MH370 CCTV KLIA LUMPUH BERSAMA DAJAL |
Sekali-sekala ditunjukkan plot arah pergerakan MH370 tetapi kesudahanya kosong. Susunan penceritaannya sebagai suatu yang benar sebagaimana kisah seorang ibu menanak batu-batu untuk melenakan anak-anaknya yang kelaparan pada malam harinya.
Semua ibu-ibu sayang kepada anak-anaknya. Mereka akan berusaha mententeramkan anak-anak mereka walau pun nyawa ibu terkorban seperti kisah gempa bumi di Jepun beberapa tahun yang lalu, menyandarkan nyawanya untuk kelangsungan kehidupan anaknya yang comel itu.
Ibu berbuat sedemikian bagi mengurangkan keresahan dan meyakinkan anak-anaknya bahawa sinaran mentari esok hari menjanjikan kejayaan. Kerana kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ia suatu ikrar meyakinkan kepada seorang ibu yang bertawakal kepada Allah s.w.t.. Ia janji yang benar.
Lalu berlakulah pencarian seperti
kisah seorang pemuda desa mereka-reka cerita, menipu, berbohong, berdusta, membodoh-bodohkan
penduduk desa tentang serigala yang tidak pernah bertandang di desa mereka tetapi
memaksa penduduk desa mempercayainya. Sifat seperti itu perlu wujud supaya
dapat dikenali kerdipan matanya, memek-memek mukanya, perlakuan gerak-gerinya
dan tindakan-tindakan yang dilakukannya sama ada seiring dengan amalan-amalan
kehidupan yang dilakukannya.
Begitu juga cerita pemuda Bani Israel yang tamak sehingga sanggup
membunuh pak ciknya kerana hendak membolot harta-harta milik arwah yang banyak
itu. Pemuda Bani Israel itu meminta orang ramai menolong mencarikan pembunuh
pak ciknya, sedangkan pembunuhnya adalah dirinya sendiri, tetapi berselindung
dengan kelicikannya, atas kerja-kerja kebajikan kemanusiaan yang dilakukkannya,
bertopengkan manusia mulia. Allahu Akhbar.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku
itu adalah panduan untuk mengenali golongan-golongan yang berselindung dengan lakunan-lakunan
kerja-kerja kebajikan mereka, bertopengkan manusia tetapi mendajal. Tolong
jangan bodoh-bodohkan anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang merdeka
kerana mereka hasil zuriat yang suci.
Orang ramai ingin mencari
kebenaran tentang MH370. Tetapi mereka ditipu hidup-hidup. Kisahnya bermula 8
Mac 2014 (Sabtu), berlepas 12.41 pagi. Berakhir di Lautan Hindi. Sebelum
berakhir di Lautan Hindi dicari-cari di sana-sini. Siapa mencari tidak
diketahui. Bila dicari tiada. Tetapi media massa cantik penceritaannya.
Lalu diarah dicari pula di Teluk
Thailand, Selat Melaka, Laut Andaman dengan atau/akan mengarahkan 20,000 nelayan
pesisir pantai membantu untuk pencaraian dan penyelamatan. Maka muncullah istilah (SAR). Maka dipusing-pusinglah
pencarian tersebut kerana MH370 telah dikenal pasti melakukan pusingan tajam
seperti berlaku sensor di pintu masuk Laut China Selatan. Barangkali menyamai
cerita-cerita filem. Rupa-rupanya sukar
ditembusi kerana dihadang oleh cermin lutsinar, terpaksa berpatah balik menuju
tanah besar, berligar-ligar; sekejap di utara, kemudian di timur selepas itu di
barat dan menghala ke selatan pula.
Berlaku perselisihan antara
panglipurlara kaedah penerbanagan dan keupayaan pesawat terbang jauh dengan
jumlah kapasiti minyak dalam tangki, jarak yang mampu dicapai, anggaran liputan
kawasan pendaratan. Puncanya kerana negara-negara ASEAN senyap dan lumpuhnya
satelit Amerika Syarikat. Kesian.
Tetapi yang penting komplot dajal
menyorok MH370.
Bagi memuktamadkan keresahan
golongan dungu-dungu dan dajal lalu diisytiharkan bahawa MH370 dapat dikesan
oleh satelit Inmarsat, kabur-kabur di Lautan Hindi. Negera jauh-jauh
memberitahu lokasinya, negara dekat-dekat senyap membisu walaupun mereka
memiliki teknologi pengesanan. Kesian Inmarsat.
Kisah-kisah MH370 walaupun
disenyap-senyapkan tetapi ia tidak akan senyap sebagaimana tidak senyapnya
serangan bangunan WTC Washington DC yang dilakukan oleh pengganas-pengganas
Amerika Syarikat lalu menuduh orang lain melakukannya dan menceroboh
Afghanistan negara miskin. Bergelapnya Semenanjung Malaysia semalaman kerana
bekalan elektrik dihentikan oleh dajal, kelicikan rompakan senjata tentera di
Kem Grik Perak dalam tempoh 5 minit selori senjata canggih pelbagi versi
dilarikan dan berkhemah berkelah di tepi Sekolah Kebangsaan Jenalek, Sauk Kuala
Kangsar Perak. Perompak senjata itu pula menggali kubu dengan kedalaman pada paras
lutut sebagi kubu pertahanan. Kesian.
Demikian juga pengganas Lahad Datu mengganas membunuh
prajurit negara ketika azan dikumandangkan atau beberapa minit selepas azan
Isyak, menembak hendap dilakukan oleh pengganas-pengganas bertopengkan manusia
mulia. Kita tidak pasti berapa jumlah peluru dihamburkan kepada prajurit negara
yang tercinta itu. Peristiwa terbaru yang tidak kurang menarik juga komplot dajal
menggodam ATM mengaut duit-duit seperti pesta mencurah-curah memasuki
karung-karung ajaib. Dikhabarkan melebihi RM30 juta wang tunai lesap. ATM
menyediakan wang tunai, bukan wang palsu. Kesian.
Adalah dinasihatkan kepada
golongan dajal bertaubatlah. Ingatlah Mekah, Kaabah sebagi kiblat ibadah.
Jangan bersekongkol dengan golongan dajal. Cerdiklah menangani golongan dajal
jangan licik bersama dajal.
Jangan sombong kepada Allah
s.w.t. Yakinlah dengan kebesaran Allah s.w.t.
Allah s.w.t. tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum tetapi kaum itulah
yang akan mengubah nasib mereka.
No comments:
Post a Comment