NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 18 May 2015

TRANSAKSI TRX, PELABURAN DAN GST



Malaysia mula menguatkuasakan GST ( Good and Services Tax ) pada 1 April 2015 dengan kadar 6 peratus. Walau bagaimanapun, masyarakat negara ini menerimanya dalam keadaan hambar namun sehingga kini ia adalah hasil terbaik untuk menampung kantong kerajaan yang ketirisan akibat pengurusan kewangan yang kurang telus.

GST yang ditetapkan itu akan meratai semua golongan daripada rakyat awam sehinggalah kepada golongan elit kecuali jika kerajaan tidak berhasrat untuk mengutip GST daripada mereka-mereka yang wajib dikenakan tanpa pengecualian.

Agak-agaknya berapakah cukai GST yang kerajaan perolehi dalam tempoh sebulan dua ini daripada transaksi pembelian tanah seluar 1.56 ekar oleh Tabung Haji (TH) daripada One Malaysia Development Berhad (1MDB)?

Selepas itu, berapa pula cukai yang kerajaan dapat hasil penjualan semula tanah seluas 0.66 hektar oleh Tabung Haji kepada syarikat pembeli lain dan pelaburan-pelaburan yang bertukar tangan dalam tempoh 2015.

Setelah dicongak, maka kerajaan untung atas transaksi-transaksi dengan pelaksanaan GST itu  dan Tabung Haji pula untung RM5 juta secara runding terus  yang ditetapkan dalam tempoh kurang sebulan dengan tanah yang penuh barakah di pusat kewangan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur.

Lagi kerap bertukar-tukar pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) itu lagi banyak yang boleh dikaut oleh kerajaan di samping agensi-agensi yang lain turut mendapat manfaat hasil transaksi-transaksi yang kerap berlaku itu. Bukan sahaja tanah TRX diGSTkan tetapi pembelian-pembelian, transaksi-transaksi dan bertukar gantinya pemilik-pemilik lain juga ada hasil yang akan dikutip oleh kerajaan.

Maka benarlah bahawa rezeki Allah s.w.t. datang tanpa disangka-sangka daripada sumber-sumber yang tidak diketahui oleh manusia. Alhamdullah.

Golongan dajal melihat peluang-peluang perniagaan walaupun melibatkan urusan-urusan penindasan kerana golongan cerdik pandai menjadi dungu-dungu seperti MH370 terperosok di selatan Lautan Hindi sehingga kini pencariannya seperti kanak-kanak main sorok-sorok dan cari-cari, atau/dan pencarian MH370 kosong-kosong.

Amalkanlah ajaran Islam sebagai pegangan hidup. 

Tolong jangan mendajal.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”