diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Apabila negara jauh-jauh Australia yang berdekat-dekatan dengan Lautan Hindi
melambai-lambai MH370 kerana pertunjukan aksi aerobatiknya yang luar biasa itu
menuju ke sana .
Walau bagaimanapun Najib Razak menyatakan dalam sidang akhbarnya memberitahu
seantero alam bahawa MH370 telah mengalami tragedi di Lautan Hindi. Australia pula walaupun telah diberitahu bahawa MH370
mengalami tragedi di sana ,
Tony Abbott pun bercakap bahawa Lautan Hindi amat luas. Pengawas Lautan Hindi yang
dikawal oleh Tentera Marin Amerika Syarikat masih membantu membisik-bisik.
Memandangkan MH370 telah
menunjukkan kehebatannya dengan melakukan pertunjukan aksi-aksi aerobatik yang
tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pesawat kargo, menunjukkan bahawa pilot
MH370 warga negara ini lebih hebat daripada pilot-pilot yang beraksi melakukan
pertunjukan aerobatik terbaik dunia. Tahniah kepada semua pilot negara ini
terutamanya pilot MH370 kerana kehebatan yang kamu tunjukkan sehingga para
panglipurlara dapat meyakinkan penceritaannya. Walaupun sepatutnya aksi-aksi tersebut
dilakukan oleh mereka yang mahir melakukan pertunjukan aksi-aksi Aerobatik
seperti Tentera Marin Amerika Syarikat, barangkali MH370 bergabung dengan Tentera
Marin Amerika Syarikat supaya kemunculan MH370 nanti memberi suatu anjakan baru
bergandingan dengan CEO MAS baru.
Sinaran gemerlapan yang sukar diduga oleh golongan-golongan
dungu-dungu.
Kemanakah perginya MH370 selepas
melakukan pertunjukan aksi aerobatik di Lautan Hindi yang dikawal oleh Tentera
Marin Amerika Syarikat itu? Maka wajar ditanya kepada Amerika Syarikat dimanakah
perginya MH370 dibawa lari oleh Tentera Marin?
Tentera Marin Amerika Syarikat
adalah pengawas Lautan Hindi.
No comments:
Post a Comment