NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, 2 January 2015

BENARKAH SEDEMIKIAN? PERKASA MARTABAT UMAT



BENARKAH SEDEMIKIAN? PERKASA
MARTABAT UMAT
Dalam kehidupan ini adakalanya golongan yang kaya suatu ketika dahulu sampai saatnya ia akan menjadi fakir dan miskin. Menjadilah mereka antara golongan yang wajib dibantu. Ada pula mereka yang berpendidikan tetapi oleh kerana takdir dirinya seperti yang telah tersurat maka ia pun menjadi budak-budak sekolah rendah kerana terbelenggu oleh hutang-piutang, mereka juga wajib dibantu. Demikian juga golongan fakir dan miskin jika mereka dibantu akan mengubah nasibnya, mereka juga wajib dibantu. Terdapat pula mereka adalah golongan kaya dan miskin beriringan dengan sifat kesombongannya berlaku sepanjang kehidupannya sehingga ia mati.

Suatu senario pula, ia seorang yang kaya-raya menggunakan harta bendanya diinfakkan untuk maslahat ammah. Rezekinya tidak pernah putus-putus kerana keberkatannya itu. Segolongan lagi mereka yang berpendidikan senentiasa lapang dada, bersyukur dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.  termasuk nafas dan denyutan nadinya berzikir tanpa henti. Demikian juga ada golongan fakir miskin tawakal mereka kepada Allah s.w.t. seratus peratus. Mereka kelihatan miskin harta tetapi kaya jiwanya dengan fahaman dan wawasan Islam.

Segolongan lagi berkumpul pada dirinya sifat-sifat dajal. Sama ada diberi nasihat atau tidak diberi nasihat mereka kekal mendajal.

Lalu berbincanglah beberapa kanak-kanak sekolah rendah soalan-soalan yang menyentuh kehidupan mereka,  adakah wajar sesuatu isu releven dalam konteks semasa dan kaitannya dengan belitan dajal yang merancang masa hadapan dajal yang semakin kelam? Tetapi didokong, dipaut, diperkasa, dikuatkan semula kerana terbuai-buai dengan bisikan-bisikan menyihirkan oleh golongan dajal tua-tua yang hampir mati. Kerana individu-individu merdeka tidak melihat anak-anak bangsanya yang sedang bertatih meminta nasihat dan pimpinan yang ikhlas, tepat dan benar. Mereka tidak mengharapakn harta benda. Mereka mengharapkan bimbingan untuk suatu sirna bangsa yang merdeka.

Bagaimana membantu mereka yang terbelit, dibelenggu, terkaku kerana asakan yang mengunci akal mereka berakar. Tindakan mereka  pula dipantau sebagai golongan merdeka di bumi merdeka, walaupun mereka dilahirkan oleh ibu-ibu merdeka, menetek dari puting-puting susu ibu yang bersih suci dan dari nasihat-nasihat kerohanian ibu-ibu yang ditiupkan dalam akal dan kalbu mereka dengan ilham-ilham yang benar, lalu dibisik-bisikkan pula ditelinga anak-anak kesayangan mereka.

Berkatalah kanak-kanak sekolah di kalangan mereka:


Benarkah suatu perhormatan terbesar pernah dihadiahkan kepada pemimpin negara Malaysia dengan anugerah dari university China kerana sumbangan menyebarkan Bahasa Melayu merentas sempadan sehingga bertapak di negara tersebut?

Benar. Ia suatu anugerah penghargaan kerana sumbangan-sumbangan yang telah dilakukannya. Ia tidak pernah dianugerahkan kepada sesiapa pun di dunia ini kecuali beliau.


Siapakah pemimpin ulung yang bertuah menerima anugerah tersebut?

YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin.


Bagaimana pula dengan pemerkasaan bahasa jiwa bangsa di dalam negeri seperti berlaku pelbagai ragam sehingga pada suatu peringkat bahasa asing mengatai Bahasa Melayu. Perkara tersebut dapat diperhatikan dalam sidang akhbar anak-anak watan, temuramah dan ulasan-ulasan yang dipaparkan di media massa. Apakah ia ada kaitan dengan Malaysia Univeristy English Test (MUET) yang mewajibkan pelajar-pelajar mesti lulus sekurang-kurang band 3?

Barangkali. Sukar untuk dijelaskan.


Kaedah yang digunakan untuk mengawal kepelbagaian etnik dalam negeri ini termasuk golongan yang memohon suaka politik dan mencari rezeki di negara ini yang melibatkan beratus-ratus ribu orang dari sesebuah negara dengan jumlah yang begitu besar. Jika 50 etnik daripada 50 buah negara, adakah perlu kita mengajar mereka Bahasa Melayu atau memaksa mereka mempelajari Bahasa Inggeris sekurang-kurang lulus MUET band 1 supaya berlaku penyelarasan dan tidak berlaku cacamarba dengan pelbagi bahasa ditutur secara terbuka yang memperlihatkan imej negara pada pandangan umum, dan ia akan menjulang martabat negara kerana penguasan bahasa Inggeris yang baik, tepatkah?


Ini pun sukar dijelaskan. Jika kita tanya suku Pagan mereka akan menjawab bahawa bahasa mereka lebih agung daripada bahasa-bahasa lain. Itu maknanya suku Pagan memahami dan menghayati bangsa dan bahasanya, walaupun mereka dijajah tetapi merdeka jiwanya.


Benarkah bahawa penguasaan bahasa itu mempengaruhi tingkah laku seseorang individu?

Ia juga sukar dijawab. Kaum Red Indian walaupun puluhan juta bangsannya dibunuh tetapi mereka tetap mengingati bangsanya dan bahasanya sehingga seorang Prof. keturunan Red Indian pernah mengungkapkan  dalam suatu seminar bahawa ia tidak akan lupa selagi ada hayatnya dalam tempoh sebulan hampir sejuta suku Red Indian dibunuh. Kemudian berlaku penghijrahan ratusan ribu sehingga meminggirkan suku Red Indian. Persekongkolan penubuhan negeri Israel membunuh dan menghalau jutaan orang Palestin, Mesir, Jordan, Syria dari kawasan kampong halaman mereka kerana merampas negeri tersebut. Orang-orang sulu diperangi oleh Sepanyol, Amerika Syarikat dan pemerintah Filipina; membunuh, menyeksa dan menghalau mereka dari tanah tumpah darah mereka. Orang-orang Afghanistan diceroboh oleh Amerika Syarikat, dibunuh, diseksa dan dihalau dari tanah tumpah darah mereka. Orang-orang Iraq diceroboh oleh Amerika Syarikat; dibunuh, diseksa dan dihalau dari tanah tumpah darah mereka. Demikian juga di Mesir dan Syria dibunuh rakyat oleh pemerintah mereka sendiri yang tidak sehaluan dengan perangai pemerintah tentera yang merampas kuasa dan memonopoli kerajaan, lalu menuduh Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, sedangkan yang pengganas adalah tentera yang merampas kuasa yang disokong oleh Amerika Syarikat. Cukup.


Jika benar adakah penyorokan MH370 ada kaitan dengan belitan dajal untuk perancangan jangka panjang kerana perubahan-perubahan alam akan mengubah gelagat-gelagat geografi politik negara untuk beraksi dipentas antarabangsa yang akhirnya akan menghilangkan cengkaman penguasaan dajal kepada negara, walaupn terdapat negara-negara ASEAN yang berpotensi seperti Filipina dan Singapura tetapi mereka sukar diamanahkan kerana Filipina negara miskin dan Singapura banyak bergantung kepada ekonomi Malaysia, pada bila-bila masa boleh dilumpuhkan, boleh jawab?

Ini juga adalah soalan yang sukar. Ia melibatkan pandangan secara global. Sebagai contoh, walaupun Singapura mengimport penduduk untuk meramaikan pulau tersebut tetapi ia tidak heboh seperti di Malaysia. Singapura itu asalnya adalah sebahagian daripada Malaysia. Di Singapura rakyatnya terkawal kerana ia majoriti kaum. Ia perkasa Bahasa Inggeris sebagai sifatnya pusat entreport. Filipin kekurangan sumber sebab itu rakyatnya bertebaran seluruh dunia sebagai pencari rezeki. Ia menggunakan Bahasa Inggeris kerana penjajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat lama bertapak di sana. Mengakar. Jepun kekal dengan bahasa pribuminya. Korea Selatan kekal dengan bahasa pribuminya walaupun kedua-dua negara itu Amerika Syarikat memiliki pangkalan tentera. Amerika Syarikat tidak akan berundur dari pengkalannya kerana di situ ada punca duit.


Adakah benar menurut teori golongan dungu bahawa orang kuat akan mengugut orang miskin, memaksa mereka menurut kehendaknya?

Tepat. Tetapi bukan golongan merdeka dan orang-orang beriman.


Apakah harapan untuk menjulang martabat umat kepada negara ini?

Berkiblatlah dengan Kaabah.  Jangan berkomplot, bersekongkol, berpakat dengan golongan tua-tua yang hampir rebah kerana tidak berkiblat kepada kebenaran; orang tua-tua itu mengganas merentas sempadan, membunuh umat, menyorok MH370. Mohon dihentikan membantu memperkasa bahasa asing. Tetapi perkasa bahasa bangsamu jika tidak, akan direndah-rendahkan oleh suku lain sebabnya mereka memandang rendah kepadamu kerana dari segi nahu, perbendaharaan kata dan tatabahasanya mereka lebih kemas dan tersusun manakal bangsamu merangka-rangka menutur bahasa asing itu. Ia akan mengagalkan kefahaman masyarakat kepada prinsip kenegaraan. Akhirnya mengundang kepada   bangsamu, bahasamu, kecerdikanmu dan kepimpinanmu tidak dihormati.


Pandangan kepada masa depan bangsa?

Kawalan dan strategi amat penting. Kecerdikan menarik dan menolak tawaran. Bimbanglah bangsamu supaya menjiwai negaranya. Bangkitkan daya juang mereka seperti cerdiknya pejuang-pejuang Daulah Islamiyah, bapa kepada bapa pengganas pun takut menghampirinya.


Sedarlah sebelum terlambat.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”